Wednesday, April 6, 2011

MENGAPA KALI INI TOLAK SURUHANJAYA DI RAJA ?

akut kebenaran ke? ...Pakatan Rakyat nak bantah tubuh Suruhanjaya Diraja

Pihak pembangkang selalu dakwa mereka 'raja kebenaran'.Namun pelik kecut pada cadangan nak tubuh Suruhanjaya Diraja siasat secara telus dan terbuka kes video seks libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Karpal Singh kata Selasa pakatan rakyat akan tentang sebarang usul penubuhan suruhanjaya berkenaan baik di dalam atau luar parlimen.Takut ke? atau bimbang ada hal-hal yang terbongkar pada rakyat bila siasatan rapi dijalankan nanti.-5/4/2011 PR tolak suruhanjaya diraja



KUALA LUMPUR - Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menolak keperluan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat rakaman video salah laku seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang itu.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata tiada keperluan menubuhkannya kerana kerajaan perlu memfokuskan kepada penyiasatan berhubung laporan polis yang dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Mengapa harus ada suruhanjaya diraja bagi menyiasat rakaman ini? Datuk T secara terbuka mengakui dan dari pengakuan mereka, yang jelas adalah jenayah yang dilakukan mereka dan mengapa mereka tidak ditahan.

“PR akan menentang langkah tersebut dan tidak akan mengambil bahagian terhadap pembentukan suruhanjaya diraja,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, semalam.

Dalam sidang akhbar sama, Karpal mempersoalkan tiada tindakan polis menahan ‘Datuk T’ walaupun telah melakukan kesalahan di melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

“Semua kesalahan telah dilakukan secara terbuka, tetapi tidak ada tangkapan dilakukan mereka. Apa yang harus dilakukan itu jelas menunjukkan Datuk T boleh ditahan,” katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]