Hari ini berita terbaru bagi PRK Permatang Pasir apabila Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan mendakwa calon BN, saudara Rohaizat ada isteri kedua. Dalam sidang akhbar tersebut juga Nasrudin berkata : "Jadi saya persoal ketidakadilan itu. Tidak wajar beliau menjadi seorang pemimpin, untuk memimpin rakyat. Selesaikan dulu masalah rumah tangga dia, baru boleh selesai rakyat Permatang Pasir," kata Nasrudin sambil menambah beliau tidak berniat dan tidak suka untuk mencampuri urusan rumahtangga calon BN itu. Kenyataan diatas seperti cakap tak serupa bikin. Nasrudin juga perlu lihat dalam Pas juga mempunyai masalah yang lebih dasyat lagi contoh Adun Melor yang kes nya belum selesai di Mahakamah Syariah Kelantan dengan bekas isteri beliau mununtut hak mutaah penceraian mereka. Nasrudin juga perlu mendesak kepada Adun Melor ini agar letak jawatan Adun dan suruh beliau selesaikan kemelut rumah tangga beliau terlebih dahulu. Juga ada didalam akhbar suatu ketika dahulu ada melaporkan seorang pemimpin Pas di Utara telah memukul dan mengugut isteri beliau di samping tidak memberi nafkah kepadanya. Tolonglah adil wahai saudara Nasrudin. Anda tidak layak menjadi seorang ketua dan buanglah serban diatas kepala tersebut kalau ingin mengaibkan umat yang lain. Semakin hari semakin melalut kenyataan dari Pas. Semakin tidak bermaruah, semakin dayur dan semakin kurang ajar. Mungkin ini ajaran yang di bawa oleh parti yang pasti masuk syurga. Tetapi perkara ini telah di nafikan sekeras-kerasnya dan mengatakna ini adalah satu pembohongan besar yang dilakukan oleh pihak Pas. Saudara Rohaizat juga menafikan yang beliau mengenali "isteri" kedua beliau yang bernama "Hafiza". Dalam pada itu juga saudara Rohaizat berkata ini adalah kerana Pas sedang tertekan dengan situasi PRK kali ini kerana sudah petunjuk pengundi di Permatang Pasir tidak menyokong mereka. |
Friday, August 21, 2009
Pembohongan Terbaru Pas-ti Masuk Syurga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
3 comments:
kpd ppubj,
cerita ppubj ni petik separuh jalan, cuba baca konteks petikan tu secara keseluruhan. apa yg dicakap oleh saudara nasrudin tu berdasarkan cerita sebenar yg Rohaizat ni kahwin dua, abaikan dan tak nak mengaku wanita tu isteri dia dan menafikannya dia kawin dua (sebab depa bagi bukti). Dalam erti kata lain yg dipersoalkan kejujurannya bukan nak cari aib. yg ppubj nak pi kaitkan orang lain yg bergaduh pasal rumahtangga mereka x da kena mengena langsung tu masalah lain. Pemimpin UMNO pun apa kurangnye. Jadi umno kena ubah cara pikir sikit camana nak tangkis hujah-hujah cam ni, jangan pas buat lagu tu kita pun buat lagu tu
salam saudara anon..
cuba baca petikan terseut dgn sebaik2 juga bahawa Rohaizat dh menafikan hal ini. Dia tidak pernah berkahwin dgn gadis yg disebutkan itu, isteri beliau hanya satu dan menyatakan ini satu pembohongan besar.
jika benar nasrudin ada bukti sila tampilkan si "Hafiza" dan kita blh nilai bersama..setakat menyatakan tanpa bukti dan bercakap secara lisan itu hanyalah satu ugutan yg mengaibkan.
kejujuran? kami lontarkan semula istilah kejujuran ini kepada Pas.
Kaitan kes yg lain itu ada jika saudara tahu mengaitkannya. Masalahnya mudah pemimpin hanya nmpk masalah orang lain tetapi masalah ahli sendiri di senyapkan sahaja.
Pemimpin Pas juga perlu fikir cara yang terbaik utk mendekati rakyat bukan dengan cara mengaibkan org lain dengan tuduhan yg belum pasti benarnya. Apa yg baik dilakukan oleh kerajaan pd mata mereka tidak elok. tp jika kita mengkritik mereka, mereka melenting.
Manusia tidak sempurna.
to ataspagarje...,
bukti?, hakim mahkamah tinggi dah tolak rayuan rohaizat mengatakan dia bersalah atas salah laku pecah amanah dan mengesahkan beliau di'nyah'kan dari menjadi peguam. ITU BUKTI JELAS tapi yg kita nak berbohong dengan rakyat bagi pusing kot sana pusing kat sini seolah-olah kes pecah amanah dia tu tak de ape-ape...... bak kata muhyudin macam bayar saman..... tu yang mengherankan sangat-sangat................
Post a Comment