Monday, August 10, 2009

PRK - Permatang Pasir 25 Ogos 2009.






PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir pada 25 Ogos, iaitu bersamaan 4 Ramadan, dengan hari penamaan calon pada 17 Ogos ini.

2 comments:

Anonymous said...

ECER akan jadi Palestin

KUALA LUMPUR: Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) akan menjadi seperti Palestin yang pada mulanya terlepas kepada orang-orang Yahudi dan akhirnya dijajah Israel jika umat Islam di wilayah itu tidak berhati-hati, kata Naib Presiden PAS Haji Mohamad Sabu.

Beliau berkata, terdapat begitu banyak ancaman terhadap umat Islam dalam perlaksanaan ECER yang meliputi Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor itu.

"Ancaman utama ialah perancangan ECER untuk mengambilalih 66,736 km persegi tanah rezab Melayu yang merupakan 40 peratus kawasan ECER.

"Ia ancaman yang sangat menakutkan kerana pemilik-pemilik tanah rezab Melayu tersebut hanya mempunyai dua pilihan sahaja. Pertama, pemilik menukarkan tanah mereka dengan unit-unit saham dalam amanah tersebut. Kedua, menjual terus tanah mereka kepada amanah itu," katanya.

Masa hadapan orang-orang Melayu yang terlibat dengan pengambilalihan untuk projek-projek ECER itu sangat membimbangkan, katanya.

"Tanah ialah aset penting kepada survival dan masa hadapan sesuatu bangsa. Umat Islam di Palestin menjadi dagang di tanah air sendiri akibat kehilangan tanah yang terjual kepada Yahudi.

"Apa jaminan tanah-tanah rezab Melayu di ECER itu tidak akan ditukar statusnya? Lebih buruk lagi, apa akan berlaku kalau syarikat dari luar, dari Singapura misalnya, menguasai Petronas yang kini mengendalikan ECER?" soal beliau.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyeru pemilik-pemilik tanah rezab Melayu yang akan diambilalih itu menuntut kerajaan memberi jaminan tentang hak milik mereka sebelum dimajukan dalam mana-mana projek ECER.

"Jika status hak milik tanah-tanah berkenaan tidak jelas, pemilik-pemilik tanah rezab itu bertanggungjawab untuk memelihara masa hadapan umat Islam di negara ini dengan mempertahankan hak milik mereka," katanya.

Mereka mesti menuntut undang-undang yang digubal untuk ECER menjamin hak milik mereka ke atas tanah-tanah itu, katanya.

Sebelum ini, katanya, Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) mendedahkan bahawa Akta IRDA 664 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan Pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mengenepikan hak Bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan Raja dan Negara.

Malah, katanya lagi, ProWaris juga memberitahu Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman turut mengakui bahawa terdapat kemungkinan bahawa Akta IRDA 664 tidak digubal dengan tatacara sepatutnya.

"Apa yang berlaku dalam Akta IRDA 664 itu besar kemungkinan akan berlaku dalam akta untuk ECER. Kita akan menentang di dalam Parlimen jika ia mengenepikan hak Bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan Raja dan Negara.

"Tetapi, tentangan rakyatlah yang lebih berkesan. Hanya kuasa rakyat sahaja yang boleh menuntut perkongsian pintar yang tidak mengenepikan hak mereka dan kesucian Islam," katanya.

ajijasin said...

salam alaikum...

apa la cik anonyyy 4.31 ni...
jangan la "copy paste" aje apa yg
TALI PERUT HIJAU TU CAKAP!!!
cuba lah bagi sendiri punya buah pikiran!!!

jangan jadi BURUNG TIUNG BURUNG KAKAKTUA!!!
DOK ULANG APA YG ORG LAIN PERKATAKAN!!!

takkan tak ada apa yg nak disuarakn dari diri sendiri!!!

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]