Thursday, October 20, 2011

PRU 13 : Punca Sebenar DAP Mengidam Calon Melayu.



Strategi DAP yang mahu meningkatkan pengaruh di kalangan orang Melayu adalah terbit daripada sikap paranoid dan kurang yakin kepada sokongan anggota daripada parti pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.
 
Penganalisis politik, Mohd. Roslan Saludin berkata, selama ini DAP memendam rasa terutama di negeri yang diperintah oleh Pas dan PKR apabila merasakan diri mereka tidak begitu berkesan dalam mengenengahkan agenda sebenar perjuangan parti berkenaan.

PAS dan PKR akan jadi boneka mereka sahaja. Ini kerana DAP tidak berpeluang untuk jadi MB atau KM di 9 buah negeri Melayu. Contoh yang nyata adalah Kerajaan 11 bulan di Perak. MB tiada kuasa (boneka), 6 exco daripada DAP. Mereka mengawal MB dari PAS menerusi undian yang bakal dibuat.



"Oleh itu DAP merasakan mereka perlu melakukan sesuatu bagi mengenengahkan calon Melayu daripada parti itu sendiri bagi memenuhi keperluan teknikal pelantikan orang Melayu sebagai ketua negeri khususnya di negeri yang mempunyai Raja atau Sultan.



"Ini menyerlah sikap angkuh DAP terhadap kemampuannya meraih sokongan orang Melayu untuk dijadikan pemimpin boneka dan alat semata-semata bagi mencapai matlamat perjuangan politiknya sekali gus memperlekeh kemampuan orang Melayu dalammemelihara maruah mereka dan menjadikan mereka ibarat kuda tunggangan" katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berasakan sudah tiba masanya bagi parti itu meluaskan pengaruh dengan menjangkau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Kempen mereka DAP parti untuk semua kaum.

Kit Siang dalam wawancara bersama portal pembangkang MalaysiaKini itu turut menambah, ia adalah sesuatu yang baik untuk pembangkang meskipun mengakui mungkin terpaksa membuat 'keputusan yang sukar'.

Keputusan yang sukar adalah merujuk bahawa dalam pembahagian kerusi parlimen dan DUN, DAP akan menuntut lebih banyak kerusi diberikan kepadanya khususnya dikawasan bandar dan majoritinya pengundi Cina.

Bagaimanapun, Mohd. Roslan berkata, sama ada strategi DAP itu berhasil atau tidak adalah bergantung kepada sejauhmana orang Melayu sanggup dijadikan alat atau tunggangan bagi memuaskan nafsu DAP memerintah negara ini.



Menurut beliau, Sejarah Melayu dan Nusantara telah banyak memberikan contoh pemerintahan boneka yang pernah berlaku khususnya apabila British melantik Residen menjadi penasihat di istana beberapa buah negeri di Tanah Melayu.

Justeru, kata beliau, orang Melayu harus sedar, sekiranya mereka terjebak dengan perangkap politik DAP itu maka bukan sahaja maruah mereka sebagai orang Melayu akan tergadai malah kemerdekaan yang dibanggakan selama ini akan menjadi sia-sia.

Katanya, ini kerana negara akan kembali menjadi bangsa yang terjajah seperti mana pada zaman penjajahan British dahulu, cuma pada kali ini bukan British yang memerintah dan menjajah tetapi DAP.

Beliau berkata, seperti mana British pada satu ketika dahulu yang tidak yakin dengan kemampuan untuk memerintah Tanah Melayu tanpa sokongan Raja-Raja Melayu pada ketika itu, sehingga terpaksa mencari helah menyokong pihak yang bertelagah di kalangan kerabat diraja dan menyokong pihak yang sanggup jadi boneka dan menerima residen British.

Ia, ujarnya, sama seperti DAP yang juga akan sentiasa mencari ruang untuk memecah orang-orang Melayu dan akan berusaha mencari boneka di kalangan orang Melayu yang mereka boleh tunggang kerana cubaan berpakat dengan PAS dan PKR telah terbukti bermasalah dan tidak mampu memenuhi kerakusan nafsu serakah politik DAP.

Lihat sahaja bagaimana mereka menggunakan orang Melayu sendiri untuk menyerang Isntitusi Raja, Kontrak Sosial, hak istimewa orang melayu, DEB, pendidikan, agama Islam, Perkataan Allah, berceramah dalam masjid dsb. Tidakkah ini semua contoh yang jelas????? 





Bagaimanapun, tegas beliau, pakatan yang cuba mereka gunakan bagi menjayakan hasrat memerintah negara ini dilihat begitu rapuh dan goyah.


"Selain dari banyak masalah dalaman yang melanda setiap daripada parti dalam pakatan, DAP sedar ia bakal turut menjadi korban sekiranya pakatan pembangkang gagal menunaikan janji mereka kepada rakyat seperti yang dijanjikan sebelum ini.

DAP sedar pada PRU 13, sekiranya rakan mereka mengalami kekalahan ditangan BN maka DAP akan selamat daripada kekalahan tersebut. Adakah ini menunjukkan DAP tidak setia kepada rakan dalam Pakatan?????

"Kini Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir dan DAP terdesak dan harus bersedia dengan alasan, strategi atau jalan keluar yang bakal mereka gunakan bagi menghadapi pilihan raya dan pengundi yang kecewa dengan prestasi pakatan pembangkang.



Isu-isu yang diciptakan oleh rakan mereka umpama senjata makan tuan. DAP tidak mahu terheret sama dalam kekalutan rakan-rakan mereka yang tidak cerdik ketika PRU 13. Tambahan pula isu dalaman parti yang melibatkan pemimpin atasan yang tidak selesai.


"Oleh itu, strategi yang terbaik ialah mencari boneka di kalangan orang Melayu. Kalau British boleh, tidak mustahil DAP juga boleh mencari boneka di kalangan orang Melayu," katanya lagi

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]