Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan, menang dengan majoriti "nyawa-nyawa ikan" sebanyak 65 undi.
PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.
Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai pengurus pilihanraya Adnan Hussin di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1, pada jam 9.01 malam.
DUN tersebut mempunyai 12,293 pengundi berdaftar, termasuk 25 pengundi pos, dan 10,631 atau 87 peratus keluar mengundi hari ini.
Beberapa pemimpin atasan PAS hadir di pusat penjumlahan undi di SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.
Mereka termasuklah Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa; ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad bagi merayakan kemenangan Mohd Fauzi. Ulasan PPUBJ: Keputusan ini mempunyai implikasi besar bagi kedua-dua parti itu, khasnya Umno yang berjaya memikat lebih ramai pengundi berpindah ke pihaknya Majoriti PAS merosot 1287
|
5 comments:
salam,
ternyata culaan Pengarah Pilihanraya Pas Kelantan yang menganggarkan mereka akan memenangi kerusi N41 ini dengan majoroti lebih kurang 2000 undi merosot sama sekali. ternyata ini adalah teknik provokasi yang gagal dimainkan oleh pihak Pas sendiri.
Dengan penambahan undi untuk BN dan undian untuk Pas semakin merosot menunjuukan dengan jelas bahawa rakyat di Manik Urai kini tidak mudah dimainkan dengan sentimen keagamaan dan retorik politik kosong yang sering dijeritkan oleh Pas.
Selama 20 tahun Pas memerintah Kelantan kemudahan infra dan pembangunan jauh ketinggalan. Adakah disebabkan ini pengundi di Manek Urai membuat turning point untuk menyokong BN? Walaupun BN tewas di N41 ini akan serba sedikit sebanyak memberi kesan moral kepada kedua2 pihak.
Kepada BN, ini adalah satu permulaan yg baik utk mengubah persepsi rakyat kepada BN dan kepada PR semakin hari semakin rakyat dapat melihat omongan dan retorik ortodoks yg dimainkan pleh PR.
Kepada BN, mainkan peranan anda dengan lebih dominan selepas ini. Tidak kiralah kawasan itu kubu kuat PR atau tidak, BN perlu layani seperti biasa dan tidak ada silap pilih bulu. Maklumat yang diperolehi juga 5 dari 9 saluran mengundi di menangi oleh BN.
Tahniah kapada Tok Pa, UMNO/BN negeri Kelantan, Pemuda UMNO/BN dan sayap parti yg lain kerana telah memainkan peranan yg baik di Manek Urai.
salam alaikum...
undi = 10631
pas = 5348 = 50.30%
BN = 5283 = 49.69%
undi rosak = 117 = 1.10%
beza undi pas dan BN
cuma 65 = 0.61%
tak sampai pun 1% pun!!!!!
kalao ikut laporan dalam banyak surat khabar hari ini itulah jumlahnya!!!!!
jumlah yang mengundi = 10631***
pas = 5248
BN = 5283
undi rosak = 117
jumlah sepatutnya = 10748***
mengapa jumlah keluar undi
dengan jumlah sepatutnya berbeza!!!!!!
macam mana dia orang kira?????
tak faham aku?????
allooo bro ngkao tolong fahamkan aku!!!!!
5348 + 5283 + 117 = 10748!!!
yang mengundi = 10631!!!
umno ajar...1+1=3....hahaha,mana pergi balance tu?????pelik bin ajaib???KP tlg xplain??
Itulah Malaysia...kat Namibia, Zimbabwe, Morocco, Jerman dan Maghribi tak jumpa benda masalah macam ni....
KGB JASIN
nie ada isu baru.Slah seorang SPR akan buat makluman tentang penipuan beliau semsa pengiraan undi..
Nmpknya BN menang di Manek Urai...
Post a Comment