Tuesday, February 24, 2009

Gagal Atasi Miskin Tegar, Ajar DAP Usah Bongkak






Pulau Pinang –- Pengakuan terbuka kerajaan pakatan rakyat yang gagal menghapuskan kemiskinan tegar di negeri itu seperti dijanjikan hampir setahun lalu seharusnya menjadi pengajaran kepada mereka khususnya DAP agar tidak bersikap bongkak membuat janji membuta tuli.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Datuk Abdul Salim Bari berkata kegagalan ini seharusnya membuka mata rakyat bukan sahaja di negeri ini malah negeri-negeri lain di bawah pemerintahan pembangkang bahawa apa yang dijanjikan pakatan itu sebelum ini hanyalah sekadar umpan pilihanraya semata-mata.

Jelasnya kegagalan pakatan pembangkang bukan sahaja menghapuskan miskin tegar malah banyak lagi janji yang sehingga kini masih gagal ditunai terutama berkenaan kebajikan rakyat.

"Dulu mereka boleh janji bulan bintang tetapi bila gagal pelbagai alasan diberikan. Mereka kata kesukaran membuka akaun amanah sebagai punca mereka gagal atasi miskin tegar, apakah sebelum berjanji mereka tidak faham mengenai prosedur tersebut.

"Ini menunjukkan mereka tidak bersungguh pun untuk bantu rakyat miskin. Yang penting mereka nak menang bukan laksana janji", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengakuan kerajaan Pulau Pinang yang gagal untuk menghapuskan miskin tegar seperti yang diumumkan setahun lalu.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng memberi alasan kesukaran membuka akuan amanah sebagai punca kenapa kerajaan negeri gagal laksanakan janji tersebut.

Tegas Salim lagi, hakikatnya usaha menghapuskan kemiskinan bukanlah semudah janji politik kosong seperti yang dilakukan pembangkang.

Hakikatnya tambah beliau menghapuskan kemiskinan memerlukan masa yang panjang kerana banyak proses serta langkah-langkah yang perlu dilakukan bukan sekadar memberi bantuan segera kewangan menerusi akuan amanah.

"Di negeri ini cuma ada kira-kira 324 keluarga miskin tegar dengan pendapatan kurang daripada RM400 sebulan. Ternyata kes miskin tegar di negeri ini cukup kecil berbanding negeri-negeri lain.

"Kegagalan kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini menunaikan janji seharusnya mengajar mereka agar berfikir dulu secara rasional sebelum pandai membuat janji. Rakyat tidak akan mudah untuk terus ditipu", ujarnya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]