Friday, August 7, 2009

Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu.






Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:

Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


12 comments:

Pang5 Melayu said...

siapa pengkhianat yang melanggar wasiat tersebut? bukankah UMNO sejak merdeka yang mengingkari wasiat tersebut. e.g. masuk u pakai meretokrasi siapa perkenalkan, guna bahasa inggeris dalam psmi, biasiswa utk bumi dah hapus ganti ptpn, rampas tanah melayu atas nama pembangunan (ini kerja Dato Ghaffar Atan nak ambil tanah orang MELAYU Pekan Pulau Sebang nak majukan dgn orang CHINA lepas tu nak jual berjuta-juta kat org MELAYU yang dah nak mampus.) FIKIR_FIKIR KANLAH, bila rakyat marhaen dah menyanggah tatalaku raja yg tak betul baru nak cerita pasal wasiat. Raja pun kena paham kalau nak bagi rakyat setia pada raja, atas nama MELAYU tunjjukan yg baginda semua keturunan melayu, ini cara hidup lebih dari MAT SALLEH.

umnojasin said...

Barua Pang5 kono...bapak ko la
sedap jari jer ko menaip
bukti ader????
ader???
pang5 cangkul menyalak kat tenet bole la...hahaha
tulisan sumer samer je
copy paste kat blog lain
bolo punya olang
ko carik yang pandai skit komen la
setakat pang5 ni ayam jer

ajijasin said...

MELAYU DAN RAJA SULTANNYA.

ORANG MELAYU ITU BANGSA BERADAT
ORANG MELAYU ITU BANGSA BERADAB
MELAYU ITU ISLAM
MELAYU TAAT SETIA PADA RAJA SULTANNYA

ZAMAN BERZAMAN MELAYU PERCAYA
ADANYA TUHAN
MELAYU BANYAK PETUA DAN FALSAFAHNYA

PANTANG MAUT SEBELUM AJAL
AGAMANYA JANGAN ENGKAU LUDAHI
MAUT PADANYA NANTI

RAJA SULTANNYA JANGAN ENGKAU LANGKAHI
SANGGUP BERTIKAM BERLEMBING
BERCERAI NYAWA DARI BADAN KAMU NANTI

BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA
HIDUPNYA MELAYU BIAR MISKIN HARTA
JANGAN MISKIN BUDI BAHASA

MERDEKANYA MELAYU DENGAN GEMA
MERRRRRDEKAAA!!!!!!!

BUKAN KECIL LANGKAH MELAYU
HAMPIR LIMA ABAD MENJADI HAMBA
BERMANDI DARAH DAN KERINGAT
MEMBASAHI TANAH BERTUAH INI
TANAH INI MELAYU EMPUNYA.....!!!!!!!!

UMNGOK said...

Ni lagi bangang punye UMNOJASIN.. sape yang meminimumkan kuasa Raja ni??

Bukan pembangkang... tapi UMNO la ngok.. zaman Mahathir.. nampak sangat UMNO memang kurang ajau!!

Anonymous said...

ini ke pemuda melayu, pendapat saya mengikut sejarah yang dah berlaku depan mata. apa yang nak marah sampai maki, sumpah seranah. inilah bukti apa yang saya cakap benar sebab umnojasin tak boleh nak nafikannya. pasal datuk ghaffar atan tanya beliau sendiri apaa yang dia terangkan kepada pemilik tanah pekan pulau sebang pada 29hb julai 2009 di japerun gadek. datuk ghaffar atan tlg jawap kat anak-nak buah jasin. betulkan seorang pemaju china diajak buat usahasama nak ambil tanah org melayu?.

Anonymous said...

komen tadi dari PANG5, kalau umnojasin pandai maki seranah tak payah jadi pemimpin bangsa melayu

PPUBJ said...

salam,

berkenaan isu berkaitan dgn Dato Ghaffar Atan, kami akan cuba mendapatkan perkara yg sebenar ttg hal ini. jika saudara kalian yg tahu dan mempunyai rekod atau dokumentasi yg sahih sila lah hubungi kami melalui ruangan komen.

Terima kasih.

Anonymous said...

KPD PPUBJ,

saya petik ucapan Dato Ghaffar Atan pada majlis penerangan dengan pemilik tanah pada 29hb Julai 2009, pukul 10.00 am (mula pukul 10.45 am, Dato lambat datang)di JAPERUN GADEK.

"...kerajaan telah bersetuju dan meluluskan untuk memajukan tanah-tanah tuan-tuan. Lot tanah-tanah yg terlibat .....39 lot kesemuanya yang berkeluasan 15 ekar secara usahasama dengan satu pemaju iaitu SUNRISE ?, (masyarakat Pekan Pulau Sebang umum mengetahui siapa pemiliknya). Pembangunan yang nak dibuat merangkumi, ? rumah kedai pejabat pasar dan medan selera (tidak disebut mana perginya nanti pemilik-pemilk tanah asal) Tuan-tuan akan diberi pampasan,.... jadi gunakanlah pampasan tersebut sebaik-baiknya....Pihak kerajaan boleh mengambil secara paksa jika tuan-tuan tak bersetuju dengan cadangan ini......Dijangkakan projek ini akan dilaksana pada tahun depan....."

