Showing posts with label 1 malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 malaysia. Show all posts
Saturday, February 12, 2011
Tuesday, December 28, 2010
Beza 1Malaysia dan One Israel
| Oleh Mohd Ayop Abd Razid Benarkah 1Malaysia sama dengan One Israel? Rencana ini cuba mengupas perbezaan kedua-dua gagasan terbabit dengan memberikan penekanan kepada aspek konsep bangsa. Konsep One Israel diperkenalkan oleh Ehud Barak, Perdana Menteri Israel pada awal tahun 1990-an. Ia bertujuan memperkukuh kedudukan kaum Yahudi di bumi Palestin. Justeru, One Israel berkaitan dengan kesinambungan perjuangan Zionis yang terus menerus berusaha memperkukuh kedudukan mereka di bumi Palestin. One Israel adalah gagasan yang bersifat rasis, egoistik, cauvinistik dan partikularistik. Ia mengamalkan dasar diskriminasi terhadap bangsa Arab Palestin. Gagasan tersebut dicipta khusus untuk bangsa Yahudi. Melaluinya, rejim Zionis Israel melaksanakan dasar pentadbiran yang mengutamakan kaum Yahudi di negara haram Israel itu. Oleh itu, segala bentuk dasar pembangunan sosioekonomi adalah untuk kepentingan kaum Yahudi semata-mata, manakala rakyat Palestin terus menerus ditindas dan dinafikan hak mereka. Pada hemat saya, tidak salah kita mengatakan bahawa One Israel adalah gagasan yang mendukung dogmatisme utama bangsa Yahudi yang menganggap kaum mereka sebagai 'Bangsa Pilihan Tuhan' (The Chosen People of God). Kaum Yahudi telah menjadikan faktor 'darah keturunan' sebagai faktor penentu Tuhan memilih mereka sebagai 'Bangsa Pilihan'. Pilihan ini berasaskan kepada kasih sayang Tuhan 'Yahweh' kepada mereka. Menurut mereka, keistimewaan ini tidak dikurniakan kepada bangsa-bangsa lain seperti gambaran yang diberi di dalam 'Perjanjian Lama' (Old Testament) yang menyebut: "Engkau...wahai Israel adalah bangsa yang dikuduskan oleh Tuhanmu. Engkau telah dipilih oleh Tuhanmu agar engkau menjadi satu bangsa yang paling istimewa dan unik di sisi Tuhan engkau dari seluruh bangsa-bangsa lain yang menyebabkan Tuhan cinta kepada kamu dan memilih kamu tetapi pemilihan kamu adalah kerana kasih sayang Tuhan kepada kamu dan jagaan-Nya terhadap sumpah yang dibuat-Nya dengan bapa-bapa kamu, iaitu Tuhan telah membawa kamu keluar dengan tangan yang kuat dan menebus kamu daripada perhambaan Fir'aun Raja Mesir ( Deuteronomy V11:6-8). Sebelum wujudnya apa yang dinamakan pergerakan Zionis secara rasmi, telah lahir pelbagai pergerakan Yahudi yang berjuang untuk kembali dan menjadikan bumi Palestin sebagai negara mereka. Di antara pergerakan awal itu adalah pergerakan Maccabean, pergerakan Barkohhba (117-136M), pergerakan Maosisi al-Kariti, pergerakan Dapd Robin (1501-1532M), pergerakan Mansyah bin Israel (1604-1657M) dan pergerakan Syabtai Lapei (1626-1676M). Akhirnya, pergerakan Zionis yang dipelopori oleh Theodor Herzl telah berjaya membawa impian mereka untuk kembali menguasai bumi Palestin. Sejak menguasai Palestin pada tahun 1948, pemimpin Yahudi yang silih berganti itu menjalankan dasar 'penghapusan kaum' terhadap bangsa Arab Palestin sehinggalah ke hari ini. Dasar-dasar yang dilaksanakan di negara haram Israel itu semuanya mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan bangsa Yahudi. Dasar ini jugalah yang termuat di dalam gagasan One Israel. Jelas bahawa gagasan rasis Zions itu jauh berbeza konsepnya berbanding dengan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertujuan menyatupadukan rakyat Malaysia pelbagai kaum. Gagasan 1Malaysia tidak memiliki elemen rasisme atau ideologi perkauman sempit seperti mana yang dipamerkan oleh One Israel. Slogan 1Malaysia, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" adalah bukti nyata gagasan ini tidak bersifat rasis. Seperti yang pernah dihuraikan oleh Najib di dalam Dewan Rakyat bahawa 1Malaysia itu membawa maksud perpaduan dan kesepakatan, "Rakyat Didahulukan" membawa pengertian pengagihan dan perkhidmatan kerajaan merentasi tembok perkauman, manakala "Pencapaian Diutamakan" membawa maksud kerajinan dan penghasilan. Yang jelas kepada kita ialah, 1Malaysia menekankan konsep 'rakyat', bukannya konsep kaum atau bangsa-bangsa tertentu. 'Rakyat' bermaksud 'warganegara' yang mana kerakyatannya sah di sisi undang-undang negara. Justeru, apa juga dasar pembangunan sosioekonomi di bawah gagasan 1Malaysia adalah untuk disertai dan nikmati oleh seluruh rakyat di negara ini tanpa mengira kaum supaya matlamat untuk mencapai perpaduan kebangsaan menjadi kenyataan. Bukannya mudah untuk memuaskan hati semua kaum kerana apabila sesuatu dasar itu disalah tanggap atau dipolitikkan, maka akan berlaku tuntutan-tuntutan ekstrem daripada kaum-kaum tertentu yang boleh menjejaskan hubungan dan keharmonian kaum di negara ini. Justeru, pernah di dalam satu majlis bersama media, Najib berkata kepada para wartawan: "Saya membawa satu perasaan keinsafan yang amat mendalam dan tawaduk bahawasanya ini bukan satu status, bukan soal kuasa tetapi soal tanggungjawab dan harapan yang diberi oleh rakyat amat besar". Kesimpulannya, gagasan 1Malaysia jauh berbeza dengan gagasan One Israel. Perbezaannya 'umpama langit dengan bumi'. One Israel adalah gagasan yang mendukung dogmatisme bangsa Yahudi yang mempercayai bangsa mereka sebagai 'Bangsa Pilihan'. Ia adalah gagasan yang mengamalkan fahaman kuno yang mendukung konsep 'super race'. Sebaliknya, gagasan 1Malaysia mendukung konsep 'rakyat' (warganegara). Ini bermakna 1Malaysia memberikan hak kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Tegasnya, 1Malaysia adalah gagasan yang mendukung konsep kesatuan rakyat. Kita meraikan 'kepelbagaian' (kemajmukan kaum) dan mengamalkan kesederhanaan (wasatiyyah). Menurut Dr. Hassan Ahmad (2010), kesatuan rakyat yang diasaskan kepada kesatuan sosiopolitik-legalistik adalah landasan penting untuk mencapai perpaduan kebangsaan. Negara akan hancur seandainya setiap kaum cuba membentuk 'perkampungan' sendiri, sistem sosial, sistem ekonomi, sistem pendidikan dan sistem politik sendiri yang terpisah daripada dasar, institusi, dan sistem kebangsaan negara. |
