BN perlu beritahu jasa, budi - Najib 17/10/2010 2:49pm KUALA LUMPUR 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sudah sampai masanya Barisan Nasional (BN) memberitahu rakyat akan jasa dan budi yang dilakukan parti pemerintah itu selama ini untuk mensejahterakan kehidupan mereka. Perdana Menteri berkata, kerajaan BN tidak banyak mengembar gemburkan apa yang dilakukan untuk rakyat berbanding parti pembangkang, walaupun mereka hanya membuat sedikit sahaja untuk rakyat. "Kita buat banyak tapi tak riuh rendah. Mereka buat sedikit tapi riuh sekampung. Kita buat bangunan tak gembar gembur...kita buat setinggi gunung...(tapi kadang kadang) orang tak hargai," katanya di sini hari ini. Najib berkata, walaupun kerajaan memberikan pengecualian pembayaran bil eletrik bagi pengguna yang bil eletriknya berjumlah RM20 ke bawah kepada lebih kurang sejuta isi rumah di seluruh negara tetapi tidak mengembar gemburkannya seperti sebuah negeri di bawah Pakatan Rakyat yang memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu ke bawah. - Bernama BARISAN NASIONAL DIAM-DIAM UBI, MAKIN BERISI... |
Sunday, October 17, 2010
PEMBANGKANG : BERTELUR SEBIJI RIUH SEKAMPUNG.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment