Polis tidak menemui apa-apa bukti bagi mengaitkan Pemuda Umno dengan dua peluru yang diterima oleh Pengerusi DAP Karpal Singh di rumahnya di Jalan Utama di Pulau Pinang pada 20 Februari lalu, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub. "Kita menyiasat dakwaan beliau itu, tetapi setakat ini, tiada bukti mengaitkan Pemuda Umno dengan kes berkenaan. "Polis juga menunggu jika Karpal ingin memberi kenyataan kepada polis berhubung tuduhannya dalam Dewan Rakyat itu, " katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini, lapor Bernama. Pada 20 Februari lalu, Karpal membuat laporan polis selepas menerima sampul mengandungi sepucuk surat ugutan dan dua peluru diposkan ke rumahnya di Pulau Pinang. Lima hari kemudian Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, membuat tuduhan di Dewan Rakyat kononnya Pemuda Umno terlibat dengan kes itu. Ayub berkata jika tuduhan berkenaan benar, Karpal perlu mengemukakan bukti dan memberi kenyataan kepada polis bagi melicinkan proses siasatan. "Terlalu banyak kenyataan berkaitan kes itu dilaporkan media. Namun, sehingga kini kita tidak mengetahui kebenarannya. "Jika benar, tampil dengan bukti, jika sebaliknya hentikan kenyataan tidak berasas," katanya. |
Wednesday, March 11, 2009
Polis: Tiada kaitan peluru dengan Pemuda Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment