Saturday, July 18, 2009

Mengapa Peguam Muslim Tinggalkan Anwar?



Mengapa Zainur Zakaria meninggalkan Anwar sedangkan suatu ketika dahulu beliaulah peguam nombor wahid Anwar Ibrahim. Malah setianya Zainur kepada Anwar sehingga sanggup bertanding sebagai calon Keadilan di Lembah Pantai pada 1999.



Mengapa selepas perbicaraan kes pertama Zainur Zakaria tidak lagi bersama Anwar Ibrahim? Mengapa? Zainur mungkin tidak boleh bercerita pandangannya ke atas Anwar kerana beliau sebagai peguam terpaksa berpegang kepada amanah dan rahsia pelanggan sungguhpun ia bukan lagi peguam kepada manusia bernama Anwar bin Ibrahim ini.


Kali ini kita dikejutkan juga dengan penarikan diri Sulaiman Abdullah. Penulis bukan peminat Sulaiman Abdullah yang sungguhpun peguam masih menjumudkan diri ke dalam kelompok ulama mi segera dalam Pas.


Namun tindakan Sulaiman yang selalu berserban dan tidak pernah meninggalkan solat sejak memeluk Islam ini menimbulkan tanda tanya besar. Benarkah Sulaiman sakit yang sangat teruk sehingga terpaksa menarik diri?


Penulis percaya penarikan ini adalah kerana beliau juga tidak mahu terbabit membela seorang pelaku yang amat dibenci Allah - Homoseksual.


Jika kaum sodom dahulu telah dimusmnahkan Allah kerana terbabit dalam kegiatan meloyakan ini, maka tidak mustahil mereka yang tahu Anwar bersalah tapi masih mempertahankannya sehingga kucar kacir Malaysia mendapat pembalasan yang serupa.


Sulaiman Abdullah bukan macam Zaid Ibrahim atau Khalid Ibrahim yang dikatakan kaki tonggang dan arak sudah menjadi sarapan pagi sebelum main golf.


Sulaiman Abdullah sungguhpun jumud tapi manusia yang berpegang pada ajaran Islam. Zainur Zakaria bukan alim tetapi beliau juga tidak mahu lagi terbabit dengan Anwar. Jijik mungkin?


Bagi mereka yang bersimpati kepada Anwar fikirlah dengan mendalam mengapa peguam-peguam muslim ini menarik diri? Malahan Zulkiflee Nordin pun tidak lagi mahu terbabit dengan kes Anwar. Mengapa??????

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]