KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menafikan keputusan Lembaga Disiplin melarang calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Ali Rustam, bertanding ke jawatan itu menunjukkan Umno kini sudah berpecah dua kumpulan. Beliau menegaskan dakwaan bahawa Umno berpecah kepada kumpulan yang memihak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak adalah pembohongan semata-mata. Katanya, jika benar dakwaan itu, sudah tentu perpecahan sudah berlaku lama dan bukannya beberapa hari sebelum pemilihan parti minggu depan. “Khabar angin tetap khabar angin, tidak wujud sebarang perpecahan dalam Umno. Dua pemimpin atasan kita bukan saja bijaksana tetapi juga meletakkan parti sebagai keutamaan. “Desas-desus ini hanya di gembar-gemburkan oleh mereka yang ada kepentingan dan tidak mahu melihat Umno kembali pulih. Pemuda mengenali kedua-dua pemimpin dan mereka yang akhirnya menentukan sama ada proses peralihan berjalan lancar atau tidak,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno, di sini, petang tadi. |
Friday, March 20, 2009
Beberapa web berita - online telah menyiarkan laporan bahawa calon PKR untuk pilihanraya kecil Bukit Selambau yang diumumkan oleh DS Anwar Ibrahim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment