| Pergerakan Pemuda Umno mengorak langkah dengan memberi penumpuan dan penekanan kepada penduduk di kawasan bandar dalam usaha mendekatkan diri dengan golongan muda di kawasan tersebut. Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata Pemuda Umno akan mendekatkan diri dengan pengundi muda di kawasan bandar serta mengenal pasti permasalahan mereka. “Jika sebelum ini Pemuda lebih banyak turun padang dan menumpukan pada golongan muda di luar bandar, kini tiba masanya untuk Pemuda melebarkan sayap perkhidmatannya kepada pendduk muda di kawasan bandar,” katanya kepada pemberita selepas majlis Sehari Bersama Pemuda Umno Malaysia di Bandar di PPR Kerinchi, di sini hari ini. Katanya, sepanjang pertemuan dengan penduduk di kawasan perumahan berkenaan, kebanyakan isu yang dibangkitkan penduduk kawasan terbabit adalah masalah pengurusan sampah, persekitaran, tempat letak kereta serta permintaan untuk membeli rumah berkenaan daripada hanya disewakan. “Kesemua permasalahan yang dibangkitkan ini akan Pemuda Umno perjuangkan dan kami akan berusaha untuk membantu mereka mendapat peluang untuk hidup lebih selesa agar mereka tidak rasa kehimpitan tinGgal di bandar,” katanya. - Bernama Sumber dari Utusan Malaysia Ulasan PPUBJ: Mmg sejurus dgn perlaksanaan utk pemuda yg tinggal di bandar selalunya lebih terdedak dengan anasir2 serta maklumat2 dari pihak pembangkang dan juga pemuda bandar juga ramai yg terjelumus di dalm berbagai2 gejala yg tidak sihat. Jesteru itu ini adalalah salah satu peluang yg baik utk pemuda2 merubah pendekan kepada tujuan dan juga perjuangan sebanar dari Pemuda mahupun BN.. |
Monday, June 15, 2009
Pemuda Umno tumpu pada golongan muda di bandar pula
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
1 comment:
salam,
bagi saya pemuda2 dibandar mmg mudah terdedah dgn pelbagai maklumat. mereka perolehi dari pelbagai sumber samaada internet atau secara konversional ttp yg pemuda kini lebih cenderung kpd penulisan di blog-blog dan media yg tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan. bagi mereka medium ini lebih telus dan blh dipercayai dan apa yg keluar di media2 perdana itulah adalah propaganda kerajaan.
mengapa ini berlaku? pemuda kini sudah pandai menilai yg baik dan yg mana buruk dan pemuda juga bijak utk menilai dan mengambil peluang terhadap apa yg mereka akan perolehi daripada pihak yg disokongnya. Pemuda UMNO nampaknya sudah mengambil langkah yg wajar utk perkara ini dan selepas ini pelbagai kaedah dan cara utk mendekati pemuda akan dilaksanakan..
Pemuda2 bahagian perlu lebih kerap bertemu dengan pemuda dalam apa cara sekalipun. adakah aktiviti untuk mereka. Rancang aktiviti yg selalu di lakukan seperti bersukan dan lain2.dan rangka aktiviti baru yg memberi manfaat kpd mereka seperti informasi ttg ekonomi, bagaimana utk mencipta perniagaan sendiri ( pertanian, penternakan), cipta satu atmosfera di mana kita menghargai sumbangan mereka kpd penduduk setempat, dan peka terhadap keperluan pemuda setempat. Adakan aktiviti atau tema setiap bulan, cth :
Januari : bulan pertanian, ternakan.
Mac:: bulan sukan dan kesihatan
Mei : bulan kebajikan dan sosial.
Julai : Bulan kerjaya.
Ogos, September : Bulan kemuliaan Ramadhan. (solat berjemaah terawih, bubur lambuk, fakir miskin)
dan seterusnya..ini akan menjadi setiap bahagian akan fokus dengan apa yg mereka akan lakukan dan perkara ini akan dpt dihebahkan kepada para pemuda dgn lebih terancang dan teratur
mungkin kita sendiri tidak akan dpt memenuhi setiap kehendak dari pemuda tetapi kita boleh mencuba untuk mendekatkan semula pemuda kepada kita dengan mengambil berat ttg mereka. walaupun dlm jumlah yg kecil ttp lama kelamaan ianya akan berkembang dgn baik.
ini hanya sekadar pendapat dan cetusan idea saya sahaja. jika pendapat saya ini sudah di laksanakan dan sedang di rancang saya ucapkan tahniah dan bersama2 kita teruskan agenda untuk mendekati pemuda di bahagian masing2..
hanya sekadar pandangan ringan
wassalam..
Post a Comment