Strategi ‘laut biru’ Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA mohdasron.mustapha@utusan.com.my KUALA LUMPUR 16 Okt. – Barisan Nasional (BN) perlu mengamalkan strategi ‘laut biru’ yang berpandangan jauh dengan mengkaji semula pembahagian kuota kerusi kawasan pilihan raya bagi membolehkan parti itu menang selesa pada pilihan raya umum akan datang. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kaedah pembahagian kuota kerusi sedia ada dilihat sudah tidak lagi praktikal dengan kehendak pengundi terutamanya selepas tsunami politik pada Mac 2008. “Saya fikir soal kuota adalah untuk memberi peluang kepada semua parti komponen bertanding. Namun, kalau ia membawa padah kepada BN, elok dikompromi dan kawasan itu diberi kepada parti yang boleh meraih kemenangan. “Jika mahu menang selesa, kita harus keluar daripada strategi dan pendekatan sedia ada, kita perlu pendekatan ‘laut biru’. Jadi sistem kuota sedia ada wajar dikaji semula dan diganti dengan formula baru yang selesa kepada semua parti komponen,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika ditanya sama ada BN bersedia untuk merombak semula sistem pembahagian kuota kawasan pilihan raya yang kini dilihat tidak lagi relevan dengan suasana politik semasa selepas mengadakan pertemuan dengan Kelab UMNO Luar Negara. Sebelum ini, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyarankan agar sistem kuota itu dikaji semula jika pengundi tidak selesa dan tidak suka dengan calon daripada parti komponen BN yang bertanding di sesuatu kawasan itu. Cadangan tersebut kemudiannya disambut baik Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mahu semua parti komponen BN berlapang dada untuk mengkaji kelemahan masing-masing dan pada masa yang sama mempraktikkan sistem baru dalam soal pembahagian kerusi. 'Laut biru Umno bunuh kawan-kawan' Okt 17, 10 11:09am Kongsi 8 Strategi 'laut biru' Umno yang mahu mengkaji semula sistem kuota dalam BN bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang disambut sinis oleh lawan politiknya daripada PAS. Bagi Ketua Penerangan PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir, strategi itu sebenarnya "bermain-main" untuk merampas kerusi MCA, MIC dan GERAKAN, khasnya di kawasan-kawasan campuran. Bekas setiausaha akhbar kepada presiden PAS Datuk Seri Abdull Hadi Awang itu berkata, berkata, pendekatan "rampas-merampas" itu kemudiannya akan mencetuskan ketegangan yang mengakibatkan "retak semakin membelah" dan hancur berkecai. Bagaimanapun, tambahnya, Umno sudah lupa bahawa parti itu juga kecundang di beberapa kerusi campuran, termasuk kerusi majoriti Melayu di Selangor seperti di Hulu Kelang (81 peratus) dan Gombak Setia (80 peratus). "Hakikatnya bukan MCA, MIC dan GERAKAN silap, Umno lebih 'dajal' lagi. Mereka pun kalah dan kecundang tetapi yang mereka nampak adalah keburukan dan kelemahan kawan-kawan," coretnya dalam blog terbarunya pagi ini. "Laut biru yang mahu dijadikan strategi itu membawa maksud lautan dalam, barangkali selain kita membuang tayar-tayar buruk untuk dijadikan tukun-tukun tiruan, maka sudah sampai masanya, lautan biru yang besar dan dalam itu dijadikan sekali tempat persemadian, Umno dan rakan-rakannya MCA, MIC dan Gerakan bersekali. Mingguan Malaysia hari ini melaporkan BN perlu mengamalkan strategi 'laut biru' yang berpandangan jauh dengan mengkaji semula pembahagian kuota kerusi kawasan pilihan raya bagi membolehkan parti itu menang selesa pada pilihan raya umum akan datang. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kaedah pembahagian kuota kerusi sedia ada dilihat sudah tidak lagi praktikal dengan kehendak pengundi terutamanya selepas tsunami politik pada Mac 2008. Sebelum ini, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyarankan agar sistem kuota itu dikaji semula jika pengundi tidak selesa dan tidak suka dengan calon daripada parti komponen BN yang bertanding di sesuatu kawasan itu. Cadangan tersebut kemudiannya disambut baik Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mahu semua parti komponen BN berlapang dada untuk mengkaji kelemahan masing-masing dan pada masa yang sama mempraktikkan sistem baru dalam soal pembahagian kerusi. PANDANGAN PENULIS. Jika dilihat daripada dua kenyataan di atas jelas menunjukkan kepada kita bagaimana sesuatu statmen itu diputarbelit untuk tujuan tertentu. Apa sebenarnya yang berlaku adalah peringkat cadangan sahaja tetapi bagi pembangkang ianya seolah-olah dah jadi kenyataan. Apa pun terima kasihlah sebab tak payah lagi BN nak buat analisis respon dikalangan komponen kerana jelas dah ditolong oleh pembangkang. Perkongsian kuasa antara parti komponen BN telah lama diamalkan. Maka sudah pasti melalui pengalaman lepas dan kaedah perbincangan antara pemimpin UMNO dan komponen telah ada sejarahnya. Tidak macam pembangkang,nama pakatan tu sacara teori sahaja belum jadi lagi. |
Sunday, October 17, 2010
Strategi ‘laut biru’ : Pembangkang tersilap ramal......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment