Saturday, March 26, 2011

RETAK NANTI BELAH : DAP VS PKR

Perbalahan DAP, PKR makin parah


2011/03/26
Pengerusi dua parti adakan sidang akhbar berasingan

PPUBJ : BILA NAK BLAH DAH ?

KUCHING: Pertelagahan antara DAP Sarawak dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertambah parah dengan masing-masing enggan mengalah dalam menegakkan pendirian berkaitan isu perebutan kerusi untuk ditandingi pembangkang pada pilihan raya negeri 16 April nanti.
Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, dan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian semalam mengadakan sidang akhbar berasingan untuk menyatakan pendirian masing-masing.
Ho Leng yang mengadakan sidang media pada jam 11 pagi di Ibu pejabat DAP di Padungan dekat sini semalam, menyifatkan PKR sebagai terlalu tamak dan langsung tidak mahu bertolak ansur dengan rakan pakatan.

Beliau berpendapat DAP lebih berpeluang untuk menang di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyaksikan tuntutan bertindih antara DAP dan PKR. Enam kerusi berkenaan ialah Padungan, Senadin, Batu Kawa, Balai Ringin, Dudong dan Piasau.

Namun, Baru Bian yang mengadakan sidang media pada jam 2 petang pula, mendakwa PKR lebih kuat pengaruhnya di kawasan berkenaan, dengan calon yang disediakan oleh PKR adalah calon yang boleh menang berbanding DAP.

Keadaan ini menyebabkan Ho Leng sendiri mengakui peluang untuk pembangkang membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 semakin tipis, gara-gara sikap tamak PKR yang turut menjejas dua lagi rakan pembangkang iaitu PAS dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), sehingga SNAP turut mengumumkan akan bertanding di 40 kerusi sebelum ini.
“DAP adalah parti pembangkang terkuat di Sarawak dan ini berasaskan fakta. PKR pernah beberapa kali berdepan pertarungan tiga penjuru dengan calon DAP pada beberapa pilihan raya sebelum ini, namun mereka bukan saja kalah, malah hilang wang pertaruhan.

“Jadi saya tidak nampak di mana kekuatan PKR di Sarawak berbanding DAP. Peluang DAP jauh lebih baik berbanding PKR. Kita juga lihat betapa PKR tidak mendapat sokongan berbanding DAP pada pilihan raya negeri 2006 dan pilihan raya Parlimen 2008,” katanya sambil bertegas DAP tetap tidak akan berganjak daripada pendiriannya bertanding di 18 kerusi DUN.

Dalam rundingan DAP-PKR yang diadakan di Kuala Lumpur Khamis lalu, PKR hanya bersetuju memberi 13 kerusi kepada DAP. Rundingan itu dihadiri Ho Leng, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali serta dua Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh dan Mansor Othman.

Ho Leng berkata, dalam pusingan pertama rundingan sebelum ini, PKR menuntut lima daripada lapan kerusi yang dituntut DAP, dengan DAP beralah untuk bersetuju memberikan dua kerusi iaitu Padungan dan Senadin. Namun, dalam pusingan kedua rundingan, PKR bukan saja sekali lagi menuntut dua kerusi terbabit, malah meminta ditambah empat lagi kerusi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek itu berkata, DAP masih bersedia berunding dengan PKR, tetapi pemimpin PKR Pusat perlu datang ke Sarawak menemui beliau, dan bukan mengarahkannya pergi ke Kuala Lumpur seperti sebelum ini.

Baru Bian pula berkata, pintu rundingan antara DAP dan PKR masih dibuka, tetapi bertegas PKR mempunyai calon yang boleh menang berbanding DAP di kerusi yang menjadi perebutan antara kedua-dua parti.

"Situasi sekarang memang sukar, tapi saya optimistik ia akan dapat diselesaikan untuk memastikan pembangkang berdepan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN)," katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]