Apa yang perlu kita rungkai setiap aksi dari kumpulan ini? Adakah mereka tahu tugas sebenar mereka sebagai ADUN? Kenapa mereka begitu kemaruk kuasa sehingga sidang DUN di adakan di sebuah hotel dan kemudian membuat usul yang memaparkan wajah sebenar mereka?
Tujuan asal ingin menarik perhatian dunia tetapi pada hakikatnya mereka sendiri menujukkan kebodohan mereka untuk tatapan umum. Apa yang mereka juangkan hak untuk rakyat, jika benar begitu bekerjalah untuk rakyat dan bukannya membuat kerja-kerja yang kurang bijak ini.
Jangan sampai Sultan Perak murka dengan tindakan mereka-mereka ini.
2 comments:
memang mereka mahu buat huru hara...
Kaduk yang dah jatuh junjung....
SiLuncai, dah terjun dengan labu-labunya.........................
biarkan.....biarkan.....
Post a Comment