Saturday, December 25, 2010
1 MALAYSIA UNTUK BINA NEGARA BUKAN POLITIK.
1Malaysia diharamkan di Selangor: Siapa yang desperado? Satu arahan telah dikeluarkan oleh Ronnie Liu, exco yang menjaga PBT supaya semua papan tanda yang ada 1Malaysia diturunkan. Alasannya ia melanggar undang2 kecil perbandaran dan daerah.Baca komen blog Double Y yang memberi komen semalam: Kenapa mereka begitu ‘trauma’ dengan logo 1Malaysia yang cuba diterapkan oleh DS Najib ke dalam diri semua bangsa Malaysia walhal gagasan yang diilhamkan oleh DS Najib ini adalah gagasan yang bersandarkan kepada Perlembagaan Malaysia. ![]() Selain itu, kami lihat Ronnie Liu cuba menunjukkan relevennya dengan membuat satu drastik bagi menyelamatkan kerjaya politik dan mengekalkan aliran kewangan haramnya. Mungkinkah Ronnie Liu cuba mensabotaj DAP dan Pakatan Rakyat dengan tondakan luar tabii ini? Mungkinkah ini satu usaha untuk menimbulkan sesuatu sebagai sumbangan terakhirnya sebelum digugurkan dari jemaah exco? Kalau ini semua tidak ada kemungkinan dan ia usaha yang disedari oleh kerajaan Selangor, ini bermakna mereka sudah terdesak dan hilang akal. Sampai logo1 Malaysia pun dia orang takut!!! |
ANTARA HELAH POLITIK DAN NIAT IKHLAS.....
| Apco: Rakyat menanti penjelasan Anwar KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar menafikan fakta serta surat rasmi yang dikeluarkan Apco Worldwide bahawa firma itu tidak terlibat dalam pembentukan gagasan 1Malaysia dan One Israel. Yang Dipertua Pertubuhan Kesejahteraan Ummah, Senator Datuk Akhbar Ali berkata, rakyat menanti penjelasan secara terbuka oleh Anwar mengenai surat penafian yang dikeluarkan oleh firma itu. "Anwar tidak seharusnya hanya ke pasar malam, mengadakan siri jelajah untuk terus menuduh gagasan 1Malaysia mempunyai kaitan dengan Apco dan One Israel. Beliau perlu jelaskan mengenai surat penafian Apco kerana rakyat sedang menanti keterangannya. "Dia perlu adil kepada semua pihak, perlu adil kepada rakyat. Kalau dia kata teraniaya, sebenarnya dia belum teraniaya tetapi dia yang menganiaya dirinya sendiri sekiranya tidak tampil memberi penjelasan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kelmarin mendedahkan surat yang diterimanya daripada Apco yang menafikan firma itu terlibat dalam pembentukan gagasan 1Malaysia. Selain itu, beliau turut mengemukakan akuan bersumpah penasihat politik yang pernah bertugas dengan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak iaitu Robert M. Shrum. Dalam akuan bersumpah itu, Robert yang juga terlibat dalam mencipta slogan One Israel menafikan Apco mempunyai kaitan dengan slogan yang digunakan negara Yahudi itu. Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr. Hasan Mad pula berkata, Anwar bukan seorang pemimpin yang hebat sebaliknya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanya pandai mencari salah orang lain. Dalam isu Apco katanya, beliau dilihat sengaja memutar belit isu dan mencari salah kerajaan bertujuan menutup kelemahan dirinya sebagai seorang pemimpin dan mengalih pandangan rakyat daripada memberi tumpuan kepada perbicaraan kes liwatnya. "Anwar bukan seorang pemimpin. Dia hanya aktivis yang pandai cari kesalahan orang lain sahaja. Untuk menutup kelemahan dirinya dia sanggup melakukan apa sahaja walaupun dia tahu perkara itu salah di sisi undang-undang," katanya. Beliau juga yakin Anwar tidak akan menjawab pendedahan Mohamed Nazri sebaliknya akan terus bersandiwara kerana sememangnya itu wajah sebenar beliau dalam kerakusan untuk meraih kuasa dan sokongan rakyat. "Dia akan terus bersandiwara bukan sahaja dalam isu Apco malah dalam kes liwat yang dihadapinya. Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata, tindakan Anwar mengaitkan 1Malaysia dengan Apco hanya helah politik ketua pembangkang itu dan bukan cetusan murni untuk membaik pulih kelemahan dalam kerajaan. "Tindakan Anwar bertujuan menimbulkan keraguan supaya rakyat membenci kerajaan. Pemikirannya juga hanya berorientasi agenda politik pilihan raya, bukan untuk pembangunan negara," katanya. Menurutnya, Dewan Rakyat telah membuat keputusan tepat menggantung kehadiran Anwar selama enam bulan kerana tindakannya menuduh 1Malaysia mempunyai kaitan dengan Apco dan One Israel adalah berniat jahat yang mahu rakyat melihat Barisan Nasional (BN) bersifat seperti rejim Zionis. "Tindakan Anwar itu cukup berbahaya dan subversif kerana dia cuba melakukan provokasi terhadap pemikiran rakyat untuk menolak gagasan 1Malaysia," katanya. |
Friday, December 24, 2010
SAMPAI TERKANGKANG.....
