MELAKA, 9 Okt (Bernama) -- Kesemua enam bahagian Umno di Melaka yang akan memulakan mesyuarat pada Ahad ini akan mencalonkan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan. Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kesemua enam bahagian itu bersetuju mencalonkan Najib untuk jawatan presiden selepas Perdana Menteri yang juga Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan beliau tidak mempertahankan jawatan itu pada pemilihan berkenaan. "Umno Melaka akan bekerjasama dan berdiri teguh di belakang Najib untuk memastikan kemenangannya (Najib)," katanya kepada pemberita di sini, Khamis. Najib hari ini mengumumkan beliau menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno. Umno Bahagian Kota Melaka akan mengadakan mesyuaratnya pada Ahad ini diikuti Masjid Tanah, Alor Gajah dan Bukit Katil masing-masing pada 19 Okt manakala Tangga Batu dan Jasin dijadualkan pada 25 Okt. Mengenai hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, Mohd Ali, yang kini Naib Presiden Umno, berkata jawatan itu kosong dan dengan itu beliau menawarkan diri untuk bertanding. Katanya beliau mahu membantu presiden untuk meneruskan kesinambungan dasar dan perancangan bagi membangunkan rakyat dan negara. "Dasar yang diperkenalkan Najib iaitu "One Malaysia" dijangka dapat memulihkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap parti dan kerajaan Barisan Nasional," katanya. Beliau berkata tumpuan dalam bidang lain terutama ekonomi dan kemiskinan wajar diberi perhatian segera untuk mengatasinya. -- BERNAMA |
Saturday, October 11, 2008
Kesemua Enam Bahagian Umno Di Melaka Akan Calonkan Najib Sebagai Presiden Umno
Label:
MELAKA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
3 comments:
kami ahli umno melaka sebulat sokong peraihan kuasa kepada Datuk seri Najib Tun Razak...
Hidup UMNO..
Sokong²....
utk pemuda pula kami sokong dato mukhriz bin tun mahadir
Post a Comment