Thursday, April 28, 2011

MARI CIPTA REKOD....


Kuan Yew menang

SINGAPURA 27 April - Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew hari ini dipilih semula ke Parlimen apabila beliau diisytiharkan menang tanpa bertanding sekali gus mempertahankan kawasan Tanjong Pagar yang diwakilinya selama 56 tahun.

Kuan Yew, 87, dan empat lagi calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) diumumkan menang tanpa bertanding selepas pembangkang gagal mengemukakan kertas pencalonan dalam tempoh yang ditetapkan.

Menteri Mentor itu menyifatkan, kemenangannya tanpa bertanding itu menunjukkan parti pembangkang tiada kesungguhan untuk merebut Tanjong Pagar yang diwakilinya sejak 1955.

"Saya sebenarnya mengalu-alukan pertandingan di Tanjong Pagar kerana saya telah berkhidmat di sini selama 56 tahun," katanya kepada penyokongnya.

Penggal terbaru beliau dalam Kabinet Singapura akan tamat lima tahun dari sekarang pada usia 92 tahun.

Pilihan raya umum ke-14 Singapura yang akan diadakan pada 7 Mei ini juga menyaksikan pertembungan PAP dengan parti-parti pembangkang di 82 daripada 87 kerusi yang dipertandingkan.

Menurut Jabatan Pilihan Raya Singapura, jumlah itu merupakan yang terbesar pernah disertai parti pembangkang sejak kemerdekaan Singapura pada 1965.

Jabatan itu melaporkan, PAP akan dicabar parti pembangkang di 26 daripada 27 kawasan pilihan raya.

Pada pilihan raya umum 2006, parti pembangkang hanya bertanding di 47 daripada 84 kerusi yang menyaksikan PAP menang besar apabila memperoleh 82 kerusi. - AP/Agensi

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]