| Apco:Anwar terkangkang…Nazri tunjuk bukti baru Oleh: LUKMAN ABDULLAH Tunggu dan lihat. Apa pula Datuk Seri Anwar Ibrahim nak kelentong lagi fasal isu Apco yang menyebabkan beliau digantung enam bulan dari menghadiri sidang Dewan Rakyat Khamis lalu. Kalau mengambil kira bukti terbaharu mengenainya yang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dedah dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen Rabu, Ketua Pembangkang itu tentu sudah knockout . Sudah enam hari berlalu sejak Dewan Rakyat lulus usul gantung Anwar dan tiga ahli pembangkang lain – Azmin Ali, Karpal Singh dan R Sivarasa namun perang mengenainya masih panas. Anwar menggunakan ceramah roadshow nya dan twitter untuk mendakwa kononnya beliau di pihak yang benar sekalipun tanpa bukti kukuh. Nazri selaku menteri yang jaga urusan parlimen dan bertanggungjawab membawa usul itu kerana mendapati Anwar cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan mendakwa 1 Malaysia tiru One Israel nampaknya sudah set tidak akan membiarkan Ketua Umum PKR itu terus bermaharajalela. Selasa malam beliau tampil dalam rancangan khas di TV1 untuk menjelaskan secara terperinci mengapa tindakan gantung terpaksa diambil. Bagi Nazri, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu cuba ‘ putar-putar’ isu Apco ini seperti juga kes liwatnya vs Saiful Bukhari Azlan yang sedang dibicarakan di mahkamah. Beliau juga menyifatkan usaha Anwar bagi ceramah tidak ubah seperti menjual ubat di pasar malam untuk menipu rakyat. Nazri membidas sikap Anwar yang dakwanya sengaja lari dan 'penakut' untuk berbahas dalam dewan padahal tarikh 16 Disember itu merupakan ruang yang cukup luas untuknya membela diri dan penyokongnya membahas bagi menyokong ketua mereka. "Saya berikan lima orang pembahas dari pembangkang termasuk Anwar dan saya sendiri bersama empat pembahas dari Barisan Nasional (BN), tapi dia lari...penakut," katanya. Dalam sidang medianya, Nazri tunjuk surat yang dihantar oleh firma perhubungan awam, APCO Worldwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dijadikan asas untuk menggantung Anwar. Katanya dalam surat bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1Malaysia, sekaligus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan. "Jadi jelaslah Anwar telah menipu di dalam Dewan, dan inilah bukti yang terpenting sekali untuk membuktikan Anwar menipu," katanya . Nazri berkata beliau menerima akuan bersumpah daripada Robert M. Shrum, seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk sebagai penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Perdana Menteri Israel Ehud Barak. Menurutnya dalam akuan bersumpah itu, Shrum yang terlibat dalam kempen One Israel pada masa itu, menafikan penglibatan APCO sekaligus mengukuhkan lagi penafian firma berkenaan dalam suratnya itu mengenai sebarang pembabitan dalam kempen "One Israel". "Anwar ada sebut Ehud Barak dan One Israel dalam ucapan dia, tapi di sini jelas menunjukkan orang yang bertanggungjawab itu (Robert M. Shrum) menafikan apa yang disebutkan oleh Anwar mengenai penglibatan APCO dengan One Israel," katanya. Nazri juga menafikan dakwaan kononnya Anwar tidak diberi hak untuk membela diri dan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel. Katanya Anwar telah beberapa kali diberi peluang itu sejak mengeluarkan kenyataan berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas, namun tidak menggunakan kesempatan itu, sebaliknya terus mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel. "Dia diberi hak untuk membela diri pada 22 April lalu, iaitu hari yang saya bentang usul untuk merujuk dia ke jawatankuasa, sebelum kita mahu luluskan usul itu dia telah diberi hak untuk bela diri. "Sebelum itu pun pada 17 Mac selepas dia buat kenyataan itu kita bagi dia seminggu untuk membela diri dan menarik balik kenyataan dia tapi dia pilih untuk serang kita lagi tanpa beri bukti-bukti. "Sebenarnya sampai hari ini pun dia tidak ada bukti sebab itu saya mengemukakan bukti yang jelas menunjukkan bahawa APCO tidak langsung ada kena mengena dengan 'One Israel'. Tambahnya, "dia tidak mahu perbahasan (dalam Dewan Rakyat) berlaku tapi sekarang pergi ke pasar malam bagitahu pada orangramai, dia tidak diberi kesempatan untuk bela diri, dia memang takut dengan saya pun, setiap kali berbahas soalan dalam dewan dia akan kena balik...saya memang tunggu, ini memang kerja saya." Ketika ditanya gesaannya pada rakyat mengenai hal berkenaan, Nazri dengan sinis berkata, "gesaan saya pada rakyat, kalau rasa macam susah hati dan memerlukan hiburan pergilah dengar Anwar berucap kerana seronok dan menghiburkan, tapi jangan percaya apa yang dia ucapkan sebab dia memang menipu." Ditanya pula samada perlu diadakan perbahasan khas di pentas, beliau berkata, "tak perlu berbahas kat pasar malam kerana kita sudah sediakan tempat yang paling baik, tertinggi sekali (Dewan Rakyat) dan kita tidak boleh menipu dalam dewan" "Agaknya dia tak mahu berbahas dalam dewan kerana dia tahu dia akan menipu...saya bersedia bila-bila masa, kalau dia ada motto 'lawan tetap lawan', saya juga ada motto 'kawan tetap kawan'," ujarnya. Menjawab satu soalan lain Nazri berkata, "eloklah saya bagi enam bulan berehat, dia boleh tumpu pada kesnya di mahkamah tak payah fikir parlimen, kes dia nak ON, kita bagi dia free enam bulan tak payah datang parlimen, betullah tu... go to the trial ."– 22/12/2010 |
Haramkan Logo Bukti Pembangkang Makin Takut Populariti 1Malaysia
| Haramkan Logo Bukti Pembangkang Makin Takut Populariti 1Malaysia LAWAS, 23 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia pada papan iklan di negeri itu menggambarkan kegentaran pembangkang terhadap populariti gagasan itu. Muhyiddin berkata populariti 1Malaysia yang dilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi semakin meluas dan diterima oleh rakyat Malaysia. “Dia (kerajaan Selangor) takut dengan logo 1Malaysia yang sudah menjadi ikonik di kalangan rakyat Malaysia,” katanya. Beliau berkata demikian di sini selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Lawas. Muhyiddin berkata gagasan 1Malaysia mempunyai tujuan murni antaranya untuk merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik mereka. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu dilaporkan berkata pengharaman penggunaan logo 1Malaysia itu dibuat kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik Barisan Nasional. Muhyiddin berkata pembangkang akan terus cuba untuk memutar-belitkan fakta tentang 1Malaysia untuk terus mengelirukan rakyat biarpun kerajaan telah memberikan penjelasan berkenaan dengan konsep itu. |
MUKA YANG TAK TAHU MALU
MENGAPA KHALED GENTAR DENGAN 1 MALAYSIA ?
