Monday, April 25, 2011

APA NAK JADI NI ?

Medan lumba lori angkut pasir
Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
bhizar@bharian.com.my
2011/01/17

PENDUDUK mendakwa kebanyakan lori  pasir dipandu laju ketika melalui jalan Kampung Bukit Senggeh di Jasin.
PENDUDUK mendakwa kebanyakan lori pasir dipandu laju ketika melalui jalan Kampung Bukit Senggeh di Jasin.
2,000 penduduk di tiga kampung di Jasin hidup ketakutan

JASIN: Lebih 2,000 penduduk di beberapa mukim terutama di Kampung Bukit Senggeh, Kampung Gapis dan Kampung Selandar dekat sini, bimbang apabila lebih 20 lori muatan pasir bermaharajalela melalui kawasan itu dengan cara pemanduan berbahaya.
Penduduk yang ditemui mendakwa masalah itu berlarutan sejak lapan tahun lalu, namun tiada sesiapa cuba menegur atau menghentikan kegiatan itu.
Mereka kini berharap pihak berkuasa segera campur tangan untuk menanganinya.

Berita Harian yang dimaklumkan mengenai isu itu, meninjau kawasan itu baru-baru ini dan mendapati dakwaan berkenaan ada asasnya. Lori dianggarkan seberat 15 hingga 28 tan didapati melalui kawasan itu dengan muatan pasir dari lombong berhampiran.

Cara pemanduan mereka memang menakutkan. Operasi lori berkenaan bermula seawal jam 5 pagi dan berakhir sehingga jam 7 malam.

Selain soal keselamatan, penduduk yang ditemui juga merungut kerana kehadiran lori berkenaan menyebabkan kawasan itu sentiasa diliputi debu terutama ketika cuaca panas. Antara menjadi mangsa adalah pengusaha kedai makan.
Turut menimbulkan rasa tidak senang penduduk adalah bunyi bising kenderaan itu yang tidak pernah berhenti sehingga tiba waktu malam.

Penduduk, Samsuddin Kadir, 43, ketika ditemui berharap pihak berkuasa menyiasat masalah itu dan mencari jalan mengatasinya.

Beliau mendakwa, penduduk kampung kini berdepan kesukaran menggunakan jalan raya di situ kerana dimonopoli lori berkenaan.

Katanya, kehadiran lori itu mengundang bahaya kepada penduduk kerana lazimnya pemandu lori terbabit memandu laju untuk memperoleh pendapatan lebih.

"Pemandu lori yang mengangkut pasir di Bukit Senggeh ini bermaharajalela, seolah-olah tiada pihak yang berani menghalangnya. Ia juga selalunya membawa muatan lebih.

"Sudah banyak kali berlaku kemalangan membabitkan lori di kawasan ini dan ada antaranya menyebabkan kematian. Sudah tentu kita tidak mahu kejadian seperti itu berulang kembali," katanya.

Samsuddin berkata, masalah di kawasan itu perlu mendapatkan pembelaan sewajarnya supaya penduduk dapat menikmati kehidupan selesa.

"Mengapa pihak tertentu sanggup membelakangkan hak penduduk di sini untuk pembangunan di kawasan lain," katanya yang sememangnya sangat tidak puas hati dan bimbang mengenai aktiviti lori berkenaan.

Penduduk, Md Nor Jalil, 70, dari Kampung Selandar pula mendakwa, lori pasir yang menggunakan jalan di situ seolah-olah seperti berlumba-lumba mengangkut pasir dari kawasan lombong berkenaan tanpa mempedulikan nasib orang lain.

"Lori lebih muatan yang tidak ditutup itu seolah-olah menjadikan jalan di kawasan ini sebagai medan perlumbaan kerana hendak mendapat lebih banyak trip dan bagi saya, tindakan mereka mengancam keselamatan penduduk.

"Penduduk kampung berharap tindakan tegas terhadap lori itu dilakukan dan kepada pegawai yang terbabit dengan jalan raya, perhatikan jalan ini," katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]