Saturday, December 25, 2010

1 MALAYSIA UNTUK BINA NEGARA BUKAN POLITIK.

1Malaysia diharamkan di Selangor: Siapa yang desperado?

Satu arahan telah dikeluarkan oleh Ronnie Liu, exco yang menjaga PBT supaya semua papan tanda yang ada 1Malaysia diturunkan. Alasannya ia melanggar undang2 kecil perbandaran dan daerah.
Baca komen blog Double Y yang memberi komen semalam:
Kenapa mereka begitu ‘trauma’ dengan logo 1Malaysia yang cuba diterapkan oleh DS Najib ke dalam diri semua bangsa Malaysia walhal gagasan yang diilhamkan oleh DS Najib ini adalah gagasan yang bersandarkan kepada Perlembagaan Malaysia.

Gagasan 1Malaysia juga menekankan pendekatan di mana kerajaan membantu semua kaum dan golongan yang memerlukan bantuan agar tiada siapapun merasa bahawa mereka telah dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan Negara..
Maka adalah menjadi tanggungjawab masyarakat tanpa mengira fahaman politik untuk membantu usaha meningkatkan perpaduan kaum dan mengajurkan gaya hidup yang harmoni di antara semua kaum di Malaysia.
Nampaknya Pakatan Haram sudah mula melihat kejayaan slogan atau gagasan 1Malaysia ini, maka dari sini bermulalah idea ala-ala gestapo yang cuba untuk MENGHARAMKAN sebarang penggunaan logo ini bermula di Selangor.
Sungguh aneh sekali, mereka melaung-laungkan demokrasi, kononnya mereka mengamalkan demokrasi yang sebenar tapi dalam masa yang sama mereka bertindak macam diktator, iaitu hanya mereka yang berhak mengeluarkan sebarang ‘suara’ tetapi tidak rakyat.

Selain itu, kami lihat Ronnie Liu cuba menunjukkan relevennya dengan membuat satu drastik bagi menyelamatkan kerjaya politik dan mengekalkan aliran kewangan haramnya.
Mungkinkah Ronnie Liu cuba mensabotaj DAP dan Pakatan Rakyat dengan tondakan luar tabii ini? Mungkinkah ini satu usaha untuk menimbulkan sesuatu sebagai sumbangan terakhirnya sebelum digugurkan dari jemaah exco?
Kalau ini semua tidak ada kemungkinan dan ia usaha yang disedari oleh kerajaan Selangor, ini bermakna mereka sudah terdesak dan hilang akal.
Sampai logo1 Malaysia pun dia orang takut!!!

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]