| Tindakan kurang bijak haram logo 1Malaysia TINDAKAN Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia disifatkan sebagai satu langkah yang kurang bijak. Jika dilihat sebelum ini pada ketika 1Malaysia diutarakan, kerajaan PR mendakwa tentang konsep 1Malaysia ini seolah-olah ditiru daripada konsep Malaysian Malaysia yang diperkenalkan oleh DAP yang membawa konsep kesamarataan. Namun apabila usaha berterusan untuk memperkenalkan dan memahamkan serta menerapkan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan disambut baik oleh masyarakat, ia dilihat menggugat politik mereka lantas melatah dengan menolak konsep tersebut. Baru-baru ini Ketua Pembangkang serta beberapa kepimpinan pakatan pembangkang digantung daripada persidangan dewan rakyat akibat tuduhan tidak berasas kepada konsep 1Malaysia. Tindakan itu memakan diri mereka sendiri malah tidak kena pada tempatnya. Dewan Rakyat merupakan dewan yang dianggap sebagai dewan yang mulia. Oleh itu sebarang tuduhan yang berunsur fitnah atau pembohongan dianggap sebagai sebuah kesalahan yang besar. Pertuduhan yang mengaitkan 1Malaysia dengan 1Israel ini dinafikan sendiri oleh pihak Apco Worldwide. Dengan itu terbuktilah pertuduhan tersebut jelas sekali tidak disusuli dengan fakta yang benar dan jelas. Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri selaku pengasas konsep 1Malaysia menekankan bahawa ia adalah ciptaan kita sendiri, bukanlah diciplak dari mana-mana tempat/negara sekalipun. Kami selaku Mahasiswa yang aktif dengan Kumpulan Rakan Siswa (Karisma), tidak nampak dimana silapnya konsep 1Malaysia ini. Secara ringkasnya, 1Malaysia membawa penekanan kepada perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa aspek utama dan nilai untuk menjadi amalan setiap rakyat dalam sama-sama membangunkan negara. Namun kerajaan negeri Selangor tetap tidak mahu menerima gagasan ini, dengan alasan ia diasaskan oleh Kerajaan Persekutuan. Apa yang membuatkan tindakan pengharaman logo 1Malaysia ini dilihat sebagai tindakan kurang bijak adalah kerana ia mendatangkan sedikit sebanyak masalah bagi penduduk di negeri industri itu sendiri. Sebilangan besar penduduk Selangor telah menerima konsep tersebut, ada yang telah merangka aktiviti/program dengan bertemakan 1Malaysia, logo sudah pastinya selari dengan tema, ini akan membantutkan usaha mereka untuk membuat aktiviti. Ada juga peniaga yang menggunakan logo berkonsepkan 1Malaysia sebagai duta perniagaannya, namun pengharaman ini telah menyulitkan peniaga tersebut. Pemilik premis berkenaan telah membuat kenyataan bahawa perniagaannya merupakan perniagaan individu, janganlah sampai diheret ke kancah politik pula. Kasihan peniaga tersebut. Kelak, apabila klinik 1Malaysia juga ingin dibawa ke Selangor, pasti mengundang masalah. Klinik 1Malaysia memberikan hak kepada rakyat, bagaimana usaha untuk kemudahan rakyat ini dapat dilaksanakan jika terdapat halangan sebegini? Maka, Kerajaan Negeri Selangor diseru supaya dapat menimbang dan menarik balik pengharaman tersebut kerana ia jelas mendatangkan kesulitan kepada banyak pihak. Selaku mahasiswa, kami menghormati pemimpin Kerajaan Negeri Selangor, benar juga Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai hak untuk melaksanakan pengharaman tersebut. Akan tetapi, sedarlah bahawa ia pasti akan memakan diri kerana pengharaman ini merupakan satu bentuk 'penyiksaan' terhadap rakyat. Kumpulan Rakan Siswa merupakan gerakan mahasiswa/mahasiswi yang dianggotai oleh wakil dari 19 buah IPTA/IPTS seluruh Malaysia. Karisma menegaskan bahawa kami bukan ingin menjadi pengampu Kerajaan Persekutuan, tetapi jelas bahawa konsep 1Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk dipraktikkan. SiswaKARISMA_Uzey Kuala Lumpur |
RABU lalu, sebuah premis di Banting, Selangor telah diarah menurunkan papan tanda premisnya kerana melakukan kesalahan di bawah peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu menggunakan logo "1Malaysia" pada papan tanda tersebut.
