Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah di atas keberanian dan keikhlasan Dr Mohd Ridhuan Tee menulis mengenai artikel Nasib Melayu di Bumi Melayu Jarang ada orang yang mempunyai semangat istiqamah dalam perjuangan Islam seperti Dr. Ridhuan Tee, Saudara Zulkifli Nordin, Tan Sri Harussani Zakaria dan Dr. Maza ( sekadar beberapa nama sahaja) yang sanggup bercakap benar walaupun tahu akan di caci dan dikeji. Menitis air mata penuh terharu dan meremang bulu roma saya apabila membaca artikel tersebut, malah saya berharap benar agar artikel tersebut dapat membuka mata dan hati mesyarakat umum dan para pemimpin terutama pemimpin Melayu yang masih buta dan kemaruk akan kuasa. Yang sanggup melakukan apa saja asalkan dapat memegang takpuk kuasa walaupun kadangkala terpaksa menjual dan membelakangi akidah dan agamaserta bangsa. Mereka sanggup menjual agama demi keuntungan dunia yang sedikit. Orang Melayu Islam terlalu banyak bekorban sehingga hampir kehilangan segala-galanya. Sebenarnya orang Melayu tidak pernah prejudis terhadap bangsa lain walupun sering dituduh tidak adil dan rasis. Kebanyakan orang Melayu mempunyai pegangan kata azimay " nanti apa orang kata" tertanam kukuh di sanubari mereka. Sebab itulah bila orang Melayu nak melakukan apa saja pekerjaan, mereka akan pastikan ia tidak akan mengugat kesejahteraan dan keamanan orang lain. Tapi pernahkah orang bukan Melayu memikirkan begitu kepada orang Melayu?.Orang bukan Melayu hanya akan bersetuju dan menyokong bila sesuatu yang dilakukan membawa keuntungan kepada mereka tetapi akan mencaci, memberontak apabila sesuatu perkara tidak menyebelahi atau mengugat budaya, bahasa, pendidikan, politik dan apa saja mengenai mereka. Kita pernah mendengar dan terbaca beita mengenai orag bukan Melayu dan pemimpin bukan Melayu yang menghina Islam, memperlekehkan seruan azan, mempertikikan isu murtad, mempertikaikan kuasa Sultan dan hak bidang kuasa mahkamah syariah suatu ketika dahulu Namun pemimpin dan orang Melayu pada waktu itu hanya hangat-hangat tahi ayam membangkitkan isu tersebut dan akhirnya terperap menjadi basi dan senyap begitu sahaja. Itulah orang Melayu yang marahnya hanya seketika. Malahan mereka yang kononya ingin memperjuangkan Islam sebagai teras perjuangan menjadi seolah-olah sperti 'Bapok' kerana takut hilang sokongan politik daripada oarng bukan Melayu. Apakah kita pernah mendengar berita pemimpin dan orang Mekayu yang memperlekehkan agama lain? Saya jangka akan berlaku ribut taufan dan tsunami jika keadaan ini berlaku. Malahan orang Melayu yang menyentuh hak-hak bukan Melayu akan dianggap rasis, yang lebih teruk akan dikenakan tindakan dan hukuman. Bagaimana pulak dengan orang bukan Melayu? Keikhlasan dan ketulusan orang Melayu sudah[un banyak kali di uji dalam pelbagai isu dan keadaan tetapi hanya keikhlasan orang bukan Melayu masih belum betul-betul teruji. Sebenarnya saya mempunyai banyak cadangan untuk menguji keikhlasan orang bukan Melayu tetapi cukuplah sekadar menyenaraikan dua cadangan : Pertama : Konsep 1 Malaysia ini akan berjaya jika kita hanya mempunyai sekolah yang menggunakan satu bahasa pengantar sahaja. Saya masih ingat lagi fakta sejarah mengenai Laporan Barnes (1950): Tanah Melayu tidak akan bersatu jika mempunyai sekolah yang punyai pelbagai bahasa sebagai bahasa pengantarnya. Walaupun pada masa itu orang Melayu menentang kerana Bahasa Inggeris hendak dijadikan nahasa pengantar dan orang bukan Melayu menetang kerana sekolah jenis vernakular ini akan ditutup tetapi pada hakikatnya laporan penyataan itu ada asasnya. Jadi mengapa perlu ada lagi sekolah jenis kebangsaan jika kita ingin bersatu dibawah satu bumbung? Kedua: kepada semua parti politik, termasuklah UMNO, jadikan pentas pilihanraya untuk menguji keikhlaan dan sokokngan padu rakan sepakatan dengan kita meletakkan beberapa calon Melayu di kawasan majoriti bukan Melayu. Lihat dan uji keikhlasan orang bukan Melayu yang selama ini kita canang telah menyokong kita. Adakah calon Melayu tersebut akan menang seperti kemenangan kebanykan pemimpin bukan Melayu dikawasan majoriti orang Melayu? Sesungguhnya orang Melayu Islam tidak pernah prejudis atau rasis terhadap sesiapapun kerana bukan sahaja budaya dan adab Melayu yang membentuk peribadi serta pelakuan orang Melayu sebegitu tetapi kekuatan dan tunjang Islam yang membentangi segala tindak tanduk orang melayu agar tidak melampaui batas terhadap orang lain. |
Monday, August 3, 2009
Siapa Lebih Rasis dan Prasangka?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
2 comments:
inilah yg dikatakan tidak mengenang budi. apabila diberikan betis mahukan peha pula.
perkara ini dh lama berlaku dan sedikit demi sedikit kerajaan BN menuruti apa saja yg dimahukan oleh mereka ini demi menjaga keamanan negara dan bersikap adil dgn semua kaum tetapi keutamaan kepada Melayu dan bumiputera tetap dipertahankan.
ttp kini sudah ada pihak yg berbangsa melayu sendiri yg telah menjadi api dalam sekam untuk merosakkan hubungan sesama melayu dgn bangsa lain. dgn pelbagai janji dan retorik kosong mereka, rakyat sudah mula mempercayai mereka tanpa memikir sedalam-dalamnya kesan diatas perbuatan mereka.
pemimpin ini seperti lupakan sejarah yg terdahulu dan cuba memutarbelitkan apa yang berlaku dahulu dan memberikan gambaran yg salah terhadap perjuangan org2 terdahulu.
bangsa2 yg lain perlu menghormati melayu kerana dgn tolenransi melayu lah anda sekalian dpt memijak tanah yg kaya ini. melayu bukan bersikap rasis tapi ini adalah hak kami yg wajar kami suarakan...
Assalamualaikum!
Sy minta maaflah terlebih dahulu jika terkasar bahasa.
Jika boleh UPSI tu hanya utk org melayu sbb sebelum ini MPSI kemudian jadi IPSI adalah utk org melayu. Boleh kembalikan semula hak ini pd org melayu?
Kedua, minta tanah rezab melayu yg dah diambil, ganti semula.
Ketiga, kenapa kouta rumah pada melayu 30% shj, kenapa tak 50% terutama kaw ramai org melayu?
Itu aje setakat ini.
Org Melayu Islam
Post a Comment