Tindakan kurang bijak haram logo 1Malaysia TINDAKAN Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia disifatkan sebagai satu langkah yang kurang bijak. Jika dilihat sebelum ini pada ketika 1Malaysia diutarakan, kerajaan PR mendakwa tentang konsep 1Malaysia ini seolah-olah ditiru daripada konsep Malaysian Malaysia yang diperkenalkan oleh DAP yang membawa konsep kesamarataan. Namun apabila usaha berterusan untuk memperkenalkan dan memahamkan serta menerapkan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan disambut baik oleh masyarakat, ia dilihat menggugat politik mereka lantas melatah dengan menolak konsep tersebut. Baru-baru ini Ketua Pembangkang serta beberapa kepimpinan pakatan pembangkang digantung daripada persidangan dewan rakyat akibat tuduhan tidak berasas kepada konsep 1Malaysia. Tindakan itu memakan diri mereka sendiri malah tidak kena pada tempatnya. Dewan Rakyat merupakan dewan yang dianggap sebagai dewan yang mulia. Oleh itu sebarang tuduhan yang berunsur fitnah atau pembohongan dianggap sebagai sebuah kesalahan yang besar. Pertuduhan yang mengaitkan 1Malaysia dengan 1Israel ini dinafikan sendiri oleh pihak Apco Worldwide. Dengan itu terbuktilah pertuduhan tersebut jelas sekali tidak disusuli dengan fakta yang benar dan jelas. Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri selaku pengasas konsep 1Malaysia menekankan bahawa ia adalah ciptaan kita sendiri, bukanlah diciplak dari mana-mana tempat/negara sekalipun. Kami selaku Mahasiswa yang aktif dengan Kumpulan Rakan Siswa (Karisma), tidak nampak dimana silapnya konsep 1Malaysia ini. Secara ringkasnya, 1Malaysia membawa penekanan kepada perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa aspek utama dan nilai untuk menjadi amalan setiap rakyat dalam sama-sama membangunkan negara. Namun kerajaan negeri Selangor tetap tidak mahu menerima gagasan ini, dengan alasan ia diasaskan oleh Kerajaan Persekutuan. Apa yang membuatkan tindakan pengharaman logo 1Malaysia ini dilihat sebagai tindakan kurang bijak adalah kerana ia mendatangkan sedikit sebanyak masalah bagi penduduk di negeri industri itu sendiri. Sebilangan besar penduduk Selangor telah menerima konsep tersebut, ada yang telah merangka aktiviti/program dengan bertemakan 1Malaysia, logo sudah pastinya selari dengan tema, ini akan membantutkan usaha mereka untuk membuat aktiviti. Ada juga peniaga yang menggunakan logo berkonsepkan 1Malaysia sebagai duta perniagaannya, namun pengharaman ini telah menyulitkan peniaga tersebut. Pemilik premis berkenaan telah membuat kenyataan bahawa perniagaannya merupakan perniagaan individu, janganlah sampai diheret ke kancah politik pula. Kasihan peniaga tersebut. Kelak, apabila klinik 1Malaysia juga ingin dibawa ke Selangor, pasti mengundang masalah. Klinik 1Malaysia memberikan hak kepada rakyat, bagaimana usaha untuk kemudahan rakyat ini dapat dilaksanakan jika terdapat halangan sebegini? Maka, Kerajaan Negeri Selangor diseru supaya dapat menimbang dan menarik balik pengharaman tersebut kerana ia jelas mendatangkan kesulitan kepada banyak pihak. Selaku mahasiswa, kami menghormati pemimpin Kerajaan Negeri Selangor, benar juga Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai hak untuk melaksanakan pengharaman tersebut. Akan tetapi, sedarlah bahawa ia pasti akan memakan diri kerana pengharaman ini merupakan satu bentuk 'penyiksaan' terhadap rakyat. Kumpulan Rakan Siswa merupakan gerakan mahasiswa/mahasiswi yang dianggotai oleh wakil dari 19 buah IPTA/IPTS seluruh Malaysia. Karisma menegaskan bahawa kami bukan ingin menjadi pengampu Kerajaan Persekutuan, tetapi jelas bahawa konsep 1Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk dipraktikkan. SiswaKARISMA_Uzey Kuala Lumpur |
RABU lalu, sebuah premis di Banting, Selangor telah diarah menurunkan papan tanda premisnya kerana melakukan kesalahan di bawah peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu menggunakan logo "1Malaysia" pada papan tanda tersebut.
Ia sesuai dengan arahan Kerajaan Negeri Selangor yang tidak membenarkan penggunaan logo tersebut di premis-premis perniagaan di seluruh negeri itu dengan alasan ia bermotifkan politik.
Syed Ali Alhabshi (umnobahagiancheras. blogspot.com) menganggap pengharaman logo 1Malaysia di premis perniagaan tersebut merupakan tindakan antinasional dan takutkan bayang-bayang sendiri.
Tindakan tersebut jelas sebagai usaha menutup malu pakatan pembangkang apabila Apco Worldwide telah menafikan penglibatan pihaknya dengan penciptaan gagasan 1Malaysia seperti didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Apabila pembohongan Anwar terbongkar, kerajaan Selangor mencari helah untuk menutup rasa malu tersebut dengan membuat keputusan mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia di premis perniagaan.
