Thursday, March 26, 2009

Wanita: Alam siber perubahan kita perlukan






Ketua Wanita Umno Johor, Datuk Halimah Sadique menggesa supaya diterima alam siber sebagai sebahagian daripada perubahan yang diperlukan.

"Kita amat menghormati kebebasan bersuara dan hak menyatakan pandangan," katanya sambil menambah kerajaan juga memang berjanji tidak menapis internet seperti dalam piagam 1998 Koridor Raya Multimedia (MSC).

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kebebasan itu bukan lesen untuk menaburkan fitnah.

Malah, katanya, perbuatan sesetengah pihak nampaknya sudah amat keterlaluan dan kebebasan yang diberikan itu telah disalahgunakan

"Wanita Umno cadangkan agar kesalahan siber dikenakan hukuman setimpalnya.

"Kita tidak mahu mereka menggunakan siber untuk sewenang-wenangnya menghina dan memalukan kita, apa lagi membuat tuduhan yang tak berasas," katanya ketika membentangkan usul di perhimpunan agung Wanita Umno di ibu negara hari ini.

Beliau juga menegur kebebasan terbuka yang terlampau boleh disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Dengan percubaan beberapa tahun ini amat jelas (bahawa) rakyat belum bersedia dengan kebebasan dan demokrasi tanpa batas.

"Ada yang mengganggap keterbukaan ini sebagai kelemahan kita. Mereka semakin biadap mempersoalkan berkaitan perlembagaan, kontrak sosial, hak orang Melayu dan keistimewaan Raja Melayu dan menyebarkan fitnah terhadap pemimpin kita di mana-mana," katanya.

Halimah yang juga exco Wanita Umno berkata, mereka ini juga berlindung di sebalik imuniti Parlimen.

"Fitnah yang disebar oleh pembangkang telah sampai peringkat serius dan Wanita Umno sokong tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN), menarik balik lesen Harakah dan Suara Keadilan yang membuat fitnah dan hasutan.

"Ini penerbitan yang sengaja merosakan fikiran rakyat," tambahnya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]