Saturday, March 26, 2011

BN YAKIN PADA DIRI SENDIRI.

Kita maksimum kekuatan sendiri’


2011/03/24
KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak akan mengambil peluang daripada kekalutan yang melanda pembangkang ketika ini, sebaliknya akan bergantung sepenuhnya kepada kekuatan sendiri bagi menghadapi pilihan raya negeri 16 April ini, kata Pengerusinya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ketua Menteri Sarawak itu berkata, apa yang melanda pembangkang sekarang adalah masalah mereka, dengan semua jentera BN harus bersedia menggunakan kekuatan maksimum bagi memastikan kemenangan besar dapat dicapai. “Saya mahu semua peringkat dalam BN menumpukan sepenuh perhatian kepada jentera parti kerana kita bergantung kepada kekuatan kita sendiri, bukan mengambil kesempatan atas kelemahan pihak lawan. “Ini yang saya mahu daripada semua,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan Ketua-Ketua Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Ke-85 di Hotel Riverside Majestic di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohammad Morshidi Abdul Ghani; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Parti pembangkang kini berdepan pelbagai masalah, termasuk pertikaian mengenai pengagihan kerusi sehingga Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) meletakkan syarat supaya calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berhasrat bertanding di kawasan majoriti Dayak harus menggunakan lambang SNAP.

Mengenai tempoh berkempen sepuluh hari yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas penamaan calon 6 April ini, Abdul Taib, berkata tempoh panjang atau singkat, bukan masalah kepada BN.
Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, tempoh itu sudah ditetapkan SPR dan ia tidak harus dipertikaikan.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]