Ia sesuai dengan arahan Kerajaan Negeri Selangor yang tidak membenarkan penggunaan logo tersebut di premis-premis perniagaan di seluruh negeri itu dengan alasan ia bermotifkan politik.
Syed Ali Alhabshi (umnobahagiancheras. blogspot.com) menganggap pengharaman logo 1Malaysia di premis perniagaan tersebut merupakan tindakan antinasional dan takutkan bayang-bayang sendiri.
Tindakan tersebut jelas sebagai usaha menutup malu pakatan pembangkang apabila Apco Worldwide telah menafikan penglibatan pihaknya dengan penciptaan gagasan 1Malaysia seperti didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Apabila pembohongan Anwar terbongkar, kerajaan Selangor mencari helah untuk menutup rasa malu tersebut dengan membuat keputusan mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia di premis perniagaan.
"Kini sudah terbukti bahawa cerita Anwar dalam siri ceramah politiknya mengenai Apco dan 1Malaysia adalah karut, fitnah dan hanya bermotifkan dendam politik," katanya.
Blog Pisau (pisau.net) berkata, pengharaman logo 1Malaysia oleh kerajaan Selangor jelas menunjukkan bahawa pakatan pembangkang kini semakin bimbang dengan kejayaan kerajaan menyatu-padukan rakyat menerusi gagasan 1Malaysia yang ideanya dicetuskan oleh Perdana Menteri sendiri.
"Adalah tidak mengejutkan 1Malaysia dipandang sebagai musuh kepada mainan politik pakatan yang mahu melihat rakyat berpecah-belah. Menjadi satu masalah besar buat pakatan jika rakyat di negara ini menikmati keharmonian kaum.
"Berpecah-belah dan tidak harmoni adalah resipi terbaik buat pakatan untuk menimbulkan keresahan agar rakyat tidak menyokong kerajaan BN," katanya.
Sehubungan itu, kata blog tersebut, gagasan 1Malaysia telah diserang sejak awal-awal lagi oleh Anwar dengan menuduh ia ada kaitan dengan Israel dengan harapan rakyat menolak gagasan tersebut dan terus kekal dalam keadaan berpecah-belah.
"Menyerang 1Malaysia membuktikan DAP, PKR dan Pas adalah dalang dan ejen perpecahan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Sudah acap kali kelihatan mereka membakar sentimen perkauman," katanya.
Mengenai Apco, Hambali Abd Latiff (hambali1.blogspot.com) berkata, afidavit Apco Worldwide yang didedahkan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang jelas menunjukkan firma tersebut tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan penciptaan slogan 1Malaysia, sekali gus membuktikan tentang pembohongan oleh Anwar.
Katanya, dengan kandungan surat yang dihantar oleh firma perhubungan awam itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, ia dijadikan asas untuk menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan.
"Persoalannya sekarang, apakah tindakan Kementerian Dalam Negeri terhadap pemimpin parti pembangkang itu yang sengaja merosak dan mencemarkan nama negara itu. Tuduhan Anwar terhadap kerajaan berat dan boleh menjejaskan Malaysia di mata dunia.
"Malah banyak negara Islam sedang memerhatikan kita apakah benar ada 'hubungan' dengan Israel sedangkan Malaysia antara negara paling lantang menentang dasar negara itu. Jika Anwar berbohong seperti dikatakan Nazri, apakah beliau hanya wajar dikenakan tindakan penggantungan di Dewan Rakyat sahaja," kata penulis ini.
Kata beliau, tuduhan yang dibuat oleh Anwar itu sangat berat dan jika sudah terbukti beliau berbohong mengenainya, apakah beliau tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Sementara itu, blog House PK (parpukari.blogspot.com) mendedahkan video seorang pemuda Islam yang juga seorang jurutera, penyair dan penulis yang membuat pengakuan bahawa dia merupakan seorang yang mengamalkan hubungan seks sejenis atau "gay".
Katanya, kalau zaman dahulu agak sukar melihat anak muda Melayu dan Islam yang mengaku mengamalkan seks songsang seperti itu, tetapi kini mereka semakin berani dan tanpa ada perasaan segan-silu kerana kini mereka sudah ada idola besar.
"Wahai ahli-ahli Pas sekalian. Tidakkah kamu takut akan balasan Tuhan? Janganlah kamu menafikan lagi. Adakah ini yang kita mahu? Lebih ramai anak muda Melayu Islam yang jadi gay?
"Memang benar bagi bukan Islam dan golongan liberal perkara ini adalah kecil, tapi kalau kita seorang Islam, bolehkah kita menerima manusia seperti di atas ini? Jauhilah dari golongan gay ini," katanya.
Nada serupa dinyatakan oleh Zulkifli Noordin (zul4kulim.blogspot.com) yang berkata, kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi yang mendesak Jakim memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan hiburan gay perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa.
Pada masa yang sama, beliau berharap Dewan Pemuda Pas beristiqomah dalam pendirian menghapuskan golongan gay, homoseksual, liwat, pondan dan lain-lain daripada bumi Malaysia dalam apa bentuk sekalipun termasuk campur tangan golongan gay dan homoseks dalam hal ehwal negara ini.
"Sebagai contoh, Dewan Pemuda Pas perlu menyatakan pendirian tegas menolak campur tangan Ahli Parlimen Australia dalam urusan kehakiman dan perundangan negara. Ini adalah kerana antara Ahli Parlimen Australia yang mencampuri urusan perbicaraan liwat Anwar Ibrahim adalah Senator Michael Danby, seorang pejuang hak golongan gay/lesbian.
"Kemudian Senator Bob Brown, seorang atheis yang tidak percayakan Tuhan atau apa-apa agama. Juga Senator Malcolm Turnbull, seorang pejuang perkahwinan sejenis. Itu latar belakang antara Ahli Parlimen Australia yang menyokong Anwar pemimpin anugerah Tuhan, yang jelas berlatar belakangkan mereka yang terlibat dengan golongan gay, homoseks dan liwat," katanya
Wednesday, October 20, 2010
tengok betul-betul!
| Dari blog http://yanggambi.blogspot.com/2010/03/si-bacul-sedia-pertahankan-dakwaan-1.html Si bacul sedia pertahankan dakwaan 1 Malaysia sama dengan ‘One Israel' Tidakkah konsep ‘Israel for all’ juga ditiru oleh kepimpinan PAS dalam slogan ‘PAS for all’…. Jika kita kaji, konsep ‘1 Malaysia’ dengan ‘1 Israel’, yang didakwa ada persamaan, salahkah kalau konsep ‘1Malaysia’ yang berpaksikan hasrat kepimpinan kerajaan UMNO-BN untuk menyatukan rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum ? ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ itulah konsep ‘1 Malaysia’…….. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA









