Thursday, June 30, 2011

MEREALISASIKAN MAKSUD JOHAN OLEH PM.


Dalam politik khususnya apa yang dinamakan politik nombor, menjadi JOHAN adalah matlamat semua parti politik termasuk pembangkang. Tidak ada parti yang bertanding untuk kalah.Seandainya menang dapatlah menduduk bangunan di atas. Untuk menang dan bergelar JOHAN bukanlah setakat kata-kata retrorik sahaja. Usaha yang berterusan disertai dengan strategi yang tepat diikuti calon yang diterima pengundi nisbah untuk menang adalah tinggi. Itulah juga idaman dan harapan YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak. Malangnya pembangkang adakalanya suka ikut pintu belakang untuk jadi johan sedangkan pintu hadapan terbuka luas. Apa motif mereka, hanya mereka sahaja yang tahu jawapannya namun dalam politik targetnya cumalah KUASA.

Dalam usaha menjadi JOHAN, pertamanya mesti ada niat atau paling kurang pun pasang niat untuk jadi JOHAN. Dengan adanya niat sedemikian maka arah tuju, strategi tektikal dan teknikal perlukan sasaran yang tetap dan juga berterusan. Dengan kata lain berapa ramai kah YB sama ada Parlimen dan ADUN telah berjumpa dengan pengundi. Jumpa ahli parti tu biasalah selalu tetapi pengundi belum tentu. kalau tak jumpa pastilah sokongan kurang dan tidak bermotivasi, keputusannya jawab sendirilah tak kan itu pun tak tahu...


Istilah JOHAN dalam politik menolak sama sekali ungkapan Naib Johan. Tidak ada maknanya jadi naib johan. "habihkan boras ajo" kata bahasa Nogori Sembilan. Bukan mudah nak jadi JOHAN dan TIDAK MUSTAHIL untuk jadi. Rekod telah menunjukkan bahawa kita pernah jadi JOHAN dengan menguasai 2/3 kerusi Dewan Rakyat. Kali ini politik, persekitarannya dan evolusinya berbaza sama sekali. Tsunami yang melanda 2008 telah mengubah landskapnya.

Jawapannya juga mudah bila pengundi rasa tenang poket dan emosi mereka akan kembali sokong. Kini dah ada tanda-tandanya. Soal sama ada berkekalan atau tidak biar jentera parti dan kepimpinan parti Pusat dan Bahagian serta Cawangan yang tentukan

Politik orang Melayu kini berada dipersimpangan. Nak undi pembangkang atau Kerajaan yang sedia ada.Untuk memilih antara betul dan salah, ianya banyak bergantung atas dasar kecenderungan pengundi yang tidak menyertai mana-mana parti politik. Dengan kata lain. KUASA ditangan rakyat. Gunakan dengan bijaksana serta memikirkan generasi (anak-anak kita) untuk masa depan mereka.


Salah atau benar kini pengundi keliru, lebih-lebih lagi yang pertama kali mengundi. Pendidikan dan pendedahan media cyber menjadi sumber rujukan pertama mereka dan dengan siapa mereka berkawan. Kita selalu katakan pengundi telah bijak atau matang untuk memilih tetapi bila 5 buah negeri jatuh ketangan pembangkang, muka yang ceria tadi bertukar jadi masam pula.


Bila senario bertukar kepada emosi dari akal yang membuat keputusan memilih kerajaan maka ianya satu tamparan hebat buat kita. Berjaya atau gagal? Cuma ada satu pilihan sahaja.Tak boleh dapat kedua-dua nya sekali. Lagi pun ikut konsep ekonomi kita gunakan istilah kos melepas. Cuma jangan melepas dan terlepas sudahlah. Pelbagai nasihat, amaran telah diberikan jika tak tahu entahlah "jadi MALANG NASIB PAK KADUK"



No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]