Kesimpulanya, Dato Ghaffar, sebagai ADUN tidak menunjukkan sikap sekurang-kurangnya mempertahankan kewujudan penempatan Melayu disitu. (Lihat bagaimana MIC bersusah payah nak bayar bermillion semata-mata mempertahankan masyarakat SETINGGAN INDIA) Ini menggambarkan suatu persepsi yang kurang elok...? Juga menjadi persoalan, jika Dato' Ghaffar ikhlas nak membantu orang Melayu, kenapa tak diajak syarikat-syarikat MELAYU membuat usahasama atau gunakan agensi-agensi kerajaan Negeri Melaka?(jawapannya sudah pasti ada pulangan yang menguntungkan jika dibuat bersama towkey). Jiwa Melayu pemimpin UMNO yang konon berjiwa MELAYU terutamanya Dato Ghaffar, "zero" kerana dari cadangan yang nak dibuat, memang orang MELAYU disitu akan "dihalau", seolah-olah pemilik tanah yang sah disama tarafkan dengan setinggan seperti di Kg Buah Pala.Apa tidaknya, lihat kpd scenario, Ambil tanah, dan bagi pampasan (yang tak seberapa), kan tiada bezanya.

ITULAH AGENDA PEMIMPIN YANG PENTINGKAN KONONNYA PEMBANGUNAN, WALHAL PADA HAKIKATNYA PEMBANGUNAN YANG ADA AGENDA TERTENTU TANPA MEMPEDULIKAN 'IMPACT SOCIAL'. Kepada Dato GHAFFAR ATAN, zaman hari ini bukan lagi zaman 10 tahun dahulu yang mana masyarakat marhaen boleh dikaburi dengan 'political rhetoric' kerana masyarakat sudah tahu inilah strategy poltik pemimpin UMNO untuk mengumpul kekayaan sementara memegang kuasa, buktinya telah banyak ditempat-tempat lain. DATO GHAFFAR MUNKIN TIADA RASA SIMPATI KEPADA MASYARAKAT MELAYU DI PULAU SEBANG KERANA BUKAN TEMPAT BELIAU. INSAFLAH PEMIMPIN UMNO, JANGANLAH KERANA WANG SANGGUP MENGHALAU ORANG MELAYU DARI TANAH TUMPAH DARAH MEREKA.

PPUBJ said...

kpd Anon:

terima kasih di atas pendedahn ini. kami akan cuba rungkaikan masalah ini..

terima kasih..

J-Biker said...
This comment has been removed by the author.
umnojasin said...

hairool said...

umngok ko ngan pang5 pun same ker nak jadik pengkhianat bangsa...
ko 2 orang xnak hormati raja ker??
ko baca ayat2 akhir pang5 tuh dulu beballl....paham???
betul ker ape yang pang5 tulis tuh???
betul ker raja kita macam dia tulis??

UMNGOK said...

Ni lagi bangang punye UMNOJASIN.. sape yang meminimumkan kuasa Raja ni??

Bukan pembangkang... tapi UMNO la ngok.. zaman Mahathir.. nampak sangat UMNO memang kurang ajau!!

to umngok-modal zaman bila ko pakai ni???
wei ko tau x kenapa terjadi perkara ni...????
x kena kat anak bini sedara mara ko bole la ....andai kata kena pada diri ko???pikir2...(saper yang ngok sekarang???)

Anonymous said...

to umnojasin,

camnilah, kita tengok balik sejarah pasai ape perkara yang UMNGOK bangkitkan tu berlaku, cerita antara pengkhianat dan tingkahlaku raja ni berkait.

kalau umnojasin sedia terima hakikat, ....punca semuanya, sebab keturunan raja buat hal masa tu, belasah rakyat marhaen ikut suka, belanja duit rakyat untuk kemewahan melampau, masing-masing pakai kereta yang paling mahal dalam dunia, pakai kapal terbang, ada tu ada bot tempur sendiri bak kata memang raja-raja melayu "raja kepada segala raja" pada masa tu (sekarang ni pun) termasuk masuk campur hal-hal pentadbiran pemerintah. Jadi bila timbul macam-macam hal yang dibuat dek tingkah-laku baginda-baginda ni dan keturunannya, tu yg Che Det kena kontrol sebab dia tak leh nak buat apa bila raja-raja lawan dia atas perkara-perkara yang ada kepentingan untuk dia mentadbir.

Jadi tak salahkan kalau kita nak tegur raja, supaya jaga tingkah laku jangan cakap lain buat lain baru generasi sekarang boleh hormat dan taat setia. KATA LAIN, SEBAGAI ORANG MELAYU HANYA IKHLAS MENEGUR NAK PASTIKAN MARTABAT BAGINDA-BAGINDA DIPERTAHANKAN. Kalau tidak, cam mana umnojasin nak ajak orang bukan melayu nak hormat kat raja. Contohnya, ni yg paling mudah, raja-raja selalu nasihat lebih-lebih bulan ramadhan, orang islam mesti ikut perintah islam dan hayati al-quran, tapi sebaliknya macam ada satu raja ni bila anak perempuan dia kahwin (puteri)dengan satu mat salleh, dia punya majlis tu yg PANG5 kata lebih dari mat salleh, wanita yang hadir kebanyakkan dedah aurat yang pakai 'evening gown' macam film star hollywood masa academy award. Ada satu lagi raja, tiap-tiap tahun akan buat sambutan harijadi 'sebenarnya' kat hotel besar (tak cukup hari keputeraan resmi negeri) dengan majlis lebih kurang macam cerita kat atas.(Ini kalau umnojasin pandai baca suratkhabar orang putih, takut asyik baca utusan je tu yang tau menahu cerita-cerita macam ni)

Jadi kesimpulanya, "KALAU NAK TUDUH ORANG PENGKHIANAT, TENGOK KAT JARI YANG TUNJUK KAT ORANG YG KENA TUDUH, SATU TUNJUK KAT DIA, TAPI ADA EMPAT LAGI TUNJUK BALIK YANG MENUDUH".

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]