Saturday, March 26, 2011

MINGGU INI TENTUKAN NASIB.....BUKANNYA TENGOK NASIB,,,TUAN-TUAN

Senarai calon BN diserah minggu ini


2011/03/21
Parti komponen di Sarawak sudah ada nama wakil tanding pilihan raya untuk dinilai

KUCHING: Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak dijangka menyerahkan senarai penuh calon yang akan bertanding pada pilihan raya negeri tidak lama lagi kepada Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, minggu ini.

Beberapa pemimpin parti komponen yang dihubungi Berita Harian semalam, memberi tahu mereka sudah mempunyai senarai lengkap bakal calon bertanding dan terpulang kepada Abdul Taib untuk membuat penilaian terakhir. Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, berkata mereka tidak menghadapi masalah dan bersedia bila-bila masa menyerahkan senarai calon itu. “Jika perlu hari ini (semalam) pun boleh, tetapi tidak perlu saya jelaskan kepada anda siapa calon kami selain penyandang yang ada sekarang.

“Senarai calon yang akan kami serahkan kepada Pengerusi BN negeri adalah mereka yang terbaik dan anda tunggu saja,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Wilfred Nissom, berkata tujuh calon penyandang parti berkenaan sudah ditetapkan, tetapi pihaknya belum memutuskan dua lagi calon untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Ne-geri (DUN) Pelagus dan Ngemah.

Beliau berkata, PRS dijangka menyerahkan senarai calon itu kepada Abdul Taib, esok, tetapi ia bergantung kepada senarai bagi dua kawasan terbabit.
“Seperti yang dijelaskan Presiden (Datuk Seri Dr James Jemut Masing) sebelum ini, tujuh calon penyandang dikekalkan, cuma calon bagi dua kawasan masih dalam perbincangan,” katanya.

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom, pula berkata walaupun sebelum ini beliau pernah mengumumkan semua lapan penyandang dikekalkan, pihaknya akan menghantar nama lain untuk diteliti pucuk pimpinan BN.

Beliau berkata, SPDP mahu pucuk pimpinan BN membuat keputusan sama ada mengekalkan penyandang atau memilih muka baru bagi memastikan kemenangan 100 peratus parti itu pada 2006 dikekalkan pada pilihan raya kali ini.

“Memang saya sudah mengumumkan untuk mengekalkan semua penyandang, tetapi kita tidak tahu keputusan saat akhir yang dibuat pucuk pimpinan BN, sebab kami menghantar lebih daripada lapan nama.

“Kami akan menyerahkan senarai calon itu kepada Pengerusi BN negeri minggu ini, tetapi belum menetapkan harinya,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]