| Siapa terbaik bentuk kerajaan? SAYA mengikuti dengan teliti perkembangan politik negara khasnya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 yang menyaksikan landskap politik negara berubah secara luar biasa. Saya dapat melihat dan merasakan keresahan dan kegelisahan rakyat terbanyak kesan perubahan ini. Berkongsi pengalaman kami di Perak selama 11 bulan di bawah pemerintahan pakatan pembangkang, keadaan menjadi amat sukar dan rumit. Kampung yang selamanya aman damai menjadi tegang dan keruh. Penyokong dan pimpinan pakatan menjadi seakan-akan mabuk dan hilang ingatan. Suasana harmoni yang selama ini dinikmati tiba-tiba hilang apabila JKKK ketika itu ingin merampas dan menguasai segalanya. Kelas-kelas Tabika Kemas, dewan orang ramai, surau dan masjid menjadi semacam simbol kuasa yang mesti dikuasai oleh mereka. Mereka merampas kunci dewan dan surau dan serta-merta membuat pelbagai undang-undang penggunaan yang sebenarnya menyukarkan rakyat. Hubungan yang selama ini ibarat sebuah kampung satu keluarga tiba-tiba lenyap begitu sahaja. Mujurlah ia hanya berlangsung selama 11 bulan. Tempoh 11 bulan yang mengajar dan mendidik. Perkara ini saya timbulkan semula kerana keadaan politik yang semakin jelas hari ini. Pendedahan Wikileaks baru-baru ini ada hikmahnya. Ia tidak harus hanya dilihat dari sudut perilaku dan tabiat Anwar Ibrahim semata-mata. Lebih jauh daripada itu ia membuktikan bahawa Malaysia tercinta ini juga menjadi perhatian antarabangsa. Singapura dan Australia dari sudut sejarahnya amat mencemburui Malaysia. Mereka nampaknya sentiasa memerhati dan menilai. Kebimbangan kita ialah minat yang mereka tunjukkan seakan-akan mendapat sokongan dari dalam negara. Mereka menuduh Anwar dan cuba menjatuhkan UMNO/BN melalui ungkapan 'Anwar diperangkap oleh musuh politiknya'. Apabila Anwar dilihat tidak layak dan UMNO/BN juga dinilai tidak cukup berwibawa, maka siapakah yang dicadangkan atau dilihat terbaik oleh pendedahan tersebut? Inilah persoalannya. Saya nampak kita tidak mempunyai pilihan sama sekali. Pilihan yang ada ialah memperkuatkan diri kita sehingga tiada ruang bagi sesiapa pun untuk memperkecilkan kita. UMNO mesti mengepalai gerakan ini. Kalau dahulu UMNO memimpin usaha mencapai kemerdekaan, kini UMNO wajib mengetuai usaha mempertahankan kedaulatan kita. UMNO mesti berjiwa besar. UMNO mesti bangkit dengan kuat dan berani. Ini bukan lagi soal merebut jawatan di Cawangan dan Bahagian. Lebih besar daripada itu, UMNO mesti memenangi pilihan raya umum dengan memastikan majoriti 2/3 di Parlimen. Kerajaan UMNO/BN mesti menjadi kerajaan yang kuat kerana kuat lemahnya UMNO/BN akan memberi makna kepada maruah kita yang cuba dicabar. KAMARIAH YOUB Kampung Seberang Karai, Perak |
Showing posts with label MODEL POLITIK BARU.. Show all posts
Showing posts with label MODEL POLITIK BARU.. Show all posts
Sunday, December 19, 2010
SIAPA TERBAIK BENTUK KERAJAAN ?
Thursday, November 25, 2010
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU,DAULAT TUANKU.
| Raja-Raja Melayu menitahkan seluruh rakyat Malaysia untuk memahami dan menghayati sejarah pembentukan negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial iaitu semangat permuafakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu. "Raja-Raja Melayu berpegang bahawa kontrak sosial yang telah dipersetujui ini merupakan watikah yang menjadi asas kepada keadilan sosial di negara ini yang merangkumi cita-cita bagi mencapai hasrat pembahagian ekonomi secara adil. "Sikap tolak ansur antara kaum menunjukkan kematangan rakyat pelbagai kaum di negara ini," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Kuala Lumpur hari ini. Menurut kenyataan itu, mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-222 yang berlangsung di Istana Negara pada 13 dan 14 Okt lepas memandang berat mengenai trend politik semasa yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar kedaulatan Perlembagaan negara. Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengambil maklum akan perkembangan semasa serta kebimbangan yang disuarakan oleh individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berhubung perkara-perkara menyentuh agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu. Majlis Raja-Raja, menurut kenyataan itu memandang serius kewujudan jumlah jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah berat, yang boleh mengancam keselamatan, ketenteraman dan imej negara. Raja-Raja Melayu bersama Yang Dipertua-Yang Dipertua negeri memahami serta menghargai usaha-usaha Kerajaan Persekutuan menyatupadukan rakyat berlandaskan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Menurut kenyataan itu, Raja-Raja Melayu menitahkan setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama supaya terus bersatu serta setia kepada negara demi memelihara kedaulatan dan kemakmuran negara kerana setiap rakyat mempunyai peranan dalam pembangunan negara. Setiap rakyat hendaklah terus menghormati dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang dan mengelakkan tindak-tanduk yang membawa pertelingkahan, perselisihan faham dan syak wasangka antara kaum yang menjejaskan kemakmuran dan keharmonian negara, titah Raja-raja Melayu. "Demi kedaulatan dan keharmonian negara yang kita kasihi ini, Raja-Raja Melayu berharap rakyat tidak akan memberi peluang untuk penglibatan dan campur tangan pihak luar dalam urusan negara," menurut kenyataan itu. Raja-Raja Melayu turut menyeru orang Melayu supaya bersatu padu dan tidak bertelingkah sesama sendiri berlandaskan semangat persaudaraan Islam, agar kedudukan orang Melayu tidak terpinggir dan terhakis dalam arus pembangunan negara. "Pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu wajib mencari persamaan, bermuafakat menggunakan hikmah dan kebijaksanaan, melindungi dan membela nasib orang Melayu," menurut kenyataan itu. Raja-Raja Melayu menegaskan bahawa keutuhan bangsa Melayu serta nasib orang Melayu tidak akan terpelihara jika para pemimpin pertubuhan Melayu lebih cenderung untuk bertelagah dan memilih untuk berselisih faham. "Raja-Raja Melayu berdoa agar Malaysia yang dikasihi ini sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan rakyatnya yang berbilang kaum terus bersatu serta kekal makmur dan sejahtera. "Semoga Malaysia terus mendapat perlindungan dan rahmat Allah Subhanahu Wata'ala," menurut kenyataan itu. |
Sunday, October 17, 2010
Model politik baru Umno perlukan pemikiran progresif, kata anggota MT
