| Umno bahagian Jasin menafikan 80 ahli cawangan Kampung Pondok Kempas keluar parti kerana membantah projek pembinaan kubur Cina seluas 80 ekar di kampung itu. Setiausaha Umno bahagian, Ghazali Muhamad berkata, mereka tidak keluar parti tetapi mengugut berbuat demikian supaya kerajaan negeri memenuhi tuntutan mereka dengan membatalkan projek pembinaan kubur berkenaan. “Tetapi kerajaan negeri telah membuat keputusan projek itu diteruskan kerana tanah itu milik individu dan status tanah ialah geran besar iaitu boleh digunakan untuk apa sahaja projek termasuk pembinaan kubur Cina. “Syarikat pemaju membiayai sepenuhnya projek pembinaan tersebut untuk penduduk Cina daerah itu dan difahamkan juga dari seluruh Melaka. “Ia adalah tanah perkuburan tunggal untuk kaum Cina di Jasin,” katanya kepada Malaysiakini, mengulas laporan 80 ahli Umno cawangan Kampung Pondok Kempas keluar parti kerana tidak puas hati dengan projek pembinaan tanah perkuburan Cina itu. Bekas ketua Wanita Umno Cawangan Pondok Kempas, Kalsom Rejab dilaporkan berkata, penduduk kecewa kerana tiada seorang pun pemimpin negeri turun padang untuk menyelesaikan masalah yang berlaku sejak Mei lalu. Bina masjid Ghazali berkata, syarikat pemilik kubur Cina berkenaan setuju memberi tanah seluas empat hektar untuk kawasan perkuburan Islam di kampung berkenaan. Beliau berkata, kerajaan akan turut membina sebuah masjid di atas tanah tersebut kerana kampung itu belum mempunyai masjid dan yang terdekat terletak kira-kira tujuh kilometer. Katanya, ada lebih 120 rumah orang Melayu di kampung berkenaan yang terletak kira-kira lapan kilometer dari pekan Jasin. Ghazali berkata, Umno bahagian telah mengadakan perbincangan dengan penduduk kampung berkenaan mengenai isu tersebut tetapi masih ada yang kurang puas hati. Mereka yang tidak puas hati itu, mendakwa tidak selesa kerana tanah perkuburan Cina berada di kampung mereka. “Kita memberitahu mereka supaya bertolak ansur kerana tinggal dalam masyarakat majmuk, lagipun pemajunya memberi jaminan kawasan perkuburan Cina akan diurus dengan baik,” katanya. |
Saturday, July 11, 2009
Isu kubur Cina: Tiada ahli Umno keluar parti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
7 comments:
salam alaikum...
aku cadangkan
satu undang undang baru untuk tanah perkuburan...
terutamanya tanah kubur/jirat cina..
aku cadangkan...
untuk setiap kubur cina
lubang atau tapak setiap satu kubur cina tu 4' X 7' X 6'...
lebih kurang macam kubur orang Islam la...
orang india pun tak besao.. lebih kurang macam kubur orang Islam gak..
sebab sekarang kubur cina ni
bukan main besao besao
satu kubur lebih kurang boleh buat untuk 3 atau 4 kubur lagi...
buat perabih tanah aje...
lagi 100 tahun.. tanah kubur/jirat cina ni
anak cucu dia dapat tanah "free" untuk kaum dia buat pembangunan atas tanah tu..
kat Hong Kong, sebab kurang tanah, boley pulak orang cina ni buat kubur kecik kecik... sampaikan isi dalam balang aje..
walallahhualam...
pergilah check kat www.pondokempas.blogspot.com baru tahu ceriter sebenar?????Ketua wanita umno dah keluar parti?????konsep 1malayasia-'rakyat didahulukan.........'pirahhh.ni konsep 'perut didahulukan,rakyat diperbodohkan'!
amk kemetot...
ngkao sokonglah si'anu'wau berahi
tali barut yahudi nasrani kapir lahanat tu!!!
kalao dah dasar tali perut mata lebam!!!
pernah aku tengok tv
(siaran langsung lagi...)...
masa tu 'anu'wau berahi jadik tpm!!!
masa dia naik tangga nak ke pentas...
tiba2 kaki dia tersandung kat tangga pentas...
nasib baik dia dapat tahan dengan tangan!!!
daripada tersembam senotol kat tangga tu!!!
apasal boleyyy jadik macam tu kat 'anu'wau berahi...
