JAKARTA: Jabatan Penuntut Malaysia di sini, hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini. Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia. Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro. Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan. - sumber : Bharian Ulasan PPUBJ : Ini adalah letusan terbaru kebiadaban segelintir rakyat Indonesia yang mencetuskan suasana huru-hara hubungan antara Malaysia dan Indonesia. Setelah isu Ambalat, Manohara dan juga orang gaji diputar belitkan oleh media disana kini isu tarian yang dimasukkan ke dalam klip video promosi Malaysia. Pelbagai kenyataan telah dibuat oleh kerajaan Malaysia mahupun penerbit video terbabit tetapi api kemarahan mereka seperti tidak padam-padam dan seolah-olah ada agenda tersembunyi pada setiap isu yang timbul. Siapa dalang setiap demo ini? Adakah total dari rakyat Indonesia atau ada 'tangan-tangan ghaib' dari Malaysia yang ingin mencetuskan ketegangan antara kita. Malaysia sudah banyak bertoleransi dalam pelbagai hal. Malaysia sudah terlalu baik hati untuk menerima rakyat Indonesia, membantu warga Indonesia dan lain-lain tetapi dengan hanya isu yang terpencil ini boleh dibesar-besarkan hingga ingin membunuh rakyat kita di sana!.. Kami memohon agar kerajaan mengambil langkah yang bijak dan tegas dalam menangani isu ini kerana ianya sudah melibatkan nyawa rakyat kita di sana. |
Wednesday, September 9, 2009
Rakyat Malaysia Diancam Buluh Runcing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
3 comments:
saudara boleh melawat blog arezeo.blogspot.com
fakta yang dikeluarkan oleh blogger tersebut semua berasas.
tkasih
Saya sangat mengharapkan agar UMNO menjadi sebuah parti yang mengamalkan dan memperjuangkan Islam bukan merosakkan Islam dan meruntuhkan syiarnya . Setakat mendakwa UMNO adalah parti Islam sedang kedudukan UMNO dengan Islam terlalu jauh maka ia adalah satu penipuan dan pengkhianatan terhadap ummah khasnya ahli - ahli UMNO sendiri .
UMNO boleh berubah apabila mereka selalu menyebut bahawa ahli mereka orang melayu dan mereka kononnya memperjuangkan melayu . Kerana kebetulannya melayu adalah beragama Islam . Tinggal lagi UMNO mesti menghentikan slogan perkauman dan perjuangan berasaskan melayu semata - mata sebaliknya membawa Islam dan prinsip perjuangannya yang tentunya tidaklah asing dengan orang melayu . Kenapa susah sangat UMNO nak menerima Islam sebagai dasar perjuangan mereka ? kalau mereka sudah bersedia untuk mendakwa dan mengisytiharkan UMNO sebagai parti islam selayaknya mereka juga mesti bersedia untuk menukar dasar dan prinsip perjuangan mereka kepada Islam .... ada berani ke ?
Post a Comment