| Tan Sri Muhyiddin Yassin berikrar mahu menjadi seorang timbalan yang setia kepada presiden Umno seperti yang dilakukan, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Muhyiddin, yang memenangi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti Khamis lalu, berkata beliau akan memberi sokongan tanpa berbelah-bahagi kepada Najib untuk memimpin parti dan menjayakan agenda perubahan Umno. "Saya insaf, sebagai timbalan saya adalah orang nombor dua. Orang nombor dua harus jadi seperti orang nombor dua, bukan (orang) nombor satu. "Kalau berkelakuan seperti orang nombor satu, nanti akhirnya semuanya akan musnah. "Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Saya juga berjanji (untuk) bantu di waktu senang atau susah, bukan sokong yang bawa rebah," katanya semasa ucapan penggulungan di perhimpunan agung Umno 2008, yang berakhir di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini, lapor Bernama. Katanya beliau akan meminta bimbingan dan tunjuk ajar daripada Najib dan keutamaan akan diberi kepada menyegerakan transformasi supaya parti politik terbesar negara akan dapat menarik orang Melayu, terutamanya generasi muda, menyertainya. |
Sunday, March 29, 2009
Muhyiddin ikrar setia jadi orang nombor dua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment