Thursday, August 13, 2009

Alahai!! Wabak H1N1 Pun Dijadikan Modal Politik Serang BN






Putrajaya -- Nampaknya apa jua masalah baik dari segi ekonomi, pendidikan, kes orang bunuh diri, bencana alam dan pelbagai lagi semuanya berpunca dari Barisan Nasional (BN).
Terbaru penularan wabak selsema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini juga dikatakan salah BN walaupun ia sebenar melanda di seluruh dunia.
Justeru Pemuda UMNO menggesa agar pihak-pihak tertentu agar berhenti menunding jari sebaliknya bekerjasama bagi menangani penularan wabak H1N1 ini dari terus merebak mengancam nyawa rakyat di negara ini.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Hishammuddin Yahya berkata pihaknya kesal dengan tindakan pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan penularan wabak ini untuk kepentingan politik sempit.
Jelasnya wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia ini sepatutnya ditangani bersama bukan dilihat sebagai satu peluang untuk meraih keuntungan politik.
"Kita kesal dengan tindakan pihak tertentu yang cuba mengaitkan wabak ini sebagai satu bala kerana kerja-kerja maksiat yang dibenarkan BN.
"Ini satu tuduhan yang tidak wajar. Sekarang bukan masa tuduh menuduh, tabur fitnah. Bukan semua perkara boleh dibuat mainan politik. Wabak ini melanda seluruh dunia bukan di negara ini sahaja", katanya di sini, hari ini.
Justeru beliau mengajak semua pihak melihat wabak ini sebagai suatu yang serius yang perlu ditangani secara bersama.
Bagi tujuan itu jelasnya Pemuda UMNO Putrajaya telah mengadakan program kesedaran, pencegahan dan kawalan H1N1 di taska-taska sekitar Putrajaya baru-baru ini.
Pada program itu sejumlah penutup mulut dan hidung, poster dan bahan pembasmi kuman diedarkan kepada 40 buah taska sebagai langkah pertama memberi kesedaran kepada guru-guru taska termasuk ibu bapa.
Tegas Hishammuddin lagi daripada membuat fitnah serta tuduhan yang bukan-bulan adalah lebih baik pihak-pihak berkenaan melakukan sesuatu inisiatif memastikan wabak H1N1 ini tidak terus menular.

Ulasan PPUBJ: Pihak2 pembangkang ini dh tidak ada modal lain ker utk menyalahkan BN/UMNO.Pergilah jaga kain sendiri@ mereka dh tidak terima QADHA&QADHAR ker??Jadi,fikir2kan wahai bangsaku semua....

3 comments:

eXception said...

Diorang ni dah kehabisan dan ketandusan modal... So apa saja yg boleh digunakan sbg modal, hatta anak ikan buntal dalam longkang pun boleh dijadikan bahan utk menghentam BN. Entah laa....

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Anonymous said...

salam,

itulah mereka, rata-rata blog PR dan juga medium cetakkan mereka menyalahkan UMNO/BN kerana kesalahan UMNO/BN. Pelik adakah mereka ini tidak sedar wabak ini ada masalah dunia bukan hanya di Malaysia..Knp puak2 ini taknak menghentam satu dunia akibat wabak ini. Apabila terlebih pandai, beginilah jadinya. Yang mudah dan jelas di sukarkan. yg susah dan payah sukar utk diterjemahkan dalam bahasa dan pendapat yang bernas..

ajijasin said...

salam alaikum...

kalao dah TALI PERUT HIJAU!!!
TALI PERUT MATA LEBAM!!!
TALI PERUT KAPIR HARBI!!!

semuanyeee boleh dijadikn MODAL!!!

MEMANG BURUK PE'EL PERANGAI KELAKUAN
PUAK PUAK PUAKA TALI PERUT HIJAU!!!
TALI PERUT MATA LEBAM
TALI PERUT KAPIR HARBI NI!!!

JANGAN CAKAP TAK BERMODAL!!!
SAPU TIBAI AJE LA!!!
JANJI ORG BRSORAK DAN TEPUK MACAM NAK RAKKKKK!!!!!

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]