Sunday, October 17, 2010

SURVIVAL : UMNO PERLU MODEL POLITIK BARU

Sewaktu berucap di Majlis Pelancaran Kelab UMNO Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana semalam, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, telah melontarkan pandangan akan perlunya parti UMNO mewujudkan Model Politik Baru demi kelangsungan parti. Alasan YAB adalah model lama iaitu 'Politik Pembangunan' sudah tidak berkesan lagi sekarang. Contoh yang jelas ketika PRU Ke 12 2008 ketika pengundi menolak parti-parti yang banyak berjasa. Parti kaku dan tidak dinamik. Pengundi khususnya pengundi baru dan muda mahukan elemen-elemen baru dalam parti yang lebih dinamik dan segar. Bagi menjamin dan memberi jaminan sesebuah parti terus relavan dan diterima pengundi maka tranformasi perlu dilakukan. Berubah atau diubah kata YAB pada PAU yang lepas.

Takrif baru tentu sahaja akan memberikan pelbagai tafsiran dan persepsi di kalangan pemimpin parti, ahli parti dan juga pengundi. Tidak kurang juga pembangkang akan mempunyai tafsiran mereka sendiri. Maksud BARU itu mungkin akan diterjemahkan sebagai segala-galanya baru. Dengan kata lain terus membuang yang lama. Macam kata pembangkang "Perlembangan Baru". Dengan keanggotaan lebih 3 juta ahli dan usia parti yang telah mengjangkau lebih satu abad sudah pasti sesuatu yang lebih relevan dengan faktor tersebut perlu difikirkan.

....Terdapat keperluan yang mendesak untuk mnegadakan pemikiran semula (rethinking) tentang amalan politik .....kepada metodologi baru......

Tidak kurang juga akan bertanya adakah ini bermakna bahawa matlamat serta objektif asal penubuhan parti turut bertukar? Jelas dan nyata kepada kita bahawa matlamat asal penubuhan parti UMNO sesuai untuk semua zaman. Sebagai sebuah entiti politik soal KUASA POLITIK adalah titik sentuh yang perlu dipertahankan sampai bila-bila. Tanpa kuasa politik sudah tentu ianya tidak membawa apa-apa makna. Dalam konteks sistem demokrasi di Malaysia, memetik kata-kata YAB, soal angka atau nombor sangat penting. Tak berguna jika nama parti sahaja yang popular tapi tidak mendapat kepercayaan atau undi sewaktu pilihanraya.

Persekitaran atau landskap politik berubah. Maksudnya pengundi kini mempunyai pelbagai pandangan serta kecenderungan mereka memilih calon diransang oleh pelbagai faktor dan isu-isu serta persepsi mereka. Selain itu pendidikan politik rakyat dan pengundi juga meningkat. Sudah tentu ini semua berpunca dari peningkatan pendidikan yang mereka terima selain daripada tersebarluasnya pelbagai pandangan dan pemikiran menerusi teknologi yang memungkinkan pelbagai pandangan mengenai politik dapat dilihat sekarang. Geenerasi muda sudah tentu berbeza tafsiran mengenai politik dengan generasi lama.

..Kepelbagaian pendapat tidak menjadi masalah, asalkan ia bertitik tolak daripada pendapat yang terdidik (educated opinion) atau sekurang-kurangnya tidak bertitik tolak daripada yang tercekik (choked opinion)......

Di sini timbul persoalan adakah generasi muda perlu mengikut sahaja pandangan generasi lama atau pun sebaliknya, generasi lama yang menukar pandangan dan tindakan mereka. Benar kedua-dua pihak ada ego masing-masing yang mereka pertahankan demi survival kedudukan mereka. Generasi muda merasakan sudah sampai masanya mereka diberikan lebih ruang dan peluang untuk tampil sebagai pemimpin parti. Mereka sering melontarkan pandangan bahawa generasi kepimpinan lama parti tidak mahu berubah atau masih lagi kuat berpegang kepada kaedah lama berpolitik.

Kini metodologi politik berubah, persekitaran berubah, tapi adakah ini dapat diikuti oleh kepimpinan UMNO di peringkat pusat, negeri, bahagian dan juga cawangan UMNO ? Benar bajet untuk menukar dan mengubah minda pemimpin UMNO lebih besar nilainya daripada Bajet 2011. Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir sendiri pernah mengakuinya. Malah tempoh 22 tahun, beliau akui gagal mengubah minda orang Melayu.

...Partisipasi politik hari ini tidak lagi memadai dengan sekadar pandai berucap dan memperngerusikan mesyuarat sahaja.....

