Friday, December 24, 2010

Haramkan Logo Bukti Pembangkang Makin Takut Populariti 1Malaysia

Haramkan Logo Bukti Pembangkang Makin Takut Populariti 1Malaysia

LAWAS, 23 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia pada papan iklan di negeri itu menggambarkan kegentaran pembangkang terhadap populariti gagasan itu.

Muhyiddin berkata populariti 1Malaysia yang dilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi semakin meluas dan diterima oleh rakyat Malaysia.

“Dia (kerajaan Selangor) takut dengan logo 1Malaysia yang sudah menjadi ikonik di kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian di sini selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat di Stadium Tertutup Lawas.

Muhyiddin berkata gagasan 1Malaysia mempunyai tujuan murni antaranya untuk merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu dilaporkan berkata pengharaman penggunaan logo 1Malaysia itu dibuat kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik Barisan Nasional.

Muhyiddin berkata pembangkang akan terus cuba untuk memutar-belitkan fakta tentang 1Malaysia untuk terus mengelirukan rakyat biarpun kerajaan telah memberikan penjelasan berkenaan dengan konsep itu.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]