Monday, April 25, 2011

BUKAN TEGUR TAPI KELUAR PAKATAN!!!!!

PAS tegur cara Azmin ulas kenyataan


2011/04/25
KUALA LUMPUR: PAS menegur tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali secara terbuka tanpa merujuk pemimpin parti itu terlebih dulu.

Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kenyataan sedemikian yang turut mendapat perhatian media massa boleh merosakkan hubungan baik dua parti berkenaan.

“Sepatutnya Azmin tidak terlalu percaya laporan media terutamanya media arus perdana milik Barisan Nasional (BN).
“Malah Setiausaha Agung (PAS) juga sudah membuat penjelasan dan apa yang dilaporkan akhbar sememangnya bercanggah.

“Sepatutnya Azmin menghubungi Setiausaha Agung untuk mendapatkan penjelasan mengenainya, seperti yang dilakukan pemimpin PAS sekiranya ingin penjelasan berhubung sesuatu isu melanda PKR,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan PKR berang dengan pendirian PAS untuk mengkaji semula masa depan parti itu bersama pakatan pembangkang, jika siasatan pihak berkuasa membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman video seks.

Sehubungan dengan itu Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menuntut penjelasan daripada Mustafa sehingga memaksa Setiausaha Agung PAS membuat penafian yang beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pemilihan parti yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Tuan Ibrahim berkata, sehingga kini PAS masih lagi memerlukan kepemimpinan ulama untuk menerajui parti.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]