Soalnya sekarang, apakah kaedah atau metodologi baru itu? Setakat kini iaya hanya satu konsep umum sahaja. Tetapi YAB telah pun merintis atau membuka jalan dengan mengusulkan konsep berubah atau diubah. Ingatan ini nampaknya tidak diambil perhaian serius oleh kepimpinan dan ahli UMNO sendiri. YAB menambah lagi akan keperluan untuk mendahulukan rakyat serta pencapaian diutamakan. Tidak ramai yang ambil perhatian serius. malah ramai yang mendahulukan kepentingan atau agenda peribadi dari kepentingan negara.

Terdapat pemimpin parti yang gagal untuk memilih persoalan keutamaan, antara parti (negara) dan peribadi. Bimbang tidak terpilih sebagai pemimpin parti dan juga calon pilihanraya maka segala kaedah atau metodologi baru yang diidamkan oleh generasi muda tinggal sebagai bahan antik sahaja. Maka sudah pasti generasi muda tidak mahu mendekati UMNO dan persepsi mereka bahawa politik itu kotor. Di penuhi dengan rasuah, kroni, nepotisme dan sebagainya. Kegagalan kita untuk mendidik generasi muda mengenai kebaikan dan kejayaan parti akhirnya menikam diri sendiri. Jadi tidak salah jika generasi muda menganggap bahawa orang politik hanya 'retrorik' tidak 'realiti'.

Tidak dinafikan juga ramai lagi pemimpin disemua peringkat gagal manfaatkan teknoli cyber dalam soal komunikasi politik. Ini juga telah ditunjukkan oleh YAB sendiri dengan membuka akaun facebook dan laman web 1 Malaysia. Sambutan sangat menggalakkan. Tidak dinafikan terdapat juga kepimpinan negeri yang cuba mengikuti tindakan ini. Tetapi yang gagalnya adalah untuk mengemaskinikan laman web mereka. Ini sudah pasti tidak dapat menarik generasi muda untuk mengikuti laman web tersebut.

...Kebahagiaan tidak lagi terhad hanya kepada menerima nikmat dan manfaat perjuangan sahaja, tetapi termasuk juga penglibatan aktif dalam proses bagaimana pembangunan itu dirancang, dilaksanakan dan dinilai......

Frasa politik baru secara relatifnya dulu dilihat sebagai ramalan kini berubah menjadi amalan saperti kata Dato Saifuddin Abdullah dalam bukunya Politik Baru, mematangkan Demokrasi Di Malaysia. Antara elemen-elemen baru politik baru adalah Idealisme Politik, Politik Ilmu, Politik Himah dan Bakti Politik. Timbul persoalan dan pertanyaan di sini adakah kita akan "KALAH" dalam PRU 13 jika, metodologi baru tidak jadi amalan parti? PRU 1999, 2008 sewajarnya jadi peringatan tapi kita leka, lupa, lalai dan selesa dengan keputusan PRU 2004.

Tiga rukun jadi amalan iaitu idealisme, aktivitisme dan intelektualisme. Mengapa ketiga-tiga perkara ini sangat dekat dengan inspirasi generasi muda. Kebanyakan pengundi kini yag berjumlah hampir 11 juta adalah generasi kelahiram DEB. Mereka kini membentuk satu golongan pengundi kelas menengah Melayu. Yang melihat realiti bukannya fantasi semata-mata. Ini ditambah pula dengan pendedahan mereka menerusi media maya mengenai politik luar negara secara dekat dan kerap.

Zambry sokong Model Politik Baru
17/10/2010 4:25pm

IPOH 17 Okt. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyokong cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung usaha mewujudkan Model Politik Baru bagi menjadikan UMNO parti yang lebih dinamik dan diterima umum.

Beliau berkata, hakikat landskap politik di negara sudah banyak berubah jika dibandingkan beberapa tahun lalu dan keadaannya sudah tidak sama seperti dahulu.

"Jika dahulu kita memperkatakan mengenai politik kemerdekaan dan politik pembangunan dan seterusnya politik kemajuan dan hari ini pendekatan yang akan diperkenalkan oleh beliau (Najib) akan menjadikan parti politik lebih dinamik dan tidak kaku," katanya di sini hari ini.

Najib yang juga Presiden UMNO semalam mengusulkan kemungkinan diwujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan UMNO sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.

Beliau berkata, strategi seperti “politik pembangunan” tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang. - Bernama

KINI SEMUANYA WAJAR BERTANYA BILA NAK BERUBAH KEPADA MODEL POLITIK BARU ?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]