Thursday, April 14, 2011

BN yakin kekalkan Sarawak - PM

BN yakin kekalkan Sarawak - PM


Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada Program Mesra Rakyat di Sadong Jaya dekat Samarahan, semalam.


SAMARAHAN 13 April - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasanya di negeri ini walaupun terpaksa mengharungi proses pilihan raya yang paling mencabar dalam sejarah politik Sarawak.
Perdana Menteri berkata, kemenangan dengan majoriti dua per tiga adalah satu bonus dan ia merupakan sasaran yang mampu dicapai parti itu melalui kerjasama erat di antara parti komponen dari Semenanjung dan negeri ini.
Katanya, BN juga mempunyai sasaran penambahan kerusi namun ia tidak perlu diumumkan kerana perkara itu bersifat dalaman.
"Saya pun tahu di mana kekuatan kita, di mana kita hadapi tentangan hebat.
"Tetapi nampaknya kalau tidak ada apa-apa perkara luar biasa berlaku, insya-Allah kita boleh kekal memerintah, menubuhkan kerajaan di Sarawak, (manakala) majoriti dua per tiga itu mampu diperolehi BN," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat di Sadong Jaya yang turut dihadiri Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri dan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya, Ir. Aidel Lariwoo di sini hari ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri mengakui DUN yang berada dalam kawasan bandar merupakan ujian berat buat BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10.
Justeru katanya, jentera BN perlu bekerja dengan lebih kuat kerana ia membabitkan kawasan di mana parti itu mengalami kekalahan pada pilihan raya negeri yang lalu.
"Kita ada calon berwibawa, kalau mereka (pengundi bandar) lihat kewibawaan calon dan apa yang boleh BN lakukan, saya percaya mereka boleh pilih BN.
"Kalau sebaliknya mereka nak tunjuk protes atas apa-apa sebab, itu tak ada arahlah kita," katanya.
Mengulas lanjut, Najib berharap pengundi di kawasan bandar memberi kepercayaan kepada BN kerana parti itu boleh menjamin dan memberi pengharapan masa depan berdasarkan program transformasi membabitkan perubahan besar kepada landskap negara yang telah dimulakan.
Katanya, untuk mencapai matlamat itu, BN memerlukan sokongan yang bersifat menyeluruh dari segenap lapisan masyarakat.
"Lagipun kita telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia dan kita anggap ini sebagai falsafah yang mana semua kaum dalam negara akan mendapat pertimbangan yang adil dan saksama," katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]