Saturday, December 25, 2010

APAKAH DASAR SEBENAR PAS?

Oleh: Kawan Lama
Pakataan dan kerjasama PAS dengan parti-parti pembangkang yang dilaksanakan kepimpinan Tertinggi PAS yang diterajui oleh TG Nik Aziz sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Begitu juga dengan penolakkan dan keengganan untuk bekerjasama dengan UMNO juga bukan sesuatu yang baru. Lebih menghairankan,penolakkan kerjasama dengan UMNO adalah berlandaskan kepada dasar kedua-dua parti yang berbeza. 

Manakala apakah asas yang digunakan oleh TG Nik Aziz mengenai gabungan bersama DAP di bawah pakataan pembangkang?
Penulis percaya ramai di kalangan barisan veteran PAS dan penyokong PAS tidak gemar dengan tindakan dan keputusan TG Nik Aziz dan kepimpinan Tertinggi PAS untuk bersekongkol dengan DAP. Kalau dahulu PAS mempersoalkan kerjasama UMNO dengan parti-parti komponen yang bukan Melayu/Islam khususnya MCA, kenapa menerima untuk bersama DAP? 

Selain itu, ramai juga di kalangan mereka yang terkilan dengan cara TG Nik Aziz menolak unjuran TG Hj Hadi untuk berkejasama dengan UMNO tak lama dulu. Alasan yang diberikan oleh TG Nik Aziz adalah berasaskan dasar PAS dan UMNO berbeza. Malahan TG Nik Aziz sendiri menyatakan kalau UMNO meletakkan dasarnya seperti PAS, maka beliau sanggup untuk membubar PAS dan menyertai UMNO. Segar dalam ingatan kita bagaimana ‘tegangnya’ situasi dalam barisan kepimpinan Tertinggi PAS. TG Hj Hadi ‘terpaksa’ membuat kenyataan yang sedikit berbeza demi tidak mahu dilihat ‘menginkari’ perintah TG Nik Aziz. Sudah lupakah kita kepada teguran keras dan memalukan TG Nik Aziz kepada Timbalan Presiden PAS, YB Nasaruddin? 

Masih ingat lagikah sejarah isu kafir mengkafir yang jalankan oleh PAS sejak awal penubuhannya,1952? Kumpulan agama/ulamak dalam UMNO telah keluar dan menubuhkan parti PAS. PAS sedar mereka hanya mampu untuk mendapatkan undi daripada orang Melayu yang rata-ratanya menyokong dan bersama dengan UMNO. Justeru itu, PAS telah merangka dan melaksanakan kempen mengkafirkan UMNO. Alasan yang diberikan adalah disebabkan UMNO bersekongkol dengan bukan Islam iaitu MCA dan MIC di bawah lambang Perikatan. 

Pada tahun 80-an, PAS telah memperkukuh dan memperhebatkan kempen mengkafirkan UMNO melalui Amanat Haji Hadi. . Antara perkara yang tidak dapat dilupakan adalah PAS telah menyatakan bahawa sembelihan orang UMNO haram dimakan. Berimamkan iman yang dilantik oleh kerajaan yang diterajui UMNO tidak sah maka wujudnya kes sembahyang dua imam. Pernikahan yang dilakukan oleh Kadhi lantikan kerajaan tidak sah dan sekiranya telah bernikah, maka hubungan tersebut dikategorikan sebagai melakukan zina dan macam-macam lagi. Implikasinya, perceraian meningkat, hubungan kekeluargaan runtuh, orang Islam khususnya yang ramainya terdiri di kalangan orang Melayu berpecah. 

Untuk makluman, PAS dah lama pun bersama-sama dengan parti bukan Islam lagi chauvinis Cina DAP. Pada PRU 1969, PAS telah bersama-sama DAP, Gerakan (sebelum bersama BN pada 70-an) dan PPP. Parti Buruh (Labour Party), Tan Chee Koon yang mempunyai pengaruh komunis dan radikal telah dibubarkan telah beramai-ramai menyertai DAP. Penubuhan DAP adalah kesinambungan perjuangan yang ditinggalkan oleh PAP Lee Kuan Yew yang telah keluar daripada Tanah Melayu selepas mendapat kemerdekaan. 

Dalam kempen PRU 1969 ini, PAS telah menyerang UMNO kepada orang Melayu manakala DAP mensasarkan pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina. Sentimen keagamaan dan perkauman dijadikan bahan kempen dalam usaha untuk menanamkan semangat membenci masyarakat pelbagai kaum di Tanah Melayu. Usaha mereka ini berjaya dan pembangkang telah mendapat menafikan penguasaan Perikatan (BN) dalam Parlimen dan Pulau Pinang jatuhke tangan Gerakan. Apakah kesan yang ditinggalkan dalam kempen yang bersentimen agama dan kaum oleh pihak pembangkang? Keharmaonian dan kesejahteraan kaum serta kestabilan negara menjadi galang gantinya – insiden 13 Mei 1969.


PAS yang keluar daripada UMNO atas dasar tidak puas hati kerana UMNO tidak betul-betul melaksanakan hukum dan undang-undang Islam. Lupakah terhadap hujahan-hujahan yang menggunakan ayat-ayat suci Al Quran (surah al Imraan ayat 28) yang cuma dibacakan setengah ayatnya sahaja untuk menunjukkan UMNO itu kafir ? Namun tindakan PAS yang sanggup bersama-sama dalam perjuangan DAP chauvinis Cina yang terang-terang tidak akan menerima dasar pembentukan negara Islam dan perlaksanaan hukum dan undang-undang Islam PAS, bagaimana pulak?
Lantaran itu, penulis agak hairan juga kenapa dan mengapa pada hari ini penyokong dan pengikut taksub PAS begitu periaya-iya mempertahankan DAP?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]