Allah Taala bagi rezeki kat dia
sampai jadik kepala negara???
perkara macam tu boleyyy berlaku??
aibbbb dan maluuu lahhh...
boleyyyy tafsirkan kejadian tu???
nampak benaooo gelojooohnyaaaa!!!
satu lagi...
cik puan 'anu'wau berahi pernah ditemuramah..
selepas 'anu'wau berahi dipecat daripada kerajaan dan UMNO!!!
wartawan tanya...
apa yang cik puan 'anu'wau buat sekarang...
antaranya...
dia cakap...
sekarang susah...
tak dapat bawak anak2
makan angin beli belah kat Brunai kat Singapore!!!
itu yang dijawabnya!!!!!
fikirlah beb...
macam mana mentaliti dia...
Ajijasin... ape la melalut sampai anwar ibrahim pun masuk.. skrg ni org persoalkan kebenaran tentang 80 org ahli umno cawangan yg keluar parti.... siap ade video.. siap ade blog.. klu tak.. takkan laa ali rustam kelam kabut nak turun pondok kempas dlm waktu terdekat ni.. UMNO jasin tak kepanasan ke?? Ape UMNO jasin buat.. klu benar membela org melayu????
allooo...kampung sebelah..
salam alaikum...
salah ke...
kalu aku libatkan 'anu'wau berahi!!!
aku saja nak bagi cerita "luar kotak"!!!
kalu dah UMNO Bahagian Jasin dah menafikan!!!
betul atau tidak!!!
aku akan kata pergilah tanya lagi
kat UMNO Bahagian Jasin!!!
kalao bohong.. bohong lah dia!!!
kalao betul.. betul lah dia!!!
bagi aku
kes tanah jirat cina ni!!!
kalu nak timbul masalah...
dah lama dah terjadi!!!
tanah jirat cina kat Kesang..
belakang tanah kebun orang Melayu aje!!
tanah jirat kat Sempang Kerayong..
dalam kampung orang Melayu aje!!!
kat Kemendor..
sebelah Rumah Awam aje.. yang ramai orang Melayu kat situ!!!
kat Lipat Kajang..
tanah jirat orang kristian..
depan kampung aje!!!
kat Jasin Hilir..
tanah jirat hindu.. belakang rumah orang Melayu aje!!!
tak usah la..pasal tanah kubur/jirat cina tu..
nak dijadikan sentimen untuk kebencian perkauman!!!
tanah kat pondok kempas tu..
tanah tu dah jadi tanah persendirian!!!
apa yang ngkao nak katakan!!!
kalao...
tak nak apa yang terjadi sekarang!!!
maka!!!
fikir fikirkan sebelum jual kepada orang lain!!!
lebih lebih lagi kepada bukan Islam!!!
kalao dia dah beli tanah ngkao..
lepas tu dia nak buat tokong..
ngkao nak marahkan dia pulak!!
nak larang dia buat tokong!!!
kenapa baru sekarang nak buat bising!!!
tentu ada yang mengapi apikan!!!
tentu ada yang menjoloknya!!!
apa yang jkkk buat sebelum perkara tu meletup!!!
dia orang tak peka ke
apa yang berlaku dalam kampung sendiri!!!
La ingatkan tak tau.. ingatkan sibuk dgn melayu... rupe-rupe ngaku jugak abis tanah melayu dijual... oleh sape??
yg last sekali tu paling best.. sedar jugak ajiajis ni yer.. JKKK tu parti ape?? pinggan mangkuk?? hahah confirmm UMNO... UMNO tu sape?? melayu punyer.. pirah mabukk makan rasuah..
name jer parti Melayu.. yang paling bangang sekali UMNO = United Malays National Organisation.. nama pun Inggeris.. heboh cite melayu..
salam alaikum...
sebelah rumah...
aku ni bukan macam ngkao!!!
kalao dah dasar tali perut hijau
dasar tali perut mata lebam...
menyokong aje...
ntah hapa hapa...
tau nya nak mengapi apikan orang...
tau nya carik salah orang...
menghasut...
mengadu domba...
macam api dalam sekam...
baling batu nyorok tangan..
kalao ngkao tak tau perkara sebenarrr benarrrnya...
jangan dok merapu merepek tak tentu pasal...
yang aku tau...
sekarang tanah tu... tanah cina...
kang aku cakap...
dia orang punya tanah..
suka hati lah apa dia orang nak buat dengan tanah tu...
hak dia orang...
marahhhhh pulakkkk kang...
memangnya dia orang punya tanah...
ngkao nak buat macam mana?????
nasib baik dia orang tak buat...
kadang babi...
kandang lembu...
kandang kambing...
kandang ayam...
baru lah ngkao tau...
dapatlahhhh baunyeeee ajeeee....
ngkao ni bercakap macam burung tiung...
macam burung kakaktua...
tau nyee meniru apa orang lain cakap...
kalao ngkao duduk kat pondok kempas tu...
bagi tau aku...
tanah tu.. tanah siapa????
asal asalnye tanah tu tanah sapa????
tanah orang Melayu ke...
atau...
dah sememangnya tanah cina..?????
Post a Comment