Kecewa apabila kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdul mengarahkan semua siasatan terhadap ahli poltik dibekukan serta merta atas alasan setiap kali tangkapan dan siasatan SPRM dalam kes rasuah yang melibatkan politik atau tokoh politik maka SPRM akan dikecam dan maki hamun. Sebagai seorang yang paling kanan di dalam Suruhanjaya tersebut, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan satu kenyataan yang di anggap penakut dan pengecut dengan sebarang tekanan dari pihak luar. Memang benar untuk menangani jenayah rasuah ahli politik lebih sukar berbanding jenayah rasuah yang lain tetapi adakah ini jalan penyelesaian yang baik dan tepat? SPRM perlu kuat dan tahan segala sumpah seranah dan maki hamun. Ini adalah lumrah sebagai penguatkuasa dan menjadi amanah bagi SPRM untuk menangani segala permasalahan rasuah tak kiralah siapa yang terlibat. Tidak ada layanan istimewa kepada ahli politik, mereka tidak punyai imuniti yang boleh siasatan ke atas mereka ditutup kecuali terdapat bukti-bukti yang menyatakan ianya tidak bersalah. Kepada pihak pembangkang juga, jangan terlalu asyik mencari kesalahan orang lain walhal kesalahan umat dalam parti kalian sendiri tidak betul. Jangan bersikap berat sebelah dalam mengadili dan menghakimi. Jika Lim Kit Siang mengelar SPRM Gestapo, apa pula gelaran yang sesuai diberikan kepada umat-umat yang selalu ingkar dengan arahan pihak berkuasa? Kepada SPRM, kami dari PPUBJ menyeru dan berharap kenyataan Pengarah Siasatan itu di tarik balik kerana rakyat mahukan sesuatu yang berani dari pihak SPRM. Kami percaya rakyat menyokong segala langkah yang diambil oleh SPRM untuk menghapuskan rasuah dan jangan disebabkan tekanan dan tak tahan dengan maki hamun, SPRM mengalah. Bangun SPRM. |
Monday, August 17, 2009
SPRM, Jangan Takut Dengan Tekanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment