Saturday, August 25, 2012

MENGAPA PAS TIDAK LAYAK MEMERINTAH ?

Percaturan politik di negara ini kelihatannya hanya berlaku di antara sesama Islam dan sesama orang Melayu. Puncanya timbul daripada rasa tidak puas hati dari satu pihak kepada pihak yang lain, tegasnya rasa tidak puas hati PAS kepada UMNO, sedangkan kedua-duanya sama-sama parti ummat Melayu Islam.

PAS mengatakan, bahawa UMNO pari syaitan, parti yang beraliran sekular, anti agama (HUDUD) dan sebagainya. Sebaliknya mereka mendakwa bahawa hanya merekalah yang Islam. Menurut mereka jika negara terus dipimpin oleh UMNO maka negara ini akan hancur. Sebenarnya dakwaan seperti itu adalah dakwaan orang yang jahil politik, dakwaan orang yang melupakan sejarah, perjuangan bangsa, malahan mereka seakan-akan melupakan sejarah wujudnya PAS itu sendiri.

Semua orang tahu, bahawa PAS dahulunya bukan sebuah parti, tetapi ia adalah Biro Agama dalam UMNO yang dikenal dengan Persatuan Islam se Malaysia, yang ditubuhkan berdasarkan hasil persidangan ulamakanjuran UMNO di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Ketika diadakan persidangan agung UMNO pada tanggal 25 Ogos 1951, Tuan Haji Ahmad Fuad mencabar Tengku Abdul Rahman merebut jawatan Yang DiPertua Parti, dan beliau kalah dalam pertandingan tersebut. Kekalahan itu menyebabkan beliau memperkudakan PAS untuk mencapai cita-cita politik peribadinya, dengan menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang bersaing dengan UMNO. Mulai daripada detik itu, politik bangsa Melayu dapat dikatakan tidak harmoni.

Dari sejarah ini, dapat dibuat kesimpulan, bahawa tertubuhnya PAS adalah di sebabkan rasa tidak puas hati Tuan Haji Ahmad Fuad yang ketika itu diberi kepercayaan memimpin Persatuan Islam Se Malaysia, salh satu sayap UMNO, atas kekalahannya ditangan Tunku Abdul rahman sehingga beliau menarik PAS keluar dari UMNO dan menjadikannya sebuah Parti.

Dengan demikian, jelaslah bahawa PAS yang memecahkan perpaduan ummah, bukan UMNO sebagimana yang mereka dakwa. Tulisan ini seterusnya akan memaparkan beberapa kelemahan dan kesilapan PAS sebagai sebuah parti yang kononnya berlebelkan Islam, yang menyebabkan mereka tidak layak memegang teraju kepimpinan negara ini. Semua sikap mereka itu, masih merupakan petunjuk terhadap rasa tidak puas hati mereka terhadap UMNO.

Rasa tidak puas hati itu semakin lama semakin mendalam, sehingga mereka sudah kehilangan daya dan upaya untuk mengalahkan UMNO dalam percaturan politik di negara ini. Hingga mereka tidak segan memaki, mencerca, menghina, mengejek, menggelarkan orang-orang tertentu dengan gelaran yang tidak senonoh dan sebagainya. Kemuncak kepada ini, adalah bila mereka bergabung dengan DAP dan membentuk pakatan rakyat dengan meninggalkan prinsip asal perjuang mereka iaitu negara Islam dan Hudud. Kelihatannya mereka lupa serban putih yang menglingkar di kepala mereka, jubah putih yang membalut tubuh mereka.

Jika mereka masih ingat bahawa perbuatan yang mereka lakukan itu terkutuk di sisi agama, sudah tentu mereka tidak akan melakukannya, sedangkan mereka dapat dikatakan ulamak-ulamak yang berkebolehan dibidang hukum hakam, hinggakan Syaikh al-Azhar sendiri kecil dalam pandangan mereka.

Inilah akibatnya, kalau nafsu sudah mendahului akal, maka kewarasan manusia hilang dan dia akan melakukan tindakan dan perkataan di luar batas akhlak Islamiyah dan adat resam bangsanya sendiri....ikuti seterusnya...




50 Dalil Kenapa PR (Peragut Rumput) Tidak Layak Memerintah








































No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]