Sunday, October 17, 2010

BAJET 2011 UNTUK SEMUA.

Pusat tidak pinggirkan Kelantan

BACHOK 16 Okt. – Dakwaan pembangkang kononnya Kerajaan Pusat meminggirkan Kelantan dalam pembentangan Bajet 2011 tidak benar bahkan negeri ini turut mendapat pelbagai projek pembangunan sepanjang tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, ini termasuk bantuan sekolah agama rakyat, subsidi pertanian dan projek pembinaan jalan kampung yang membabitkan peruntukan RM696 juta di seluruh Semenanjung.

“Daripada jumlah itu Kelantan dijangka mendapat peruntukan terbesar berasaskan keperluan berbanding dengan negeri lain,” katanya kepada pemberita ketika mengetuai kerja gotong-royong membaik pulih rumah warga emas Ghani Hussin, 75, di Kampung Teluk di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekecewaan anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar yang mendakwa pembentangan bajet itu langsung tidak menyentuh peruntukan bagi Kelantan.

Kamarudin berkata, ini termasuk pembinaan jalan kampung, jalan lebuh raya, pangkalan, lapangan terbang ataupun laluan kereta api tiada satu pun memberi nikmat kepada rakyat Kelantan.

Awang Adek yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok berkata, Kelantan turut mendapat faedah dalam projek membaik pulih 12,000 unit rumah golongan miskin dan miskin tegar di seluruh negara yang membabitkan peruntukan berjumlah RM300 juta.

Mengenai pembinaan lebuh raya, beliau berkata, peruntukan bagi Kelantan mungkin dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). – BERNAMA

PANDANGAN PENULIS : Nampaknya sejak akhir-akhir ini Pembangkang telah menambah satu lagi peranan mereka dalam arena politik di Malaysia, selain membangkang apa sahaja mereka juga kini berperanan NUJUM PAK BELALANG. Mula-mula menilik tarikh pilihanraya, kemudian dok kata Bajet 2011 untuk UMNO sahaja dan selepas ni entah apa-apa lagi.... belalang, belalang.....apa dalam tangan tu?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]