Sunday, October 17, 2010

BONUS DAN PENJAWAT AWAM


Penjawat awam harap bonus 2 bulan

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pemberian bonus kepada kakitangan awam dan usaha meningkatkan kualiti pengangkutan awam adalah antara harapan rakyat dalam Bajet 2011 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat esok.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar ibu kota hari ini mendapati, orang ramai mahu bajet itu memberi faedah menyeluruh kepada rakyat manakala kakitangan awam berharap mengharapkan bonus sekurang-kurangnya dua bulan.
Kakitangan awam, Normazmin Che Ad, 30, berharap Perdana Menteri akan mengumumkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam pada pembentangan bajet esok kerana ia dapat membantu meringankan kos sara hidup yang semakin tinggi.
"Bonus merupakan imbuhan tambahan yang bakal menyuntik semangat kami untuk terus bekerja dengan lebih baik," katanya di sini hari ini.
Seorang lagi penjawat awam, Ruslinda Yahya, 42, juga mahu kerajaan pertimbangkan pemberian bonus khas kepada kakitangan kumpulan sokongan.
"Dengan pemberian bonus akan dapat meringankan beban golongan tersebut kerana bergaji rendah lebih-lebih lagi kepada mereka yang bekerja di bandar-bandar besar," katanya.
Seorang pemandu, Gunalan Athimoolan, 31, berpendapat, kerajaan harus meluaskan jaringan pengangkutan awam terutama kereta api antara bandar bagi membantu mengurangkan kos pengangkutan.
Sementara itu, eksekutif teknologi maklumat, David Cheah, 32, pula berharap kerajaan akan terus memberi inisiatif yang dapat menarik pelaburan langsung asing (FDI).
"FDI yang kukuh akan menjadi pemacu utama ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi seperti yang disasarkan oleh kerajaan," katanya.


Situasi ekonomi tentukan bonus penjawat awam
17/10/2010 12:31pm

IPOH 17 Okt. - Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, keputusan pemberian bonus kepada penjawat awam bergantung kepada situasi semasa ekonomi negara.

Beliau berkata, kerajaan tidak memasukkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada Bajet 2011 kerana kekangan kewangan yang sedang dihadapi.

"Kita tidak mahu berlakunya defisit dalam kos operasi disebabkan pemberian bonus itu. Bagaimanapun kita beri wang saguhati sebanyak RM1,000, RM500 semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu sementara RM500 lagi pada hujung tahun ini," katanya.

Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, walaupun pemberian wang saguhati tersebut tidaklah begitu besar tetapi ia tidak memberikan kesan defisit kepada perbelanjaan kerajaan.

Jelasnya, kerajaan terpaksa berhutang sekiranya ingin memberikan bonus kepada kesemua 1.2 juta penjawat awam di negara ini yang jumlahnya mencapai RM3.1 billion.

Beliau berkata, masalahnya, jumlah itu akan memberikan impak kepada perkembangan ekonomi negara kerana adalah menjadi dasar kerajaan untuk menurunkan kadar defisit kurang daripada 5.6 peratus yang dicatatkan sebelum ini. - Bernama

Bonus: Penjelasan PM


KIRA-KIRA 14,000 warga pendidik dari seluruh negara menghadiri Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama pada majlis yang pertama kali diadakan itu ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. [ Berita di muka 2 ] – Mingguan/Mohd. Naim Aziz


KUALA LUMPUR 16 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam dalam Bajet 2011 kerana ia membabitkan perbelanjaan besar sebanyak RM3.1 bilion.
Beliau berkata, pembayaran sebanyak itu jika dilaksanakan akan menyebabkan perbelanjaan negara melebihi pendapatan.
‘‘Saya tahu banyak yang lobi saya supaya mengisytihar bonus satu bulan, tetapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan bahawa bonus satu bulan ini menelan belanja sebanyak RM3.1 bilion.
‘‘Kalau ikut hati memang saya hendak bagi bonus, tetapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab, saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia Bersama Perdana Menteri yang dihadiri 14,000 guru dari seluruh negara di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.
Turut hadir timbalannya yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Semalam, Najib mengumumkan penjawat awam akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 bagi meringan beban dan menampung perbelanjaan persiapan sekolah untuk anak-anak.
Bantuan kewangan itu yang dibayar pada Disember ini akan diberikan kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, pemberian RM500 itu adalah langkah sehabis baik yang boleh beliau lakukan bagi meringankan beban penjawat awam.
‘‘Sekurang-kurangnya akhir tahun kita bagilah sedikit sumbangan hendak beli baju, kasut serta beg sekolah dan ini sangat-sangat berguna sekali.
‘‘Kerajaan juga bermurah hati untuk panjangkan sumbangan ini kepada pesara kerajaan walaupun barangkali mereka tidak ada anak-anak lagi (yang bersekolah),” katanya.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata, beliau sedang meneliti beberapa memorandum yang disampaikan oleh wakil guru yang mencadangkan supaya dilakukan penambahbaikan kepada skim perguruan.
‘‘Saya pohon masa sedikit untuk meneliti implikasi kewangannya sebab guru ini bilangannya 400,000 orang. Kalau kita darab apa-apa pun dengan bilangan ini, ia akan menjadi jumlah yang amat besar sekali.

‘‘Sebab itulah saya perlu meneliti bersama-sama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan. Sekiranya kerajaan mampu, Tan Sri Muhyiddin boleh buat pengumuman bila sampai masanya,” jelasnya.


Kerajaan tak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan: Najib

KUALA LUMPUR: "Jika ikutkan hati, memang saya mahu berikan bonus sebulan gaji kepada 1.2 juta penjawat awam pada pembentangan Bajet 2011 tetapi sebagai Menteri Kewangan bertanggungjawab, saya tak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan," kata Datuk Seri Najib Razak.


CUEPACS janganlah hanya tahu meminta bonus
CUEPACS janganlah hanya tahu meminta bonus. Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan memberikan bonus kepada kakitangan kerajaan menjelang pembentangan Bajet 2011 pada bulan depan.Setiap tahun, itulah suara yang kedengaran dilaungkan oleh Presiden CUEPACS
27/09/2010 - size 2334 bytes  
   


No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]