Saturday, March 26, 2011

PEMBANGKANG KIAN TERHIMPIT DI SARAWAK.

BN mampu tawan kembali empat kerusi DUN di Kuching


2011/03/25
KUCHING: Beberapa penganalisis politik berpendapat Barisan Nasional (BN) Sarawak mampu menawan semula empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan bandaraya Kuching yang dikuasai pembangkang melalui pendekatan mesra rakyat.

Kerusi Pending, Batu Lintang dan Kota Sentosa dipegang DAP manakala kerusi bagi DUN Pandungan pula dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir berkata, bagi merealisasikannya, BN Sarawak perlu lebih kerap turun padang bagi menyelami permasalahan pengundi di empat DUN itu yang majoritinya kaum Cina. Dengan lebih kerap mendampingi rakyat yang sebelum ini merasakan kerajaan kurang memberi tumpuan kepada mereka, ia dilihat usaha paling baik untuk "memujuk" mereka.

Katanya, isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, peluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan isu ekonomi perlu diberi tumpuan sewajarnya.

Penganalisis politik bebas, Norizan Shariff pula berkata, dalam usaha memenangi undi kaum Cina, SUPP harus memainkan peranan lebih besar di samping berusaha menyelesaikan kemelut dalaman yang melanda parti itu.

Norizan, yang turut dikenali sebagai Nobisha dalam laman blognya Nobisha.com berkata, kedudukan SUPP sebagai parti yang mewakili suara kaum Cina dalam BN, perlu menyelesaikan masalah dalaman dengan segera bagi mengukuhkan kedudukan parti itu dalam pilihan raya negeri yang akan diadakan pada 16 April ini.
"SUPP kena tentukan masalah dalam parti dapat diatasi, jangan ada kelompok atau berpuak-puak walaupun berpayungkan parti yang sama," katanya.

Namun begitu, Norizan berpendapat, BN harus menggunakan kemelut yang melanda pakatan pembangkang terutamanya dalam perkongsian kerusi di antara DAP, PKR danParti Kebangsaan Sarawak (SNAP) untuk menarik kembali kepercayaan pengundi kepada parti komponen itu.

"Sebagai contoh, pertelingkahan merebut kerusi Padungan yang dipegang oleh wakil PKR, Dominique Ng Kim Ho. DAP seperti mahu mengambil kembali kerusi terbabit tetapi mendapat reaksi negatif dari PKR dan ini boleh dilihat sebagai peluang kepada BN," katanya.

Norizan juga mendakwa antara isu di kalangan pembangkang ialah sikap keras kepala PKR yang cuba hendak menjadi jaguh di tempat orang dengan usaha menempatkan calon-calonnya untuk bertanding di 42 daripada 71 kerusi DUN negeri.

Katanya, SNAP yang mendakwa mereka adalah parti asal di negeri yang majoritinya dianggotai oleh kaum Dayak, berkeras mahukan lebih kerusi untuk bertanding memandangkan mereka mewakili suara kaum itu serta lebih memahami masalah dan isutempatan.

Penyandang kursi Tun Abdul Ghafar Baba Universiti Perguruan Sultan Idris, Prof Datuk Dr Zainal Kling pula berkata, BN terutamanya SUPP harus menjelaskan kepada pengundi Cina bahawa isu-isu yang cuba dibangkitkan oleh kaum kedua terbesar di Sarawak itu tidak mungkin boleh diselesaikan dengan cubaan menukar pemerintah.

"Seharusnya parti pemerintah meyakinkan pengundi-pengundi ini bahawa segala agenda demi kemajuan yang dirancang hanya akan berhasil jika ia dibawa bersama tanpa mengira kaum selaras dengan aspirasi 1Malaysia," katanya.

Pensyarah bidang politik dan pengajian antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, hanya ada satu cara sahaja untuk BN merampas kembali kerusi pembangkang di kawasan bandar iaitu dengan membuktikan mereka sahaja yang dapat menjuarai dan mengendalikan isu-isu ini.

"Kerajaan harus selesaikan isu rakyat secara ikhlas, jangan nampak hanya waktu pilihan raya saja mereka nak prihatin, janji macam-macam," katanya.

Pada pilihan raya negeri 2006 BN memenangi 63 kerusi, DAP enam kerusi, PKR dan Parti Cinta Malaysia melalui calon bebas, masing-masing memenangi satukerusi. - BERNAMA

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]