"Kini sudah terbukti bahawa cerita Anwar dalam siri ceramah politiknya mengenai Apco dan 1Malaysia adalah karut, fitnah dan hanya bermotifkan dendam politik," katanya.
Blog Pisau (pisau.net) berkata, pengharaman logo 1Malaysia oleh kerajaan Selangor jelas menunjukkan bahawa pakatan pembangkang kini semakin bimbang dengan kejayaan kerajaan menyatu-padukan rakyat menerusi gagasan 1Malaysia yang ideanya dicetuskan oleh Perdana Menteri sendiri.
"Adalah tidak mengejutkan 1Malaysia dipandang sebagai musuh kepada mainan politik pakatan yang mahu melihat rakyat berpecah-belah. Menjadi satu masalah besar buat pakatan jika rakyat di negara ini menikmati keharmonian kaum.
"Berpecah-belah dan tidak harmoni adalah resipi terbaik buat pakatan untuk menimbulkan keresahan agar rakyat tidak menyokong kerajaan BN," katanya.
Sehubungan itu, kata blog tersebut, gagasan 1Malaysia telah diserang sejak awal-awal lagi oleh Anwar dengan menuduh ia ada kaitan dengan Israel dengan harapan rakyat menolak gagasan tersebut dan terus kekal dalam keadaan berpecah-belah.
"Menyerang 1Malaysia membuktikan DAP, PKR dan Pas adalah dalang dan ejen perpecahan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Sudah acap kali kelihatan mereka membakar sentimen perkauman," katanya.
Mengenai Apco, Hambali Abd Latiff (hambali1.blogspot.com) berkata, afidavit Apco Worldwide yang didedahkan oleh Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang jelas menunjukkan firma tersebut tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan penciptaan slogan 1Malaysia, sekali gus membuktikan tentang pembohongan oleh Anwar.
Katanya, dengan kandungan surat yang dihantar oleh firma perhubungan awam itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, ia dijadikan asas untuk menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan.
"Persoalannya sekarang, apakah tindakan Kementerian Dalam Negeri terhadap pemimpin parti pembangkang itu yang sengaja merosak dan mencemarkan nama negara itu. Tuduhan Anwar terhadap kerajaan berat dan boleh menjejaskan Malaysia di mata dunia.
"Malah banyak negara Islam sedang memerhatikan kita apakah benar ada 'hubungan' dengan Israel sedangkan Malaysia antara negara paling lantang menentang dasar negara itu. Jika Anwar berbohong seperti dikatakan Nazri, apakah beliau hanya wajar dikenakan tindakan penggantungan di Dewan Rakyat sahaja," kata penulis ini.
Kata beliau, tuduhan yang dibuat oleh Anwar itu sangat berat dan jika sudah terbukti beliau berbohong mengenainya, apakah beliau tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Sementara itu, blog House PK (parpukari.blogspot.com) mendedahkan video seorang pemuda Islam yang juga seorang jurutera, penyair dan penulis yang membuat pengakuan bahawa dia merupakan seorang yang mengamalkan hubungan seks sejenis atau "gay".
Katanya, kalau zaman dahulu agak sukar melihat anak muda Melayu dan Islam yang mengaku mengamalkan seks songsang seperti itu, tetapi kini mereka semakin berani dan tanpa ada perasaan segan-silu kerana kini mereka sudah ada idola besar.
"Wahai ahli-ahli Pas sekalian. Tidakkah kamu takut akan balasan Tuhan? Janganlah kamu menafikan lagi. Adakah ini yang kita mahu? Lebih ramai anak muda Melayu Islam yang jadi gay?
"Memang benar bagi bukan Islam dan golongan liberal perkara ini adalah kecil, tapi kalau kita seorang Islam, bolehkah kita menerima manusia seperti di atas ini? Jauhilah dari golongan gay ini," katanya.
Nada serupa dinyatakan oleh Zulkifli Noordin (zul4kulim.blogspot.com) yang berkata, kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi yang mendesak Jakim memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan hiburan gay perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa.
Pada masa yang sama, beliau berharap Dewan Pemuda Pas beristiqomah dalam pendirian menghapuskan golongan gay, homoseksual, liwat, pondan dan lain-lain daripada bumi Malaysia dalam apa bentuk sekalipun termasuk campur tangan golongan gay dan homoseks dalam hal ehwal negara ini.
"Sebagai contoh, Dewan Pemuda Pas perlu menyatakan pendirian tegas menolak campur tangan Ahli Parlimen Australia dalam urusan kehakiman dan perundangan negara. Ini adalah kerana antara Ahli Parlimen Australia yang mencampuri urusan perbicaraan liwat Anwar Ibrahim adalah Senator Michael Danby, seorang pejuang hak golongan gay/lesbian.
"Kemudian Senator Bob Brown, seorang atheis yang tidak percayakan Tuhan atau apa-apa agama. Juga Senator Malcolm Turnbull, seorang pejuang perkahwinan sejenis. Itu latar belakang antara Ahli Parlimen Australia yang menyokong Anwar pemimpin anugerah Tuhan, yang jelas berlatar belakangkan mereka yang terlibat dengan golongan gay, homoseks dan liwat," katanya
No comments:
Post a Comment