Apco:Anwar terkangkang…Nazri tunjuk bukti baru Tunggu dan lihat. Apa pula Datuk Seri Anwar Ibrahim nak kelentong lagi fasal isu Apco yang menyebabkan beliau digantung enam bulan dari menghadiri sidang Dewan Rakyat Khamis lalu. Kalau mengambil kira bukti terbaharu mengenainya yang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dedah dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen Rabu, Ketua Pembangkang itu tentu sudah knockout . Sudah enam hari berlalu sejak Dewan Rakyat lulus usul gantung Anwar dan tiga ahli pembangkang lain – Azmin Ali, Karpal Singh dan R Sivarasa namun perang mengenainya masih panas. Anwar menggunakan ceramah roadshow nya dan twitter untuk mendakwa kononnya beliau di pihak yang benar sekalipun tanpa bukti kukuh. Nazri selaku menteri yang jaga urusan parlimen dan bertanggungjawab membawa usul itu kerana mendapati Anwar cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan mendakwa 1 Malaysia tiru One Israel nampaknya sudah set tidak akan membiarkan Ketua Umum PKR itu terus bermaharajalela. Selasa malam beliau tampil dalam rancangan khas di TV1 untuk menjelaskan secara terperinci mengapa tindakan gantung terpaksa diambil. Bagi Nazri, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu cuba ‘ putar-putar’ isu Apco ini seperti juga kes liwatnya vs Saiful Bukhari Azlan yang sedang dibicarakan di mahkamah. Beliau juga menyifatkan usaha Anwar bagi ceramah tidak ubah seperti menjual ubat di pasar malam untuk menipu rakyat. Nazri membidas sikap Anwar yang dakwanya sengaja lari dan 'penakut' untuk berbahas dalam dewan padahal tarikh 16 Disember itu merupakan ruang yang cukup luas untuknya membela diri dan penyokongnya membahas bagi menyokong ketua mereka. "Saya berikan lima orang pembahas dari pembangkang termasuk Anwar dan saya sendiri bersama empat pembahas dari Barisan Nasional (BN), tapi dia lari...penakut," katanya. Dalam sidang medianya, Nazri tunjuk surat yang dihantar oleh firma perhubungan awam, APCO Worldwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dijadikan asas untuk menggantung Anwar. Katanya dalam surat bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1Malaysia, sekaligus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan. "Jadi jelaslah Anwar telah menipu di dalam Dewan, dan inilah bukti yang terpenting sekali untuk membuktikan Anwar menipu," katanya . Nazri berkata beliau menerima akuan bersumpah daripada Robert M. Shrum, seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk sebagai penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Perdana Menteri Israel Ehud Barak. Menurutnya dalam akuan bersumpah itu, Shrum yang terlibat dalam kempen One Israel pada masa itu, menafikan penglibatan APCO sekaligus mengukuhkan lagi penafian firma berkenaan dalam suratnya itu mengenai sebarang pembabitan dalam kempen "One Israel". "Anwar ada sebut Ehud Barak dan One Israel dalam ucapan dia, tapi di sini jelas menunjukkan orang yang bertanggungjawab itu (Robert M. Shrum) menafikan apa yang disebutkan oleh Anwar mengenai penglibatan APCO dengan One Israel," katanya. Nazri juga menafikan dakwaan kononnya Anwar tidak diberi hak untuk membela diri dan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel. Katanya Anwar telah beberapa kali diberi peluang itu sejak mengeluarkan kenyataan berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas, namun tidak menggunakan kesempatan itu, sebaliknya terus mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel. "Dia diberi hak untuk membela diri pada 22 April lalu, iaitu hari yang saya bentang usul untuk merujuk dia ke jawatankuasa, sebelum kita mahu luluskan usul itu dia telah diberi hak untuk bela diri. "Sebelum itu pun pada 17 Mac selepas dia buat kenyataan itu kita bagi dia seminggu untuk membela diri dan menarik balik kenyataan dia tapi dia pilih untuk serang kita lagi tanpa beri bukti-bukti. "Sebenarnya sampai hari ini pun dia tidak ada bukti sebab itu saya mengemukakan bukti yang jelas menunjukkan bahawa APCO tidak langsung ada kena mengena dengan 'One Israel'. Tambahnya, "dia tidak mahu perbahasan (dalam Dewan Rakyat) berlaku tapi sekarang pergi ke pasar malam bagitahu pada orangramai, dia tidak diberi kesempatan untuk bela diri, dia memang takut dengan saya pun, setiap kali berbahas soalan dalam dewan dia akan kena balik...saya memang tunggu, ini memang kerja saya." Ketika ditanya gesaannya pada rakyat mengenai hal berkenaan, Nazri dengan sinis berkata, "gesaan saya pada rakyat, kalau rasa macam susah hati dan memerlukan hiburan pergilah dengar Anwar berucap kerana seronok dan menghiburkan, tapi jangan percaya apa yang dia ucapkan sebab dia memang menipu." Ditanya pula samada perlu diadakan perbahasan khas di pentas, beliau berkata, "tak perlu berbahas kat pasar malam kerana kita sudah sediakan tempat yang paling baik, tertinggi sekali (Dewan Rakyat) dan kita tidak boleh menipu dalam dewan" "Agaknya dia tak mahu berbahas dalam dewan kerana dia tahu dia akan menipu...saya bersedia bila-bila masa, kalau dia ada motto 'lawan tetap lawan', saya juga ada motto 'kawan tetap kawan'," ujarnya. Menjawab satu soalan lain Nazri berkata, "eloklah saya bagi enam bulan berehat, dia boleh tumpu pada kesnya di mahkamah tak payah fikir parlimen, kes dia nak ON, kita bagi dia free enam bulan tak payah datang parlimen, betullah tu... go to the trial ."– 22/12/2010 |
Friday, December 24, 2010
SAMPAI TERKANGKANG.....
Label:
1 malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment