Saturday, March 26, 2011

JOM, PESTA SUNGAI DI MELAKA

Pesta Sungai Melaka 1 Jun

MELAKA 25 Mac - Pelbagai acara menarik diatur bagi memeriahkan Pesta Sungai Melaka 2011 Edisi Kelima yang berlangsung sebulan bermula 1 Jun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Baharom Majid berkata, pesta sungai kali ini akan dimeriahkan dengan 52 acara menarik membabitkan penyertaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Menurutnya, kira-kira 500,000 pengunjung dijangka hadir berikutan cuti sekolah yang bermula dari 28 Mei hingga 12 Jun.

"Berdasarkan pelbagai acara menarik yang diatur di sekitar muara Sungai Melaka, PPSPM menjangka ramai pengunjung hadir untuk sama-sama memeriahkan pesta ini," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut mengumumkan Kumpulan Utusan menerusi akhbar Utusan Malaysia dilantik sebagai media rasmi Pesta Sungai 2011.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]