Tuesday, March 3, 2009

Bekas isteri ADUN Melor tuntut mutaah RM3 juta






KOTA BAHARU 3 Mac - Bekas isteri kedua Anggota Dewan Undangan negeri (ADUN) kawasan Melor, Wan Ismail Wan Jusoh, hari ini membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini agar pemimpin PAS itu membayar mutaah sebanyak RM3 juta.

Siti Aishah Abdullah, 25, yang hadir bersama dua anak bersama Wan Ismail, itu, Wan Ahmad Firdaus, 4, dan Wan Nor Salwa, 3, bagaimanapun dimaklumkan oleh mahkamah bahawa saman tuntutan itu belum dapat diserahkan kepada Wan Ismail.

Turut menemani wanita berketurunan Cina Kemboja itu adalah adik dan bapanya Abdul Hakim Abdullah, 22, dan Kian Ti, 62, Hakim Abdullah Man menjelaskan bahawa ketika saman itu dihantar ke rumah Wan Ismail sebelum ini, ADUN itu dan keluarga yang tinggal di Wakaf Tok Wali di sini, tiada di rumah.

Abdullah kemudiannya menetapkan 21 April untuk sebutan semula.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]