Tuesday, September 1, 2009

Harga petrol mulai 1 September 09






Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.

Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.

Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.

Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.

Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

"Bagaimanapun harga ini adalah sama dengan harga minyak yang biasa dipakai pengguna sekarang iaitu RON97 (RM1.80 seliter).

"Sepatutnya harga RON95 jika mengikut pasaran dunia ialah RM1.89 seliter, tetapi kerajaan tak mahu rakyat rasa ada kenaikan jadi ditetapkan kepada RM1.80 sahaja," katanya, lapor Bernama.

Ismail Sabri berkata kerajaan menganggar akan dapat mengurangkan tanggungan subsidi sebanyak RM420 juta setahun dengan pelaksanaan RON95 memandangkan harga subsidinya lebih rendah iaitu 38.81 sen seliter berbanding subsidi RON97 sebelum ini iaitu 42.72 sen seliter.

Menurutnya lagi, petrol RON97 pula masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukannya terutama kenderaan berkuasa tinggi.

4 comments:

Anonymous said...

kita kan lihat isu ini akan dimainkan dan dipolitikan oleh segelintir golongan..

Anonymous said...

masalah yang pemimpin tertinggi masih tidak sedar. rakyat melihat semua itu. jangan disalahkan rakyat jika tidak menyokong kerajaan. tepuk dada tanya selera.

Alfonso2009 said...

Satu perkara yang saya gemar kini adalah rakyat semakin memberikan perhatian bukan sahaja kepada perkara yang melibatkan diri mereka malah juga kerajaan dan juga dasar.
Ini menunjukkan rakyat semakin responsif terhadap persekitaran mereka. Apa yang diperlukan adalah maklumat yang seimbang agar minda dan cita rasa mereka tidak mudah di pesongkan dengan emosi dan khabar angin.
Corak berfikir juga perlu diubah bagi menghadapi cabaran globalosasi dan liberalisasi yang semakin menghimpit kehidupan kita. Ayuh celikkan minda kita. Satu Malaysia.

Bebas said...

Salam,

Macam mana tidak dipolitikkan sebab sebelum ni kerajaan janji nak jual RON 95 pada harga RM 1.75.. tup tup naik pulak 5 sen..

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]