| October 17, 2010 KUALA LUMPUR, 17 Okt — Model politik baru Umno yang hendak dibawa Datuk Seri Najib Razak perlu berasaskan pemikiran progresif supaya ia memberi impak besar kepda rakyat setiap lapisan masyarakat, kata anggota Majlis Tertingginya Datuk Saifuddin Abdullah. “Pada saya model ini, antara lain perlu mengandungi dua komponen utama iaitu pendekatan dan pemikiran,” kata penulis buku berjudul “Politik Baru” ini ketika dihubungi The Malaysian Insider. Buku itu dilancarkan oleh Najib awal tahun lalu. Najib yang juga Presiden Umno semalam mengusulkan kemungkinan diwujudkan model politik baru bagi memastikan kelangsungan Umno sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara. “Bukan sahaja kita perlu Model Ekonomi Baru, kita mungkin perlu model politik baru,” kata Najib. Najib berkata strategi seperti “politik pembangunan” tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang. “Saya kira mengapa orang menolak parti-parti yang banyak berjasa dahulu kerana parti itu tidak berubah. Parti itu dilihat sebagai kaku dan tidak dinamik. Mereka tidak berubah mengikut masa. “Tetapi sebaliknya kalau kita berubah dan kita dilihat sebagai parti yang dinamik dan segar, InsyaAllah sokongan rakyat pada kita akan berterusan pada masa-masa akan datang,” kata Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN). Menurut Saifuddin, pemikiran merujuk kepada keperluan mencetuskan idea-idea pembangunan yang progresif dan berdasarkan falsafah, konsep dan pengisian bernas, budaya ilmu dan berimpak besar kepada rakyat di setiap lapisan dan bagi setiap golongan. “Antara idea progresif yang diperlukan ialah tentang mewujudkan masyarakat baik yang berteraskan penghayatan budaya ilmu, keadilan sosial, pembinaan tamadun insaniah, partisipasi demokratik, serta kelestarian ekonomi dan alam sekitar,” kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini. “Saya anggap cadangan Datuk Seri Najib tentang perlunya diadakan model politik baru amat tepat dengan realiti politik semasa dan pengharapan rakyat kini. “Ia bukan sahaja penting untuk Umno, tetapi untuk mewujudkan budaya politik negara yang lebih sihat dan segar di negara ini,” kata beliau. Namun tegas beliau, ia perlu dimulakan oleh Umno sebagai parti tunggak BN. “Justeru, amat sesuai bagi perbahasan usul di Perhimpunan Agung Umno minggu depan untuk mengupas perkara ini. Menjelaskan hujahnya, Ahli Parlimen dari Pahang ini menambah, aspek pendekatan merujuk dua perkara iaitu amalan politik integriti yang mesti berasaskan idealisme perjuangan parti yang kukuh. “Dalam Umno, tidak cukup sekadar menjadi ‘ahli Umno’ iaitu bayar yuran. Ia perlu menjadi ‘orang Umno’ yang masuk Umno benar-benar demi perjuangan, bukan dengan niat lain. “Di samping itu, ia perlu memastikan Umno menghakis masalah-masalah seperti politik wang. “Amalan urus tadbir baru iaitu meningkatkan kerjasama dan sinergi antara ketiga-tiga sektor pembangunan iaitu kerajaan-politik, perniagaan dan masyarakat sivil dalam struktur dan proses membuat keputusan. “Amalan ini satu langkah penting dalam mematangkan demokrasi negara kerana ia akan meningkatkan dan meluaskan partisipasi rakyat dalam membuat keputusan,” katanya. Dalam pada itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyokong cadangan Najib berhubung usaha mewujudkan model politik baru bagi menjadikan Umno parti yang lebih dinamik dan diterima umum. Beliau yakin model baru dicadangkan oleh Perdana Menteri untuk menjadikan Umno sebagai satu parti politik yang dinamik akan diterima oleh setiap lapisan masyarakat. Katanya, hakikat landskap politik di negara sudah banyak berubah jika dibandingkan beberapa tahun lalu dan keadaannya sudah tidak sama seperti dahulu. “Jika dahulu kita memperkatakan mengenai politik kemerdekaan dan politik pembangunan dan seterusnya politik kemajuan dan hari ini pendekatan yang akan diperkenalkan oleh beliau (Najib) akan menjadikan parti politik lebih dinamik dan tidak kaku,” katanya di Ipoh. Dipetik Bernama, Zambry berkata, cadangan berkenaan sangat bertepatan kerana generasi kini tidak sama seperti dahulu dan pendekatan politik juga harus berbeza mengikut suasana global. Katanya, pendekatan politik baru itu mungkin berasaskan nilai-nilai yang ada dalam politik itu sendiri seperti menjadikan pemimpin politik itu sendiri sebagai sebahagian daripada masyarakat. Menurutnya, matlamat perjuangan Umno tidak akan berubah tetapi yang berubah hanya metodologi dan persekitarannya sahaja agar menjadi lebih dinamik. |
SURVIVAL : UMNO PERLU MODEL POLITIK BARU
