Wednesday, June 17, 2009

Nik Aziz Gesa Ustaz Nasa Keluar PAS - Malaysiakini







Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. sini

- Pendapat serta pandangan dari bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin tentang 'Kerajaan Perpaduan dan Perpaduan Islam'

Ulasan PPUBJ : Tak tahulah apa yang di fikirkan oleh Nik Aziz. Semacam je kenyataan dia pada ahli Pas terutamanya Ustaz Nasa. Kenapa Nik Aziz tidak boleh berfikir secara rasional demi perpaduan bangsa dan agama?Jangan letakkan kebencian dan kuasa sebagai asas utama bagi menghalang perpaduan ini. Sebagai yang dikatakan sebagai 'ulama', kami rasakan Nik Aziz lebih perlu memahami kondisi bangsa dan agama kita ketika ini dan menjadi penasihat kepada Pas sendiri tetapi nasihat itu biarlah bertunjangkan dengan fakta dan keadilan yang adil bagi semua pihak. Kami yakin Nik Azizi perasan tentang permasalahan yang timbul selepas PRU12 tetapi nampaknya Nik Aziz lebih sayangkan PR yang mengunakan Pas untuk menarik pengundi Melayu pada PRU yang lepas.

Kepada Ustaz Nasa, jika benar niat Ustaz itu ikhlas kami percaya Tuhan memakbulkannya. Di pihak kami, kami menerima dengan hati yang terbuka untuk menerima cadangan dari pihak Ustaz Nasa untuk bangsa, agama dan negara.

5 comments:

akuleman said...

keluar je Pas tu Ustaz..pastu jd bebas..org Pas pun bknya betul sgt..sama gak ngan UMNO..lu pikirlah sendiri..

Frodo Baggins said...

way to go utz nasa !!!! semoga Allah merahmati niat murni anda!!!! hero perpaduan melayu era moden!! xoxoxoxo .. bley x bg gelaran ni lat dia .. ;)

sangkuriang said...

Aku setuju wak. korang tgk, wak yg jawa ni pun blh pk psl melayu. yg korang ni plk asyik nak gaduh je. hidup wak

Anonymous said...

salam, nampaknya cahaya kebenaran telah menyinari ust naza, bila lagi ust-ust yang lain nak dapat cahaya tu? Alhamdulillah jika dapat berlaku perpaduan. Cuma kali ni jangan le dok asyik lihat perbedaan seje tumpukan pada persamaan pulak. Dah lama PAS dan UMNO ni terpisah sejak 1974 jadi jika ikatan siratulrahim tu dapat di sambung semula alangkah indahnya dan secara tidak langsung dapat meninkatkan perpaduan UMMAH.Dulu masa Allahyarham Tun Razak, PAS dan UMNO kembali bertaut, jadi jika kini bertemu semula zaman DS Najib fikirlah sendiri,kepada pemimpin-peminpin kini bukannya zaman nak bergaduh atau berbeza pendapat. Selamat berpadu

cabang said...

salam..

Fikirkanlah tentang generasi Umat Melayu Islam akan datang. Keadaan nampak semakin rumit, persefahaman antara Parti politik memang tidak boleh diharapkan. Masing-masing mempunyai helah dan agenda tersendiri untuk menawan hati rakyat. Kalau pemimpin Parti parti ini tidak mampu untuk menyatupadukan Melayu Islam dalam tempoh terdekat ini, maka bersedialah untuk menerima caci maki anak cucu pada masa akan datang.

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]