Thursday, August 6, 2009

Macam-macam Hal di Selangor




Sukar untuk diselamatkan, nasi dah hampir menjadi bubur,telur dah dihujung tanduk... Berita yang baru diterima oleh RBF,Mesyuarat Mingguan Exco Selangor hari ini jadi medan pertikaman lidah. Kata-mengata,perli-memperli hingga satu tahap menghentak meja di kalangan exco-exco Selangor. Hingga Khalid Ibrahim jadi bingung seketika. Hassan Ali bersama Iskandar bertikam lidah dengan Ronnie Liu,manakala Dr.Halimah dengan Teresa Kok. Ugut mengugut juga berlaku. Ada yang mengancam untuk menarik diri keluar dari Pakatan. Hassan Ali mencadangkan agar DUN Selangor dibubarkan.,jika tidak PAS akan menarik diri keluar daripada Pakatan. Teresa Kok, Elizabeth Wong dan Xavier Jayakumar menjerit sebagai tanda bantahan. Manakala semua exco PAS menyokong Hassan Ali. Khalid gagal mengawal keadaan. Lalu beliau mengeluarkan arahan supaya semua exco menutup mulut berhubung dengan kes Ronnie Liu sehingga jumaat ini. Tujuannya agar beliau dapat berjumpa dengan 'orang-orang' diatas beliau dulu,sebelum sebarang arahan dikeluarkan. Majlis Pimpinan Pakatan peringkat pusat juga akan bermesyuarat secepat mungkin bagi membincangkan hal Selangor. PAS Selangor juga akan bermesyuarat dengan segera bagi membincangkan hal ini. Sekiranya DUN tidak dibubarkan,PAS akan menarik diri keluar dari Pakatan. Sekiranya PAS menarik diri,kerajaan Selangor yang ada sekarang tidak boleh memerintah lagi. Ini kerana kedudukan kerusi akan jadi sama banyak. Iaitu 28-28. Keseluruhan kerusi DUN di Selangor adalah 56. BN-20 , PKR-15 , DAP-13 dan PAS-8.

Kepada BN Selangor,anda harus bersiap sedia sekarang. Gerakan jentera p/raya secepat mungkin. Jangan tangguh-tangguh lagi. Datuk Noh Omar juga boleh mula menyenarai nama-nama calon sekarang. Pastikan jangan terlepas lagi sekali ini. Harap BN ambil serius perkara ini. Jangan pandang enteng lagi. Kerajaan Selangor sekarang sukar untuk diselamatkan lagi. Ayuh BN,siap sedia,semboyan hampir dibunyikan. Bangkit,bangkit,bangkittttttttttt.... Jangan sampai semboyan sudah berbunyi baru hendak bangkit. Kalau amalkan begitu pasti akan kalah perang lagi. sumber : rbf

5 comments:

eXception said...

Salam... Khalid beri sokongan kpd kafir harbi, PAS Pusat pggil Hassan Ali ber penjelasan. PAS Pusat tak minat campur tangan dalaman negeri Selangor maka Selangor akan hancur...

P/S: Harap dapat masukkan blog saya ni dalam blog list Pemuda Umno Jasin. Terima kasih.

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

PPUBJ said...

salam, link saudara telah dimasukkan. terima kasih kerana sudi melawat blog kami..

salam PERJUANGAN.

Anonymous said...

Salam perjuangan,
Kerajaan PR Selangor kini dilanda tsunami lagi. Kali ni geruda menyerang. Sikap membisu MB tidak disenangi oleh rakan (PAS) terhadap Ronie Liu. Dulu kak Elly buat hal. Nampaknya PKR lebih menjaga hati DAP dari PAS. Kepada pemimpin PAS Selangor dan juga juak-juak nampaknya anda tidak diperlukan dalam pakatan. Fikirlah apa yang perlu anda buat???????

umnojasin said...

mane amk jasin ni???? hmmmmm

UMNGOK said...

Lagi heboh pasal negeri orang.. Alo kawan kes Kubur Cina kat Pondok Kempas tak settle lagi.. Pondok Kempas tu lagi pulak dalam daerah Jasin.. Sampai yang terlibat dalam kes tu tak berani turun kampung.. solat hajat.. lu fikir la sendiri..

UMNO Jasin buat ape?? dengar cite.. ramai jugak geng hang yang makan duit dalam kes tu.. UMNO Jasin bab kubur cina pondok kempas.. diam jerk.. ape kes ni.. kata perjuangkan MELAYU.. Lagi pun UMNO kan Melayu dulu lepas tu baru perjuang ISLAM..

Lagi satu ni kes tok ketua ko tu.. ALI Ketam.. Dulu heboh pasal kes replika ANWAR. Kata die mendewakan pemimpin. Pasal sebab tu.. dan senstiviti orang replika diturunkan..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm

Sekarang ni nak jugak tengok berani ke Ali Ketam sound replika Najib... Dalam area kuil Batu Caves pulak tu...
http://www.malaysiakini.com/news/110229

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]