| Sewaktu berucap di Majlis Pelancaran Kelab UMNO Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana semalam, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, telah melontarkan pandangan akan perlunya parti UMNO mewujudkan Model Politik Baru demi kelangsungan parti. Alasan YAB adalah model lama iaitu 'Politik Pembangunan' sudah tidak berkesan lagi sekarang. Contoh yang jelas ketika PRU Ke 12 2008 ketika pengundi menolak parti-parti yang banyak berjasa. Parti kaku dan tidak dinamik. Pengundi khususnya pengundi baru dan muda mahukan elemen-elemen baru dalam parti yang lebih dinamik dan segar. Bagi menjamin dan memberi jaminan sesebuah parti terus relavan dan diterima pengundi maka tranformasi perlu dilakukan. Berubah atau diubah kata YAB pada PAU yang lepas. Takrif baru tentu sahaja akan memberikan pelbagai tafsiran dan persepsi di kalangan pemimpin parti, ahli parti dan juga pengundi. Tidak kurang juga pembangkang akan mempunyai tafsiran mereka sendiri. Maksud BARU itu mungkin akan diterjemahkan sebagai segala-galanya baru. Dengan kata lain terus membuang yang lama. Macam kata pembangkang "Perlembangan Baru". Dengan keanggotaan lebih 3 juta ahli dan usia parti yang telah mengjangkau lebih satu abad sudah pasti sesuatu yang lebih relevan dengan faktor tersebut perlu difikirkan. ....Terdapat keperluan yang mendesak untuk mnegadakan pemikiran semula (rethinking) tentang amalan politik .....kepada metodologi baru...... Tidak kurang juga akan bertanya adakah ini bermakna bahawa matlamat serta objektif asal penubuhan parti turut bertukar? Jelas dan nyata kepada kita bahawa matlamat asal penubuhan parti UMNO sesuai untuk semua zaman. Sebagai sebuah entiti politik soal KUASA POLITIK adalah titik sentuh yang perlu dipertahankan sampai bila-bila. Tanpa kuasa politik sudah tentu ianya tidak membawa apa-apa makna. Dalam konteks sistem demokrasi di Malaysia, memetik kata-kata YAB, soal angka atau nombor sangat penting. Tak berguna jika nama parti sahaja yang popular tapi tidak mendapat kepercayaan atau undi sewaktu pilihanraya. Persekitaran atau landskap politik berubah. Maksudnya pengundi kini mempunyai pelbagai pandangan serta kecenderungan mereka memilih calon diransang oleh pelbagai faktor dan isu-isu serta persepsi mereka. Selain itu pendidikan politik rakyat dan pengundi juga meningkat. Sudah tentu ini semua berpunca dari peningkatan pendidikan yang mereka terima selain daripada tersebarluasnya pelbagai pandangan dan pemikiran menerusi teknologi yang memungkinkan pelbagai pandangan mengenai politik dapat dilihat sekarang. Geenerasi muda sudah tentu berbeza tafsiran mengenai politik dengan generasi lama. ..Kepelbagaian pendapat tidak menjadi masalah, asalkan ia bertitik tolak daripada pendapat yang terdidik (educated opinion) atau sekurang-kurangnya tidak bertitik tolak daripada yang tercekik (choked opinion)...... Di sini timbul persoalan adakah generasi muda perlu mengikut sahaja pandangan generasi lama atau pun sebaliknya, generasi lama yang menukar pandangan dan tindakan mereka. Benar kedua-dua pihak ada ego masing-masing yang mereka pertahankan demi survival kedudukan mereka. Generasi muda merasakan sudah sampai masanya mereka diberikan lebih ruang dan peluang untuk tampil sebagai pemimpin parti. Mereka sering melontarkan pandangan bahawa generasi kepimpinan lama parti tidak mahu berubah atau masih lagi kuat berpegang kepada kaedah lama berpolitik. Kini metodologi politik berubah, persekitaran berubah, tapi adakah ini dapat diikuti oleh kepimpinan UMNO di peringkat pusat, negeri, bahagian dan juga cawangan UMNO ? Benar bajet untuk menukar dan mengubah minda pemimpin UMNO lebih besar nilainya daripada Bajet 2011. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir sendiri pernah mengakuinya. Malah tempoh 22 tahun, beliau akui gagal mengubah minda orang Melayu. ...Partisipasi politik hari ini tidak lagi memadai dengan sekadar pandai berucap dan memperngerusikan mesyuarat sahaja..... Soalnya sekarang, apakah kaedah atau metodologi baru itu? Setakat kini iaya hanya satu konsep umum sahaja. Tetapi YAB telah pun merintis atau membuka jalan dengan mengusulkan konsep berubah atau diubah. Ingatan ini nampaknya tidak diambil perhaian serius oleh kepimpinan dan ahli UMNO sendiri. YAB menambah lagi akan keperluan untuk mendahulukan rakyat serta pencapaian diutamakan. Tidak ramai yang ambil perhatian serius. malah ramai yang mendahulukan kepentingan atau agenda peribadi dari kepentingan negara. Terdapat pemimpin parti yang gagal untuk memilih persoalan keutamaan, antara parti (negara) dan peribadi. Bimbang tidak terpilih sebagai pemimpin parti dan juga calon pilihanraya maka segala kaedah atau metodologi baru yang diidamkan oleh generasi muda tinggal sebagai bahan antik sahaja. Maka sudah pasti generasi muda tidak mahu mendekati UMNO dan persepsi mereka bahawa politik itu kotor. Di penuhi dengan rasuah, kroni, nepotisme dan sebagainya. Kegagalan kita untuk mendidik generasi muda mengenai kebaikan dan kejayaan parti akhirnya menikam diri sendiri. Jadi tidak salah jika generasi muda menganggap bahawa orang politik hanya 'retrorik' tidak 'realiti'. Tidak dinafikan juga ramai lagi pemimpin disemua peringkat gagal manfaatkan teknoli cyber dalam soal komunikasi politik. Ini juga telah ditunjukkan oleh YAB sendiri dengan membuka akaun facebook dan laman web 1 Malaysia. Sambutan sangat menggalakkan. Tidak dinafikan terdapat juga kepimpinan negeri yang cuba mengikuti tindakan ini. Tetapi yang gagalnya adalah untuk mengemaskinikan laman web mereka. Ini sudah pasti tidak dapat menarik generasi muda untuk mengikuti laman web tersebut. ...Kebahagiaan tidak lagi terhad hanya kepada menerima nikmat dan manfaat perjuangan sahaja, tetapi termasuk juga penglibatan aktif dalam proses bagaimana pembangunan itu dirancang, dilaksanakan dan dinilai...... Frasa politik baru secara relatifnya dulu dilihat sebagai ramalan kini berubah menjadi amalan saperti kata Dato Saifuddin Abdullah dalam bukunya Politik Baru, mematangkan Demokrasi Di Malaysia. Antara elemen-elemen baru politik baru adalah Idealisme Politik, Politik Ilmu, Politik Himah dan Bakti Politik. Timbul persoalan dan pertanyaan di sini adakah kita akan "KALAH" dalam PRU 13 jika, metodologi baru tidak jadi amalan parti? PRU 1999, 2008 sewajarnya jadi peringatan tapi kita leka, lupa, lalai dan selesa dengan keputusan PRU 2004. Tiga rukun jadi amalan iaitu idealisme, aktivitisme dan intelektualisme. Mengapa ketiga-tiga perkara ini sangat dekat dengan inspirasi generasi muda. Kebanyakan pengundi kini yag berjumlah hampir 11 juta adalah generasi kelahiram DEB. Mereka kini membentuk satu golongan pengundi kelas menengah Melayu. Yang melihat realiti bukannya fantasi semata-mata. Ini ditambah pula dengan pendedahan mereka menerusi media maya mengenai politik luar negara secara dekat dan kerap. Zambry sokong Model Politik Baru 17/10/2010 4:25pm IPOH 17 Okt. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyokong cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung usaha mewujudkan Model Politik Baru bagi menjadikan UMNO parti yang lebih dinamik dan diterima umum. Beliau berkata, hakikat landskap politik di negara sudah banyak berubah jika dibandingkan beberapa tahun lalu dan keadaannya sudah tidak sama seperti dahulu. "Jika dahulu kita memperkatakan mengenai politik kemerdekaan dan politik pembangunan dan seterusnya politik kemajuan dan hari ini pendekatan yang akan diperkenalkan oleh beliau (Najib) akan menjadikan parti politik lebih dinamik dan tidak kaku," katanya di sini hari ini. Najib yang juga Presiden UMNO semalam mengusulkan kemungkinan diwujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan UMNO sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara. Beliau berkata, strategi seperti “politik pembangunan” tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang. - Bernama KINI SEMUANYA WAJAR BERTANYA BILA NAK BERUBAH KEPADA MODEL POLITIK BARU ? |
Subscribe to:
Posts (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA