Saturday, April 9, 2011

DAP BUAT SARAWAK MUNDUR ?

Kempen DAP buat Sarawak mundur
Oleh Kandau Sidi
kandau@bharian.com.my
2011/04/09
MIRI: Slogan ‘Sarawak Jom Ubah’ yang digunakan DAP dalam kempen mereka belum tentu menjamin kemajuan berterusan untuk Sarawak, sebaliknya boleh membawa kemunduran berterusan kepada rakyat negeri ini, khususnya di kawasan luar bandar yang masih memerlukan perhatian.

Sehubungan itu, Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, meminta rakyat negeri ini usah terlalu ghairah atau terperangkap dengan slogan parti pembangkang berkenaan.
Beliau berkata, kebanyakan slogan digunakan pembangkang dalam kempen sekadar janji kosong untuk mempengaruhi rakyat supaya menyokong mereka pada Pilihan Raya Negeri Ke-10.
“Parti pembangkang menggunakan begitu banyak slogan, termasuk menuduh kerajaan BN mengamalkan rasuah, kroni dan sebagainya. Semuanya tuduhan palsu tanpa bukti bertujuan mempengaruhi pengundi,” katanya.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela Bahagian Miri di Pusat Rukun Tetangga Desa Senadin, malam kelmarin.

Sejak hari pertama kempen Rabu lalu, DAP memasang pelbagai sepanduk memburukkan kerajaan BN di sepanjang laluan utama yang menjadi tumpuan ramai, antaranya kawasan sekitar bulatan Pujut dan sepanjang Jalan Kuala Baram yang sentiasa sesak dengan lalu lintas terutama pada waktu puncak.

Tsu Koon juga menasihatkan rakyat Sarawak jangan menggadai masa depan dan terpengaruh dengan helah parti pembangkang yang cenderung memburukkan kepimpinan BN.
Beliau berkata, masa depan negeri ini amat bergantung kepada kebijaksanaan rakyat memilih kerajaan yang dipercayai mampu membawa kemajuan untuk mereka.

“Saya yakin pengundi dapat menilai parti yang boleh membawa perubahan lebih baik untuk mereka dan bukan hanya sekadar bijak menabur fitnah,” katanya pada majlis itu yang turut dihadiri penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin daripada BN, Datuk Lee Kim Shin.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]