KEPENTINGAN HAK MELAYU DAN BUMIPUTERA DIPINGGIRKAN PKRKongres Tahunan PKR Ke-7 telah menutup tirainya dengan seribu macam masalah. Pokok kepada ucaptama dan penggulungan pemimpin Kongres Tahunan PKR banyak menyentuh mengenai PENGHAPUSAN KONSEP KETUANAN MELAYU. Pada dasarnya, PKR menggunakan ‘konsep ketuanan Melayu’ sebagai ucaptama dan modal PKR adalah bertujuan untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat bukan Melayu yang kebanyakan mereka telah mengambil tindakan keluar parti. ''Kita lihat sekarang sudah ramai yang meninggalkan parti itu, banyak cabang dan ranting ditutup malah proses pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menggambarkan betapa simpang siur dan cacamarba parti itu. Dalam situasi di mana kapal hampir tenggelam, mereka akan buat apa saja kenyataan untuk menarik sokongan yang berbaki, kalau pun ada”. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Terdahulu, Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu semalam yang mahu konsep ketuanan Melayu dihapuskan. Situasi terkini, PKR sedang dalam keadaan nazak berikutan ramai ahli peringkat akar umbi yang keluar parti. Namun, keadaan ini dinafikan PKR yang masih beranggapan masih ramai ahli PKR yang masih berdiri teguh bersama PKR. Sikap PKR yang menguggut menggunakan ketuanan Melayu ternyata bertentangan dengan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak orang Melayu dan bumiputera serta hak kaum lain. Ini menunjukkan sikap pemimpin PKR tidak menghormati kepentingan orang Melayu dan Bumiputera. |
Tuesday, December 28, 2010
PKR PENTINGKAN JAWATAN SAHAJA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment