Saturday, April 9, 2011

KEPADA EXCO YANG BERKENAAN.

Jalan berlubang terus terbiar


BEMBAN - Masalah jalan berlubang di sini, bukan sahaja menyusahkan penduduk di Ladang Bukit Kajang, malah turut mendatangkan masalah kepada pengguna yang melaluinya untuk ke Asam Kumbang, Bemban/Serkam ataupun Jasin/Melaka.

Pengerusi Persatuan Pengguna Jasin, A G Veerasamy, 61, berkata, dia kerap menerima aduan berhubung masalah jalan berkenaan tetapi sehingga kini belum ada tindakan diambil.

Menurutnya, dia juga telah memanjangkan surat memohon baik pulih jalan sepanjang lebih satu kilometer itu, bagaimanapun keadaannya masih sama dan bertambah teruk lagi kerana ia turut menjadi laluan kenderaan berat.

“Jalan berkenaan berbahaya terutama pada waktu malam dan banyak aduan telah dibuat oleh pekerja ladang kelapa sawit yang tinggal berdekatan.

“Jalan rosak dan tidak berturap juga menyebabkan kenderaan mereka turut terkena tempiasnya,” katanya.

Sementara itu, R Sammanthan, 70, berkata, dia selalu menggunakan jalan itu dari Jasin menuju ke Bemban ataupun Serkam.

“Jalan yang berlubang dan rosak ini menyusahkan saya. Bagaimanapun, saya tidak mempunyai alternatif lain kerana ia adalah jalan pintas.

Saya berharap pihak berkenaan segera ambil tindakan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Chua Kheng Hwa ketika ditemui pula berkata, beliau tidak pernah laporan mengenai kerosakan jalan terbabit tetapi bersedia memberikan surat sokongan supaya kemudahan itu dibaik pulih.

Menurutnya, beliau tidak boleh membuat keputusan ataupun mengambil tindakan drastik kerana jalan terbabit terletak bersempadan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam dan DUN Jasin.

“Masalah ini perlu dipanjangkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]